Bercuti adalah peluang yang dinanti-nantikan untuk melepaskan tekanan, menikmati pengalaman baru dan mencipta kenangan indah.
Namun, percutian yang tidak dirancang dengan baik boleh membawa kepada situasi yang tidak diingini.
Jangan risau! Dengan mengikuti enam langkah penting ini, anda boleh memastikan percutian anda berjalan lancar dan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
Foto : Kaki Cuti
Rancang Bajet Dengan Bijak
Sebelum anda membuat sebarang tempahan, tetapkan bajet percutian yang realistik.
Bajet ini perlu merangkumi semua aspek perbelanjaan seperti pengangkutan, penginapan, makanan, aktiviti dan perbelanjaan tambahan.
Dengan menetapkan bajet awal, anda boleh mengelakkan pembaziran dan memastikan kewangan anda tidak terjejas selepas percutian.
Jangan lupa untuk memperuntukkan sedikit bajet kecemasan untuk situasi tidak dijangka.
Buat Senarai Semak Perjalanan
Senarai semak adalah teman terbaik anda semasa membuat persediaan.
Catatkan semua perkara yang perlu dibawa, termasuk pakaian yang sesuai, peralatan peribadi dan dokumen penting seperti pasport dan tiket.
Dengan senarai semak ini, anda dapat mengurangkan risiko tertinggal barang yang penting, terutama jika anda tergesa-gesa.
Ads
Foto : the Halal XPlorer
Tempah Penginapan dan Pengangkutan Lebih Awal
Penginapan dan pengangkutan adalah dua elemen penting dalam percutian.
Tempahan awal bukan sahaja membantu anda mendapatkan harga yang lebih baik tetapi juga memastikan anda tidak kehabisan pilihan, terutamanya jika anda bercuti pada musim puncak.
Luangkan masa untuk membaca ulasan mengenai tempat penginapan yang anda pilih supaya anda tahu apa yang diharapkan.
Jika anda memandu sendiri, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan lakukan penyelenggaraan sebelum perjalanan.
Semak Dokumen dan Keperluan Perjalanan
Sebelum bertolak, semak semula semua dokumen penting seperti pasport, visa dan tiket penerbangan.
Pastikan dokumen anda sah dan tidak tamat tempoh. Jika anda melancong ke luar negara, ambil tahu tentang keperluan visa dan peraturan imigresen destinasi anda.
Simpan salinan digital dokumen ini di telefon atau e-mel sebagai langkah berjaga-jaga jika dokumen asal hilang.
Ads
Ketahui Cuaca dan Persiapkan Diri
Cuaca boleh memberi kesan besar kepada pengalaman percutian anda.
Sebelum bertolak, semak ramalan cuaca untuk destinasi pilihan anda dan bawa pakaian serta peralatan yang sesuai.
Jika cuaca diramalkan hujan, sediakan payung atau baju hujan. Jika anda pergi ke tempat sejuk, pastikan anda membawa pakaian tebal yang mencukupi.
Perancangan ini bukan sahaja memastikan keselesaan anda tetapi juga membantu anda menikmati aktiviti yang dirancang tanpa gangguan.
Foto : Vocket
Bawa Ubat-Ubatan dan Alat Kesihatan
Kesihatan adalah keutamaan, terutamanya semasa bercuti jauh dari rumah.
Pastikan anda membawa ubat-ubatan asas seperti ubat sakit kepala, ubat demam dan ubat alahan .
Ads
Jika anda mempunyai keperluan kesihatan khusus, bawa ubat preskripsi dan pastikan ia mencukupi sepanjang perjalanan.
Selain itu, simpan nombor kecemasan seperti hospital atau klinik terdekat di destinasi anda untuk berjaga-jaga.
Selama ini mesti ada terdetik di hati kita kenapa eh kena ucapkan syukur sebaik selepas bersin betul tak? Dalam Islam kita dimestikan menyebut “Alhamdulillah” selepas bersin manakala bagi yang kafir pula mereka akan mengucap “God bless you”. Jadi, apakah persamaannya?
Baru-baru ini Imam Muda Asyraf menerusi segmen “Kawan Tanya, Ustaz Jawab” di Radio Sinar menjelaskan hal ini.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Jika ada di antara kalian yang bersin lalu mengucap “Alhamdulillah”, maka setiap Muslim yang mendengarnya wajib menjawabnya. Sedangkan menguap sesungguhnya berasal dari syaitan, maka tahanlah ia semampunya. Apabila seseorang anak adam mengatakan ‘haaahh’ (kerana menguap), maka syaitan akan tertawa.” (HR. Bukhari No. 6223).
Mengapa Allah Menyukai Bersin & Membenci Menguap?
Allah s.w.t menyukai bersin kerana ia dapat membersihkan rongga dalaman seperti rongga antara hidung, mulut dan lain-lain. Bersin juga menurut sains mampu mengejutkan otak untuk kembali aktif serta meringankan tubuh.
Allah s.w.t membenci perbuatan menguap pula kerana ia dianggap mampu mendatangkan mudarat yang menjejas kesihatan manusia. Jika difikir secara logik, mulut adalah lawan kepada hidung. Apabila kita menguap, kita akan menghela segala kotoran, debu dan udara tercemar menerusi mulut sedangkan mulut tidak mempunyai sebarang penyaring udara. Hasilnya, segala kotoran yang dihela menerusi perbuatan menguap itu akan tersimpan di dalam tubuh.
Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w meminta kita untuk menahan menguap semampunya atau paling tidak menutup mulut dengan tangan.
Adab Bersin
Meskipun bersin itu disukai Allah s.w.t… untuk kebaikan bersama, sila tutup hidung dan mulut dengan kain, tisu dan sebagainya. Ini adalah untuk mengelak orang lain terkena virus anda sekaligus menyebar penyakit. Menurut hadis sahih yang diriwayatkan Imam Bukhari, selain mengucap “Alhamdulillah”… orang lain yang mendengarnya hendaklah menjawab “Yarhamukallaah” (semoga Allah merahmatimu) dan orang yang bersin itu tadi pula perlu membalas “Yahdiikumullaah wa yushlihu baalakum” (semoga Allah memberimu hidayah dan memperbaiki keadaanmu).
Risiko Tahan Bersin
Nasihat pakar, jangan sesekali menahan bersin kerana ia akan membawa padah. Kadang kala kita hendak bersin tetapi sewaktu di khalayak, dalam mesyuarat atau dalam dewan peperiksaan umumnya, ramai di antara kita menahan diri dengan menekan hidung untuk mengelakkan diri mengeluarkan sebarang suara bukan? Jika dilakukan selalu ia akan undang bahaya!
Kelajuan bersin manusia adalah 161km/jam. Bersin berlaku dalam keadaan tiba-tiba dan apabila kita memaksa diri untuk menahan kelajuan tiba-tiba tersebut, ia akan mengganggu fungsi tubuh seterusnya menyebabkan kuman yang sepatutya keluar masuk semula ke dalam rongga-rongga berkenaan.
Menurut Dr. Michael Roizen, antara keburukan lain menahan bersin adalah pecah gendang telinga, gangguan pendengaran, tulang rawan hidung patah, kecederaan retina, pendarahan hidung serta vertigo.
Sesungguhnya, kita hendaklah mengelak diri daripada melakukan kebencian Allah s.w.t. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat beramal!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan sumber semula jadi sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan penghias laman yang ada manfaat kesihatan dan kecantikan juga akan menjimatkan belanja kerana anda tidak perlu ke salun atau ke kedai untuk mendapatkan sesuatu produk. Cara tradisional ini akan menjadikan kulit anda semakin gebu dan bersih setiap masa. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapat kesan seperti yang diinginkan. Antara rawatan tradisional yang boleh dilakukan ialah.
Wajah bersih dan cerah
Gunakan daun lidah buaya dan susu untuk mendapatkan wajah bersih dan cerah. Caranya amat mudah dengan mengambil lendir lidah buaya dan dicampurkan dengan susu. Ramuan ini kemudian disapu ke wajah, biarkan hingga kering dan dibilas dengan air suam supaya kotoran atau cela keluar.
Melembapkan wajah
Untuk melembapkan kulit wajah, ambil buah pisang dan oleskan ke wajah seperti krim. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Untuk kesan yang lebih baik, lakukan sekerap mungkin kerana bahan ini amat elok untuk kecantikan kulit supaya kelihatan lebih gebu.
Menyegar dan memutihkan wajah
Limau nipis dan telur dapat dimanfaatkan dan dijadikan ramuan tradisional untuk membuat kulit wajah putih dan segar.
Caranya dengan memerah air limau nipis dan dicampurkan dengan kuning atau putih telur (pilih salah satu), kemudian sapukan ke keseluruhan wajah selama beberapa minit hingga ia kering. Sebaik kering, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang ketara.
Wajah berminyak
Untuk menangani masalah ini, ambil potongan limau nipis dan tomato. Racik tomato hingga halus dan perahkan sedikit limau nipis. Sapukan secara lembut pada muka. Lakukan berulang kali pada seluruh wajah dan bilas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tanyalah mana-mana peminat permainan video atau gaming terutamanya menggunakan konsol PlayStation antara game yang cukup popular dan digemari ialah Gran Turismo.
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1997 oleh syarikat milik Sony Interactive Entertainment iaitu Polyphony Digital, ‘Gran Turismo’ merupakan permainan video simulasi perlumbaan terhebat diperkenalkan ketika itu.
Sejak itu legasinya berterusan buat PlayStation 2 hinggalah yang terkini menerusi konsol PlayStation 5. Di antara sebab utama mengapa ‘Gran Turismo’ digemari ramai peminat permainan video ialah unsur realistik ubah suai kereta yang dibawa olehnya.
Dan hari ini satu berita yang pastinya menggembirakan peminat ‘Gran Turismo’ apabila ia diumumkan akan muncul dalam adaptasi filem. Menerusi kenyataan media dari Sony Pictures Entertainment mengatakan ‘Gran Turismo’ akan tampil menemui penonton di pawagam pada bulan Ogos 2023.
Lebih menarik projek filem ini dikepalai oleh pengarah yang cukup berpengaruh iaitu Neill Blomkamp yang sebelum ini terkenal menerusi filem arahannya, ‘District 9’. Pengumuman tentang filem ini turut dilakukan menerusi persembahan video pendek di CES 2023.
Malah, mereka turut mengumumkan lebih banyak projek seumpamanya akan diperkenalkan di masa akan datang sama ada dalam bentuk filem atau siri televisyen.
Filem ‘Gran Turismo’ dikatakan diinpirasikan dari benar. Ia mengikuti kisah seorang remaja yang juga pemain Gran Turismo yang menggunakan kemahirannya untuk menjadi pelumba kereta di dunia sebenar.
Watak remaja tersebut dilakonkan oleh Archie Madekwe. Selain itu ia turut dibintangi oleh David Harbor, Orlando Bloom dan Geri Halliwell (Ginger Spice).
Menurut laporan filem ‘Gran Turismo’ mengambil masa cukup lama untuk dihasilkan oleh kerena beberapa faktor kesulitan sama seperti siri permainan video itu sendiri yang mempunyai reputasi kerana ditangguhkan.
Sebelum ini satu usaha menjadikan versi filem judul ini telah dibatalkan sepenuhnya pada 2018 selepas menghabiskan lima tahun dalam pembangunan. Ketibaan Neill Blomkamp merancakkan semula penghasilan filem ini dan ia berubah dengan pantas sejak pembangunan filem semasa bermula pada Mei 2022, dengan penggambaran selesai menjelang Disember itu.
Gran Turismo bukan satu-satunya projek silang filem permainan dalam kerja-kerja di Sony. Terdapat keseluruhan siri HBO berdasarkan ‘The Last of Us’ yang ditayangkan pada 15 Januari.
Sama-sama kita nantikan filem yang dikatakan bakal menjadi ‘karya racing’ terhebat di layar perak ini pada Ogos nanti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.