Bagi setiap pemiik kenderan terutamanya kereta pastinya anda mahu jentera sentiasa dalam keadaan yang baik. Kita beruntung dengan teknologi terkini dengan hanya memerhatikan lampu indikator sahaja kita boleh tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan enjin atau komponen lain.
Berbeza dengan kereta yang dihasilkan sekitar 30 tahun lalu yang hanya mempunyai beberapa indikator penting sahaja. Indikator pada papan pemuka atau dashboard sebenarnya cara bagaimana kereta anda ‘berkomunikasi’ dengan anda.
Setiap lampu indikator yang menyala seolah menyatakan apa yang tidak kena. Namun jika ia menyala dan anda tidak faham maksudnya pun tiada gunanya juga kan?
Sebab itulah bagi MASKULIN anda perlu tahu sekurang-kurangnya enam lampu indikator ini. Berikut enam lampu indikator anda wajib tahu!
INDIKATOR SUHU ENJIN
Jika lampu amaran ini menyala sila periksa tahap paras coolant, kipas, penutup radiator atau berlakunya kebocoran pada wayar coolant.
INDIKATOR BATERI
Apabila indikator ini menyala ia bermaksud sistem pengecasan kereta kekurangan kuasa akibat bateri tidak dapat dicas dengan betul.
INDIKATOR TEKANAN MINYAK
Menunjukkan kereta kehilangan tekanan minyak. Jadi sila periksa paras dan tekanan minyak dengan secepat mungkin.
INDIKATOR BREK AMARAN
Mungkin anda lupa untuk turunkan handbrake. Jadi ia sebagai peringatan untuk anda sebelum mula memandu. Atau lebih serius berlakunya hilang tekanan hidraulik pada sistem brek.
INDIKATOR TEKANAN TAYAR
Jika indikator ini menyala segeralah bawa ke bengkel tayar. Mungkin anda tak perasa tayar berlaku kebocoran atau terkena benda tajam hingga menyebabkan tekanan tayar berkurangan.
INDIKATOR ENJIN
Antara lampu amaran atau indikator paling ramai takuti. Jika ia menyala bermakna besar kemungkinan ada berlaku kerosakan serius. Sistem diagnostik kereta telah mengesan kerosakan yang perlu disiasat dengan segera. Ingat ini indikator sangat penting dan jangan biarlah ia menyala lama.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Klik sini, https://invle.co/cld7o81 jika anda ingin dapatkan minyak enjin pada harga istimewa!
Kredit: James Alatin
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI