6 Khasiat Taugeh Buat Kesihatan Tubuh Badan, Salah Satunya Mampu Buat Lelaki Subur

Share

Taugeh amat popular rakyat Malaysia dalam penambah rasa dalam masakan kerana tanpanya masakan pasti rasa kurang enak. Banyak sebenarnya kebaikan taugeh ni terutamanya buat golongan lelaki. Taugeh, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki. Ini 6 kebaikan sayur taugeh yang ramai tidak tahu!

Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza.

1. Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Kuatkan Sperma Lelaki

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran


Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Awet Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Jadi selepas membaca khasiat taugeh ni lepas ni nak tak asingkan lagi taugeh ni dari mee goreng anda? Telan jerklah fikirkan khasiatnya terutama sekali “lebih muda”.

Published by
Ruziana Zainal