Badan memerlukan waktu tidur yang cukup dan sempurna. Walaubagaimanapun cuba elakkan untuk tidur di waktu pagi kerana telalu banyak keburukan untuk tubuh badan kita malah orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur iaitu bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta suka membuang-buang waktu.
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :
1. Tidur ketika sangat mengantuk
2.Tidur di awal malam – lebih manfaat daripada tidur di akhir malam,
3. Tidur di Waktu tengah hari
Tidur yang dilarang adalah tidur ketika selesai selepas solat subuh hingga matahari terbit
. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar.BAHAYA TIDUR PAGI
Pertama Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.
Kedua Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush Soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
Ketiga Tidak mendapat berkat di dalam waktu dan amalannya.
Keempat Menyebabkan malas dan tidak bertenaga Sepanjang Hari
Kelima Menghalang datangnya rezeki
Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya Rezeki adalah 1 tidur di waktu pagi, 2 sedikit solat, 3 malas-malasan dan 4 berkhianat.Perbuatan Khianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)
Keenam Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)