6 Kesalahan Yang Jejaka Kacak Selalu Buat Apabila ‘First Time’ Masuk Gimnasium!

Share

Cita-cita nak masuk gimnasium untuk bersenam dan bina badan agar lebih sado dan sihat sebenarnya dah cukup bagus dan sangat baik.

Namun agak ‘kurang sedap’ kalau anda sekadar main redah jer tanpa ada persediaan yang sepatutnya. Ibarat kata, anda sendiri pun tak tahu apa fokus anda.

Kalau boleh, elakkan 6 kesalahan yang sering dilakukan seperti ini :

1. Leka Dengan Smartphone

Anda nak workout untuk sihat, atau sekadar mahu show off di Instagram? Tak salah sesekali nak buat mirror selfie

, cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu flow workout anda.

Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.

2. Warm Up Terlalu Lama

Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, warm up atau melakukan pemanasan badan sebelum workout adalah mengarut.

Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa.

Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.

3. Tak Tahu Kelemahan Diri

Lain orang, lain kemampuan. Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh menyebabkan kecederaan serius.

Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.

4. Ponteng leg day

Badan sado, kaki ranting? Ha… anda tentunya tak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.

5. Jadi Hamba Gym

Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout

, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.

6. Menggunakan Alat Senaman Sama

Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza.

Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda.

Published by
Akyem Samad