Cita-cita nak masuk gimnasium untuk bersenam dan bina badan agar lebih sado dan sihat sebenarnya dah cukup bagus dan sangat baik.
Namun agak ‘kurang sedap’ kalau anda sekadar main redah jer tanpa ada persediaan yang sepatutnya. Ibarat kata, anda sendiri pun tak tahu apa fokus anda.
Kalau boleh, elakkan 6 kesalahan yang sering dilakukan seperti ini :
1. Leka Dengan Smartphone
Anda nak workout untuk sihat, atau sekadar mahu show off di Instagram? Tak salah sesekali nak buat mirror selfie, cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu flow workout anda.
Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.
2. Warm Up Terlalu Lama
Ads
Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, warm up atau melakukan pemanasan badan sebelum workout adalah mengarut.
Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa.
Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.
3. Tak Tahu Kelemahan Diri
Ads
Lain orang, lain kemampuan. Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh menyebabkan kecederaan serius.
Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.
4. Ponteng leg day
Ads
Badan sado, kaki ranting? Ha… anda tentunya tak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.
5. Jadi Hamba Gym
Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.
6. Menggunakan Alat Senaman Sama
Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza.
Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki dewasa anda memerlukan sekurang-kurangnya enam sehingga lapan jam waktu tidur dalam sehari.
Ini bagi memastikan anda dapat berfungsi dengan baik pada keesokan harinya untuk mengharungi apa jua aktviti dan juga kerja.
Masalah kurang bukanlah satu perkara asing untuk golobgan lelaki. Kurang tidur sebenarnya sangat tidak elok untuk kesihatan. Apatah lagi jika perkara ini berlanjutan dalam tempoh yang lama. Mungkin anda tak sedar sebenarnya anda seorang yang tak cukup tidur.
Tapi tubuh badan anda tidak akan dapat menipu. Jika anda ada simptom salah satu 5 ini, itu bermakna kulaiti tidur anda sangat rendah.
1. Badan sangat letih walaupun baru bangun tidur
Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna anda kurang tidur. Maka dengan itu harus ubah masa tidur dengan kadar segera. Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Jika berada di tempat kerja anda susah bnak berikan fokus. Bila dalam meeting pujn anda boleh terlelap! Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang.
3. Set alarm lebih daripada satu
Setiap pagi anda pasti ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm telah anda set-kan. Jika anda mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang diingini. Badan dan kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.
4. Tak boleh survive tanpa kafein
Oleh kerana mengantuk anda pasti akan mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang diambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.
5. Badan tak mampu melakukan banyak aktiviti dalam sehari
Ini petunjuk jelas yang anda kurang tidur. Jika badan sudah penat memang korang tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah walauoun masih muda remaja tetapi setiap orang memerlukan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apa yang anda akan lakukan apabila anda diberitahu bahawa anda penghidap diabetes? Ia amat mengejutkan, berita yang tidak dijangka bagi setiap orang. Anda mungkin berasa sedih, marah atau takut memikirkan hidup dengan penyakit kronik ini.
Namun ia bukanlah pengakhiran untuk anda. Kini anda bukan dalam golongan orang-orang yang boleh menikmati makanan tidak berkhasiat sepanjang masa. Kawalan terhadap banyak perkara harus diambil berat.
DIET SIHAT, SEIMBANG
menerusi BERNAMA, Profesor Emeritus Datuk Dr Mustaffa Embong, Pakar Perubatan Diabetologi, Institut Diabetes Negara (NADI) menyifatkan mereka yang menghidap diabetes tidak mengalami masalah untuk menikmati pemakanan sama dengan orang disekeliling mereka, namun ia perlulah diambil dengan sedikit berbeza. jadi, istilah seperti menyediakan hidangan berbeza, dan cara masakan berbeza itu tidak perlu wujud dalam rumah, kerana ia akan menjadikan penghidap kemurungan dan serba salah. Malah, anggota keluarga dapat menikmati bersama makanan sihat dan berkhasiat.
Mulakan dengan memilih pelbagai jenis makanan yang baik dan tidak terjejas nutrisinya. Sekiranya anda obes atau berlebihan berat badan, pilih makanan yang rendah lemak dan kalori terutamanya pada garam untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin. Paling penting minum air. Pastikan pengambilan serat seperti oat, roti bijirin dan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran kira-kira 20-30 g sehari membantu untuk menurunkan paras glukosa dan juga paras kolesterol dalam darah anda, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
Amalkan suku suku separuh dalam pengambilan makanan harian anda dan lebihkan makanan berkhasiat. Satu perempat dengan protein seperti ikan atau ayam dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (kompleks), sebagai contoh, beras atau roti. Mind full eating atau lebih kepada kawalan minda terhadap pemakanan dimana anda boleh menggunakan pinggan kecil agar anda terasa seperti anda makan banyak. Tanpa perlu tambah setelah pinggan pertama habis!
Dapatkan nasihat pakar diet jika anda memerlukan bantuan dengan pemakanan anda.
TERUS AKTIF SECARA FIZIKAL
Seperti makan makanan yang sihat, senaman yang dijadikan rutin harian juga mempu untuk menguruskan diabetes anda. Diet dan senaman boleh membantu mengawal berat badan anda dan mengurangkan tahap glukosa darah (dengan membuat sel-sel otot anda lebih sensitif terhadap insulin). Senaman boleh menurunkan kadar kolesterol darah dan tekanan darah tinggi, dengan itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung). Selain itu, ia akan membantu anda merasakan lebih baik (melalui pelepasan hormon yang baik, endorfin, dari otak anda) dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan (terutamanya jantung, paru-paru, otot, tulang dan sendi).
jangan terikat dengan program senaman atau jadikan rumah anda seperti gym. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan berjalan, berjoging, berbasikal setiap hari atau hujung minggu. Jika anda masih kekakangan masa, ambil tangga daripada lift, pergi kerja dengan pengangkutan awam seperti LRT/MRT untuk berjalan dengan banyak. ingat! misi kita bukan untuk kurus, tapi nak elakkan dari diabetes terus naik dengan mendadak.
KURANGKAN BERAT BADAN
Bukan semua orang menghadapi masalah diabetes walaupun fizikal mereka kecil. Andai kata anda seorang yang berbadan besar, dan mangsa diabetes, penurunan berat badan sebanyak 10 peratus dapat meningkatkan jangka hayatnya dengan menurunkan risiko kematian akibat semua penyakit yang berkaitan dengan diabetes (termasuk serangan jantung dan angin ahmar). Penurunan berat badan berlebihan juga membantu mengawal diabetes dengan menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap insulin, sekali gus menurunkan kadar glukosa darah. Ia juga boleh memperbaiki profil lipid darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Anda boleh menjangkakan penurunan kira-kira 0.5 kg seminggu dengan makan kurang 500 kalori setiap hari (untuk perbandingan, sebiji burger besar mengandungi kira-kira 540 kalori!). Adalah munasabah untuk menurunkan 0.5 -1.0 kg seminggu (melalui diet dan senaman) sehinggalah anda mencapai berat badan yang ideal.
PASTIKAN PARAS GLUKOSA DARAH NORMAL
Diabetes memberi kesan kepada tahap glukosa darah harian anda. Tahap glukosa darah tinggi berterusan akan merosakkan badan anda dan akan mengakibatkan komplikasi. Mengekalkan paras glukosa darah anda pada paras normal (disyorkan) dapat membantu mengelak atau melambatkan komplikasi yang ditakuti ini.
Kini, anda boleh memantau tahap glukosa darah anda di rumah (atau di tempat kerja) dengan mengguna glukometer mudah alih. Anda cuma perlu cucuk sedikit pada hujung jari (atau lengan) dan hasilnya diketahui dalam masa kurang daripada seminit. Pantau tahap glukosa darah anda mengikut nasihat doktor. Sesetengah pakar diabetes mengesyor pemeriksaan sebelum makan, 2 jam selepas makan, sebelum atau selepas senaman, sebelum tidur dan ketika anda berasa tidak sihat.
Pemeriksaan pada masa berlainan seperti ini memberi anda kefahaman bagaimana tahap glukosa darah anda terjejas oleh pengambilan makanan dan aktiviti fizikal anda, dengan itu membantu anda (dan doktor anda) untuk mengurus diabetes dengan cara terbaik. Yang penting, dengan ujian glukosa darah berkala, anda juga dapat mengesan tahap glukosa darah rendah (hipoglikemia), terutamanya jika anda mengambil insulin.
Sentiasa rekodkan dan bincangkan hasil ujian sendiri darah anda dengan doktor.
Setiap 3 bulan atau lebih, doktor akan meminta supaya dilakukan ujian HbA1c bagi memeriksa bagaimana kawalan diabetes anda dalam tempoh 2 hingga 3 bulan lalu.
Secara umumnya, anda disaran mengekalkan kadar glukosa darah antara 4-6 mmol/l semasa berpuasa (semasa bangun waktu pagi) dan 6-8 mmol/l 2 jam selepas makan utama anda.
Anda juga harus berusaha untuk mendapatkan bacaan ujian HbA1c anda kurang dari 7.0% (atau lebih baik lagi, kurang daripada 6.5%).
Artikel ini disampaikan pada program ‘Lawan Diabetes’ anjuran Institut Diabetes Negara (NADI), yang diperakukan oleh Kementerian Kesihatan. Ia bukan bertujuan menggantikan nasihat perubatan profesional. Sekiranya ragu-ragu, sila berjumpa dengan doktor anda.
Untuk pertanyaan, sila hubungi NADI di enquiry@nadidiabetes.com.my atau di talian (03) 7876 1676.
BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita sudah pun menyambut kedatangan bulan Ramadan. Oleh itu, jadikanlah bulan mulia ini sebagai bulan untuk kita semua menambah pahala di samping jadikannya sebagai bulan untuk anda jadi lebih cergas dan tidak lesu.
Buat anda lelaki yang sentiasa ingin kekalkan kecergasan dan bentuk badan, anda masih boleh terus melakukan senaman-senaman ringan.
Ini 5 jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat dan timbul six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi berbaring
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Ambil posisi berbaring
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki
Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan repetisi ini
Lakukan latihan ini sekitar 15 kali repetisi per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
Luruskan punggung
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh
Tahan hingga beberapa minit
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
5. BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.