Mungkin selama ini anda tidak menyedari telah melakukan hal-hal yang mungkin boleh mengeruhkan hubungan dalam rumah tangga. Cari dan ketahui apa jua kesalahan itu dan segera perbaiki demi keharmonian perkahwinan yang telah anda bina selama ini dengan pasangan.
Kesalahan yang sering lelaki lakukan mungkin kelihatan mudah dan dianggap enteng. Namun jika dibiarkan berterusan, hal tersebut mungkin boleh menimbulkan masalah di kemudian hari. Tidak hanya baik bagi kehidupan berumah tangga, mengetahui kesalahan lalu memperbaikinya dengan segera, alah anda terbebas dari masalah psikologi yang kerap timbul akibat pertikaian dalam rumah tangga.
Kurang cemburu
Menurut penelitian, lelaki tidak begitu cemburu pada hal-hal kecil, misalnya ketika isterinya melirik atau menjalin hubungan emosional dengan lelaki lain. Padahal, wanita ingin sesekali dicemburui oleh lelaki. Dengan menunjukkan sikap cemburu, isteri mungkin akan merasa diri mereka penting di dalam kehidupan lelaki yang dicintainya. Cemburu yang disarankan sesuai batas normal dan jangan pula cemburu buta.
Bersikap ego ketika di ranjang
Lelaki kadang kala terlalu terburu-buru keadaan berhubungan seksual. Padahal, wanita perlu masa lebih lama untuk rasa ghairah dan terangsang. Terlalu terburu-buru mungkin boleh membuat wanita merasa dirinya hanya diperlukan untuk pemuas nafsu saja. Mulai sekarang biasakan untuk melakukan (foreplay) yang dilakukan dengan kasih sayang. Cara begini, wanita akan merasa dirinya dicintai sepenuhnya dan secara automatik tubuhnya dapat terangsang secara seksual.
Tidak menceritakan masalah pada isteri
Kebanyakan lelaki mungkin tidak suka menceritakan masalahnya kerana takut dianggap lemah. Padahal, membicarakan masalah yang dihadapi dengan isteri sangatlah penting. Dengan begitu, isteri merasa dilibatkan dan dianggap penting dalam kehidupan anda.
Menghabiskan wang tanpa pengetahuan isteri
Disedari atau tidak, lelaki kerap menjadikan dirinya sebagai pemimpin seutuhnya dalam rumah tangga. Ya, itu memang tidak salah. Namun, status sebagai pemimpin tidak harus membuat lelaki bertindak semahunya, tanpa melibatkan persetujuan isteri. Apalagi jika itu bersangkutan perihal urusan wang. Sebaiknya bincang terlebih dahulu sebelum mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak
Kurang peka
Wanita kerap diam atau hanya memberi isyarat bahasa tubuh apabila kesal dengan perilaku lelaki. Sayangnya, lelaki kurang peka mengetahui isyarat tersembunyi itu. Sebaiknya anda lebih peka dengan keadaan yang dialami oleh isteri, seperti memerhatikan gerak-gerinya yang tidak seceria biasanya. Isteri pasti suka ketika anda melakukan apa yang diinginkannya, tanpa harus diberitahu sebelumnya.
Tidak menjadi pendengar yang baik.
Ketika isteri anda sedang membicarakan masalahnya, dengarkan setiap kata-katanya dengan penuh khusyuk. Wanita lebih suka perasaannya difahami ketika sedang mencurahkan isi hatinya. Sayangnya, lelaki cenderung berusaha untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi atau mengungkapkan cadangan yang berdasarkan fakta. Di mata wanita, sikap tersebut membuat lelaki dianggap kurang rasa empati dengan keadaan yang mereka alami.