Setiap orang mempunyai sebab berbeza-beza bila ke gimnasium. Ada yang ingin menurunkan berat badan dan ada juga yang datang dengan misi ingin memantapkan otot.
Walau apa jua alasan atau sebab anda ke gimnasium ia terpulang kepada diri sendiri. Namun ada beberapa kesalahan besar sering dilakukan terutamanya oleh golongan lelaki bila mereka berada di gimnasium.
Kesalahan ini bukanlah terlalu besar namun ia boleh memberi impak kepada keberkesanan dan objektif anda bila berada di gimnasium.
BUANG MASA BERSOSIAL
Tak dinafikan antara tarikan utama mengapa orang pergi ke gimnasium ialah hubungan interaksi sosial yang boleh anda lakukan. Kenalan baru atau lama membuatkan anda lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti senaman. Malah lebih teruk jika ada yang ambil kesempatan untuk mengorat atau menggoda mana-mana ahli gym yang lain. Kurangkan berborak dan fokuskan lebih kepada senaman.
MAHU KEPUTUSAN SEGERA
Sesetengah orang meletakkan sasaran yang tak realisitik. Sebagai contoh meletakkan sasaran untuk turun 10 kilogram dalam tempoh seminggu. Bila sasaran tinggi begitu diletakkan ia hanya beri tekanan kepada anda sendiri. Lalu membuatkan anda bersenam tanpa henti dan boleh menyebabkan kecederaan. Ambil masa dan pacing diri sendiri. Usah terlalu gopoh untuk buat perubahan.
BACA: Punca Latihan Di Gimnasium Menjadi Tak Berkesan, Badan Kekal Sama!
TAK MELAKUKAN WARM UP
Ini merupakan antara punca utama mengapa kecederaan otot boleh berlaku. Keengganan anda melakukan warm up atau regangan sebelum memulakan senaman boleh menyebabkan badan anda tak bersedia. Malah jika melakukan warm up anda akan manmpu melakukan senaman lebih lama dan berkesan.
TUMPU HANYA SATU LATIHAN
Tak salah jika anda ingin fokuskan sesetengah senaman pada bahagian otot tertentu. Namun lebih elok jika anda melakukan senaman secara menyeluruh. Memberi fokus pada satu kawasan sahaja boleh menyebabkan berat badan naik dan pembentukan otot tak sekata. Imbangi senaman untuk stamina, otot dan juga kardio.
MUDAH PUAS HATI
Ya, memang anda patut berasa bangga bila merasakan kondisi tubuh semakin baik. Tapi bila perkara ini berlaku ada sesetengah orang mudah berpuas hati lalu mengurangkan aktiviti senaman mereka. Walhal ia perlu diteruskan bagi memastikan kondisi baik itu kekal lama.
MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN
Satu perkara anda perlu ingat setiap orang memiliki bentuk fizikal, metabolisme dan pertumubhan otot yang berbeza. Jadi usahlah anda membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain. Itu hanya melemahkan semangat anda jika orang yang dibandingkan jauh lebih baik pencapaian mereka. Anda hanya perlu fokus untuk diri sendiri dan jadikan pencapaian orang lain sebagai motivasi diri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI