Perasan tak jika kita menyinggah mana-mana kedai buku terutamanya di seksyen bahagian agama, kita akan nampak buku bertulis Ayat Al-Ma’thurat atau amalan Al-Ma’thurat.
Mungkin ramai yang masih tidak berapa tahu apa itu Al-Ma’thurat, ia adalah himpunan zikir dan wirid yang ma’thur dari Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih serta amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Beliau mengumpulkan wirid dan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah SAW seabagi salah satu usaha untuk istiqamah berzikir setiap hari. Ia di baca sebanyak 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sebelah petang.
BACA: Memakai Wangian Ke Masjid Adalah Sunat, Kebaikannya Juga Sangat Banyak Terutama Pada Hari Jumaat
Di sini MASKULIN
ingin berkongsi sedikit antara kelebihan yang diperolehi oleh pengamalnya.Ia dimulai dengan bacaan Taa’wuz yang bermaksud ‘Aku memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’. Sebagai hamba Allah yang lemah, kita sentiasa berharap agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan.
Bacaan Al-Fatihah di dalamnya merupakan bacaan yang agung.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku.” (HR at-Tirmizi dan an-Nasai)
Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar.
Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (HR Muslim)
Membaca ayat Kursi juga akan menghindarkan diri dari gangguan syaitan.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi
” (HR Bukhari)BACA: Ketahui Kebaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid Terutamanya Pada Hari Jumaat
Dalam al-Ma’thurat itu merupakan doa dari Nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini. Antaranya,
Maka Baginda saw bersabda, Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
Maksudnya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.” (HR Abu Daud)
Dari Aban Bin Osman, bahawa Nabi saw bersabda: “Sesiapa membaca,
Maksudnya, “Dengan nama Allah, dengan nama-nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”, sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (HR Ahmad)
Untuk memudahkan kita mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak.
Dari Ibn Mas’ud ra, bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya, “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiyamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (HR at-Tirmizi)