6 Kaedah Berkesan Yang Ayah Boleh Lakukan, Elak Barang Mainan Anak Bersepah Di Rumah

Share

Mempunyai anak-anak dalam linkungan 5 tahun ke bawah memang menguji tahap kesabaran yang tinggi sebagai ibu bapa. Bermain merupakan salah satu penerokaan yang paling penting. Oleh itu mereka perlu diberikan permainan yang sesuai dengan usia dan tingkat-tingkat kebolehannya.

Namun bila barang maian terlalu banyak, timbul pula masalah barang mainan bersepah di rumah.

Lelaki ini kongsi cara dan tip bagaimana untuk mengelakkan anak jiran dari mengambil dan elak permainan bersepah dalam rumah.Dan ternya cara ini sangat berkesan.

 

1) Tidak Mengajar Anak Boros

Memang tidak banyak permainan di rumah. Saya tidak ajar anak ‘boros’ membeli permainan. Power rangers,atomen,robot ini semua tidak ada dalam rumah. Yang ada sekarang lego bersaiz besar(main bersama saya) sebuah lori mainan saya hadiahkan kepada anak sempena hari lahir yang ke 2 tahun. Lori permainan yang orang buang saya ambil dan betulkan.

Selebihnya saya fokus kepada komunikasi,penggunaan otot,bina fisiologi beliau. Contohnya ajak anak berlari,merangkak,menconteng buku,bunyi haiwan. Ajak solat,Qasidah,menyanyi. Ajar anak bermain dengan jari tangan dan kaki.

 

2.Bawa Barang Mainan & Main Bersama

Pesan kepada anak jiran bawa mainan mereka datang kerumah dan main bersama. Didik mereka kongsi dan tukar permainan. Pada awalnya mereka akan berebut,ketika itulah tugas kita untuk terangkan kepada mereka ‘hak’ masing-masing.

 

3. Handmade Barangan Terpakai

Buat permainan handmade guna barangan terpakai. Contohnya kereta menggunakan kotak dan tayar dari tudung botol plastik. Didik anak cipta benda yang kreatif dan tidak membazir. Kebiasaanya apa yang mereka cipta mereka akan lebih rasa untuk menghargai.

 

4. Didik Anak Bersedekah

Didik anak hadiahkan permainan kepada anak jiran. Saya mulakan anak hadiahkan dan suap makanan kepada orang lain terutama kepada kita dan keluarga. Maksudnya didik anak bersedekah. Jangan didik anak untuk merasakan HAK MUTLAK semua permainan milik mereka.

 

5. Didik Anak Hormatkan Orang

Didik anak untuk minta izin jika mahu main permainan orang lain. Hatta untuk masuk bilik saya ajar anak ketuk pintu dan bagi salam. Didik anak jika umi solat kena ikut,kena hormat jangan lalu depan ketika solat.

 

6. Hargai mereka dengan pujian,pelukan dan ciuman.

Saya selalu ucap begini kepada anak jika dia berjaya kemaskan lego,masuk bilik ketuk pintu, bagi salam,ambil baju sendiri,berjaya makan sayur,makan buah. Muhammad afiq anak soleh,anak baik,anak bertuah,anak Allah dan Rasul sayang dan angkat tangan ajak anak berdoa sama-sama,doa dengan sebutan yang jelas.

Percayalah anak-anak akan terdidik jika kita mulakan perkara yang baik bersama mereka.

Moga bermanfaat.

 

Sumber : Muhammad Ahmad

Published by
Ruziana Zainal