Bro, siapa je dengan watak Spider-Man. Kalau tak kenal MASKULIN rasa ada something wrong dalam kehidupan korang. Spider-Man telah zaman-berzaman menjadi ikon komik gergasi dunia, Marvel. Karakter yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko ini menjadi antara watak komik paling popular pernah diperkenalkan.
Jadi tak hairanlah pelbagai variasi karakter Spider-Man menerusi komik, animasi, siri TV dan juga filem telah diperkenalkan kepada peminat. Buat pengikut tegar komik Spider-Man, inilah filem yang dinantikan oleh mereka.
Kebiasaannya kita hanya melihat watak Peter Parker yang menjadi Spider-Man di dalam filem. Tetapi sebenarnya terdapat pelbagai jenis versi di dalam komik dan juga beberapa siri animasi memperkenalkan Spider-Man dalam universe berbeza?
Itulah yang bakal kita tonton di dalam filem terbaru ‘Spider-Man:Into the Spider-Verse’. Filem terbaru ini dipersembahkan kepada penonton di dalam bentuk animasi komputer berdasarkan karakter Miles Morales yang menjadi Spider-Man.
Menariknya di dalam filem ini terdapat lima lagi Spider-Man daripada ‘Spider-Verse’ berbeza turut melakukan kemunculan. Pehh, rabak juga kalau Spider-Man ramai-ramai ni. Nak pergi mana ramai-ramai tu bro?
So, siapakah the ‘Spider-people’ yang dalam filem ini berdasarkam trailer-nya.
PETER PARKER – SPIDER-MAN
Ads
Spider-Man yang telah kita kenal sejak zaman-berzaman ini turut muncul di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’. Menerusi filem ini, Peter kelihatan sebagai seorang lelaki dewasa yang mungkin dalam usia 40-an. Tengok gaya perut memang Peter versi ini semacam sedikit depressed. Dan besar kemungkinan karakter ini datang dari kesinambungan ‘Spider-Man 3’ yang dilakonkan oleh Tobey Maguire dahulu.
MILES MORALES – ULTIMATE SPIDER-MAN
Karakter utama di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’, Miles Morales merupakan seorang remaja yang mempunyai cita-cita tinggi dan mengidolakan Spider-Man. Sebagai protagonis, filem ini membawa pengembaraan Miles dalam mencari identiti barunya sebagai seorang superhero.
Pernah tak korang bayangkan bagaimana jika bekas teman wanita Spider-Man iaitu Gwen Stacy digigit oleh labah-labah beradioaktif? Well, this is the answer! Berdepan dengan pelbagai dugaan semasa membesar membuatkan Gwen ingin menggunakan kuasanya ke arah kebaikan.
1930S PETER PARKER – SPIDER-MAN NOIR
Pada tahun 2009, Marvel telah mengeluarkan beberapa siri komik menggunakan karakter popular mereka di dalam versi zaman 1930-an dengan genre noir. Spider-Man Noir yang hidup pada era tersebut tampil dengan pakaian berbeza iaitu dengan kot labuh dan bertopi. Paling penting dia sentiasa muncul dalam kondisi warna hitam dan putih. Jadi maksud ‘warna’ itu tak ada dalam kamus kehidupan dia.
Ads
PENI PARKER AKA SP//DR
Menerusi realiti Peni Parker, makcik dan pakciknya merupakan saintis yang membina sbeuah sut cybernatics dikenali sebagai SP//dr. Muncul dalam bentuk anime, bapa Peni meninggal dunia ketika melakukan ujian ke atas sut atau robot tersebut. Pada usia sembilan tahun, Peni menjadi seorang kanak-kanak berani yang mempertahankan dunianya daripada pelbagai ancaman musuh. Kecil-kecil cili berapi!
PETER PORKER – SPIDER-HAM
Spider-Man yang tak Muslim-friendly. LOL. Ini pula versi parodi Spider-Man yang dibayangkan wujud dalam dunia sebenar! Peter Poker dilahirkan sebagai seekor labah-labah namun selepas terdedah kepada sinaran radioaktif dari saintis, May Porker dia telah berubah menjadi separuh khinzir dan separuh labah-labah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti gadis, mood lelaki juga boleh berubah dalam sekelip mata. Tengah-tengah happy-happy, tiba-tiba tak semena-mena si dia jadi bad mood. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Sebenarnya tidak. Senang je jika kmu faham dia dan dengan mudah dapat mengagak apa yang bermain dalam minda mereka. Teruskan membaca 5 Fakta di bawah adalah jawapannya!
1.Jangan Paksa
Tidak kira nerd, penakut, garang atau jenis yang tak serius-semua lelaki tidak suka dipaksa. Sesetengah lelaki akan bercakap apabila ditanya. Perempuan pula ramai yang jenis suka mendesak dan menyelidik. Cara sebegitu sebenarnya tak menguntungkan kedua-dua pihak. Lelaki ini jenis kalau lagi didesak, lagilah dia akan membisu dan mencari helah. Cara paling baik untuk perempuan memahami lelaki ialah dengan membaca bahasa badan seperti gerak matanya dan perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak daripada segi sikapnya, cuba lihat semula pasti ada sesuatu yang tak kena.
2. Suka Berahsia
Perempuan memang suka berkongsi masalah dengan perempuan lain. Tetapi bagi lelaki, kadang-kadang dengan kawan baik pun dia tak cerita. Penting bagi wanita untuk tidak memaksa lelaki bercerita tentang masalahnya. Cara paling baik ialah berbual tentang perkara lain, sehinggalah dia sendiri yang bercerita tentang permasalahan tanpa perlu ditanya.
3. Mudah & Tidak Kompleks
Jika anda sudah berkahwin dan ingin suami menolong sebarang jenis kerja yang dirasakan perlu, minta saja dia tolong. Majoriti lelaki tidak kompleks dan perempuan hanya perlu berterus-terang dengan mereka. Tak perlu berkias-kias kerana orang lelaki ini jenis straight forward. Katakan saja pada mereka apa yang anda mahu.
4. Lelaki & Ego
Kebiasaannya, lelaki ini ego dalam dua keadaan. Di rumah dan di pejabat. Orang perempuan kena banyak bersabar dan ‘layan ‘ sahaja ego mereka apabila lelaki berasa senang hati dengan tingkah laku dirinya itu, semua orang di sekeliling akan mendapat faedah, termasuklah orang yang dia sayang.
5. Lelaki Suka Membisu
Perempuan memang tiada masalah bercakap tentang sesuatu hal yang sensitif walaupun perkara itu sudah berlalu. Namun, tidak bagi lelaki. Apabila semakin berat masalah yang ditanggung, dia semakin membisu. Ini disebabkan dua faktor. Pertama, samada dia tidak mahu menyusahkan pasangannya atau dia memang tidak pandai meluahkannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mencukur bulu kemaluan dengan tepat dapat membantu proses pembersihan serta memberi kelembapan pada kawasan alat sulit. Apabila anda kerap membuat cukuran, kawasan alat sulit lebih kasar serta menyebabkan rasa gatal dan kemeraha. Jadi pastikan anda membuat cukuran yang betul dan gunakan juga sabun pencukur yang betul.
JANGAN DICUKUR HABIS
Bulu kemaluan yang tipis akan mencegah bersarangnya tungau atau kutu kelamin (Phthirus Pubis). Kalau terlalu tebal, pembersihan organ kelamin akan terganggu kerana terdapat talungan air sewaktu anda membuat basuhan. Lambat kering dan ia lembap di dalam seluar anda.
CUKUR UNTUK MENGELAKKAN BAU
Bulu kemaluan yang tidak dicukur dapat membuat menyebabkan rasa kelembaban meningkat. Pada akhirnya mengakibatkan infeksi bahkan juga keputihan untuk kaum wanita. Nah, kalau dicukur, partikel kotoran dan sel-sel kulit mati jadi lebih mudah dibersihkan.
ELEMEN KEGHAIRAHAN
Bulu kemaluan yang dicukur akan membuat kelaminmu terlihat lebih bersih dan menarik bagi pasangan. Tidak hairan, kalau mencukur bulu kemaluan bisa meningkatkan gairah seksual saat sedang melakukan hubungan.
ILUSI ALAT SULIT LEBIH BESAR
Bulu kemaluan yang terpotong pendek dan rapi akan membuat penis terlihat lebih besar saat ereksi. Jadi ukuran penis akan terlihat optimal saat kamu sedang melakukan hubungan.
LAMBANG KEBERSIHAN
Anda akan lebih selesa apabila sistem alat sulit anda dalam keadaan kemas. Bukan sahaja luaran nampak kacak, dalaman juga harus bersih dan rapi. Jadi sila lihat ke dalam juga, adakah anda memang betul-betul seorang pembersih atau sebaliknya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa kata penghidap kencing manis tak boleh nak join Marathon. Jangan jadikan sakit sebagai alasan anda tidak mahu bersenam. Badan yang sihat boleh mencegah diri dari penyakit kronik. Jadi, bila orang tanya “kalau saya ada kencing manis, dan saya nak join Half Marathon, macam mana ye? Apa yang perlu saya buat?
Ini kami kongsi langkah-langkah dan pandangan Dietitian Mohd Khairul Azuan.
Selalu check gula dalam darah sebelum memulakan senaman dan sentiasa berada dalam lingkungan bacaan yang dipersetujui oleh doktor anda.
Ini paling utama, anda kena sedar, anda bukan normal. Bukan apa, kita mahu badan lebih sihat bukan terukkan lagi. Jangan lupa ambil bacaan ye.
Bekalkan diri anda dengan Manisan.
Membawa makanan manis yg senang digunakan seperti air kotak, gula-gula atau Sport Drinks semasa latihan. Badan akan lemah apabila kita menggunakan tenaga yang sangat banyak. Ia akan membahayakan seseorang terutamanya pesakit Diabetes.
Elak Hypoglycemia
Ajak kawan-kawan anda berlatih di rumah atau di taman sehingga anda mampu menghidari hypoglycemia (gula bawah 4 mmol/l). Mula dari bawah, baru ada Stamina dan penyakit boleh dielakkan.
Bawa atau pakai Tag Medical Alert
PENTING! Sentiasa bawa kad bersama anda. Kalau boleh, ketika anda register untuk sertai Marathon tu, jujur dalam mengisi ruang kesihatan. Ini memudahkan Medical Team menyatakan penyakit anda supaya senang Medical Team memberikan rawatan.
Makan, minum sebelum, selepas senaman.
Hyperglycemia juga boleh terjadi dan diburukkan lagi dengan Dehydration (kurang air). Hyperglycemia (gula tinggi) akan menyebabkan badan kita lagi cepat hilang air. Jika Marathon anda itu pada waktu pagi, makanlah sekeping roti atau sebiji pisang. Ia sangat membantu.
Pesakit Diabetes, berhati-hati dalam bersenam yang memerlukan intensiti tinggi. Setakat Marathon anda masih lagi mampu. Jika anda mahu menurunkan berat badan, sila rujuk pakar Dietitian supaya anda tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu ketika bersenam.
Untuk pertanyaan lanjut anda boleh follow:
Instagram @khairuldietitian
FB: Mohd Khairul Azuan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.