Anda dah ada pilihan nak undi siapa esok? Masih belek manifesto nak tengok parti mana yang boleh mentadbir negara? Kami ada cadangan. Apa kata kalau anda pilih salah satu dari movie yang kami list kan ni. Tengok malam ni, dan pilih mana ynag bersesuaian dengan negara kita. Filem terbitan barat ini semestinya mempunyai banyak manfaat dan pengetahuan dunia politik. Tak ada lah kita secara emosi memilih parti tanpa mengetahui permainan politik kan?

 

 

  • The post (2017)

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

Dalam zaman media sosial lebih pakar dari akal fikiran manusia ini, kadang kala kita tidak boleh menilai mana satu berita benar atau salah. Namun akhbar The New York Times di US ini sanggup mengambil cabaran dan risiko untuk membongkar rahsia kerajaan yang melibatkan 4 President dalam tempoh 3 Dekat. Negara US memang terkenal dengan keberanian mereka. Filem yang penuh dengan kebenaran dan kebusukkan dunia politik di US ini anda dapat saksikan bagaimana akhbar terlaris di Amerika menyingkap dunia politik.

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

 

  • The Iron Lady

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

Ads

Walaupun Malaysia tidak membolehkan wanita menjadi Perdana Menteri, namun hari ini dapat kita saksikan ramai personaliti-personaliti wanita yang berjuang untuk memaju dan memulihkan negara. Kepada anda yang mengikuti perkembangan politik di Britian, pasti anda kenal dengan Margaret Thatcher. Beliau merupakan wanita pertama yang diangkat sebagai Perdana Menteri UK pada tahun 1979 setelah memenangi undian terbanyak. Filem ini merupakan biografi beliau yang dilakonkan oleh pelakon Hollywood terkenal Meryl Streep. Untuk pengetahuan anda, Thatcher melalui lilku-liku kehidupan yang pencabar sepanjang beliau bergelar ahli politik dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri. Walaupun filem ini mendapat banyak kritikan umum, namun ia masih tetap sesuai untuk ditonton untuk dijadikan pedoman.

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

 

  • The Queen (2006)

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

Filem ini diilhamkan dari selepas kemangkatan Puteri Dayana. Seperti yang anda sedia maklum, kerabat diraja Britain ini semestinya menjadi buah mulut orang ramai dan menjadi tumpuan seluruh rakyat dunia. Malaysia merupakan negara yang tidak lepas daripada mengambil tahu berita terkini berkenaan kerabat diraja itu. Filem ini mengisahkan tentang kerajaan Britain yang ketika itu dikendalikan oleh Perdana MenterI Tony Blair konflik berkenaan kematian Puteri Dayana yang berprofil tinggi. Tony ketika itu harus memujuk Ratu Elizabeth untuk memberi penghormatan terakhir pada Dayana untuk memulihkan kembali imej keluarga diraja Britain. Filem ini mendapat Top 10 list US critics sebagai antara filem terbaiik tahun 2006.

Ads

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

 

  • Ghandi (1982)

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

Siapa tak kenal dengan Ghandi kan? Kita semua tahu tentang bapa kemerdekaan India ini yang banyak menghabiskan tenaga demi mencapai kemerdekaan negara India. Filem ini berlatarbelakangkan zaman penjajahan British ke atas India ini mengisahkan kehidupan Ghandi daripada beliau membesar sehinggalah beliau menjinakkan diri dalam arena politik dan seterusnya ditamatkan kehidupannya apabila beliau ditembak mati dalam konspirasi pembunuhan. Filem penuh drama dan inspirasi ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk 55th Academy Awards 1983. Ia sebuah filem klasik wajib tonton oleh semua orang!

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

Ads

 

  • 1957 Hati Malaya (2007)

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

Kita bagi anda layan filem Malaysia pula. Shuhaimi Baba memgambil inisiatif untuk mengfilemkan detik-detik indah negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Anda dapat saksikan disini pergelutan anak bangsa menegakkan keadilan untuk mendapatkan hak masing-masing. Noor Azhar Murad yang memegang watak sebagai Tunku Abdul Razak sememangnya mendapat pujian daripada pengkritik-pengkritik negara kerana telah melakonkan watak Tunku Abdul Rahman dengan jayanya. Jika anda sayangkan negara dan tidak mahu negara jatuh ke tangan pihak yang salah, maka jadikan filem ini sebagai panduan.

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

 

  • Tanda Putera (2013)

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

Filem yang menceritakan usaha Tun Abdul Razak Hussein mentadbir negara menjadikan negara Malaysia pesat dengan pembangunan. Menerusi filem ini, anda dapat saksikan kehidupan liku-liku yang terpaksa beliau hadapai demi menjadikan Malaya ketika itu negara yang maju dan pesat dengan ekonomi. Filem Tanda Putera ini merupakan filem kedua bertemakan patriotik Shuhaimi Baba selepas kejayaan beliau dalam filem 1957 Hati Malaya. Filem ini semestinya mendapat kritikan dan pandangan negatif mahupun positif, tapi jika anda benar-benar menonton filem ini sebagai anak Malaysia, pasti anda akan sebak dengan pengorbanan Bapa Pembangunan Malaysia ini.

6 Filem Berunsur Politik Yang Boleh Anda Tonton Sebelum PRU14. Baru Bersemangat Nak Mengundi

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI