1) Doodle Pilihan Raya
Jika anda buka laman sesawang google pasti anda akan dapat melihat kecomelan huruf-huruf yang dieja google itu memegang kertas undi dan bendera Malaysia, manakala G pertengahan digantikan oleh kotak undi yang dilabel dengan Jalur Gemilang. Satu pemeriksaan arkib Google Doodle menunjukkan bahawa jangkauan doodle pilihan raya Malaysia 2018 ditetapkan untuk mereka di Malaysia sahaja. Pada 9 Mei tahun lalu, Google mencipta coretan yang sama untuk pemilihan presiden Korea Selatan. Baru-baru ini, Twitter juga memperkenalkan emoji baru untuk GE14, memaparkan undi yang ditandakan di atas bendera Malaysia yang berbentuk menyerupai kotak undi. Emoji muncul apabila hashtags #MalaysiaElection, # GE14 atau # PRU14 digunakan dalam tweet itu, dan akan tersedia sehingga 16 Mei. (sumber Star Online)
2) Panggilan Spam
Perdana menteri Najib Razak mengecam panggilan spam baru-baru ini yang mana banyak ahli politik di kedua-dua belah bahagian politik telah mendapat panggilan antarabangsa bertubi-tubi sejak pagi ini. Najib menjelaskan di ruang Twitternya mengatakan bahawa bukan sahaja telefon yang menjadi mangsa. “Selain telefon tidak berfungsi dengan normal, laman web BN juga tidak boleh diakses. Saya telah meminta tindakan segera diambil.
3) Lupa Kad Pengenalan
New Straits Times melaporkan sepanjang PRU14 yang berlangsung semalam, rata-rata yang berada di Ipoh terlupa untuk membawa kad pengenalan ke pusat mengundi. Ini mesti kes terlalu teruja untuk mengundi ni. Apa-apa pun, semua proses pengundian berjalan dengan lancar.
4) Terlewat Mengundi
HANYA kerana terlajak tidur, seorang pengundi hampir terlepas daripada menunaikan tanggungjawab untuk mengundi, hari ini. Tiap Ooi Ah Chuan, 56, tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsan (SK) Tambun Tulang, Arau, 15 minit sebelum berakhirnya masa mengundi.
“Saya terjaga sahaja dari tidur tengok jam dah 4.20 petang. Nasib baik sempat kalau tidak menyesal kerana pilihan raya hanya lima tahun sekali.” katanya yang tinggal di Kampung Siam, Jejawi. Beliau adalah antara individu terakhir yang mengundi bagi Parlimen Arau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang di pusat pengundian berkenaan. (Sumber Harian Metro)
5) Azwan Ali tewas ditangan Azmin Ali
Seperti yang semua sedia tahu dengan kejutan yang diberikan oleh Azwan Ali seorang selebriti tempatan dengan turut serta bertanding dalam Pilihanraya tahun ini. Azwan Ali bertanding dalam parti bebas menentang Azmin Ali yang merupakan ahli keluarganya sendiri. Walaupun tewas di tangan Azmin, namun Azwan Ali melakar sejarah kerana beliau saja selebriti yang berani menyertai politik.
6) 4 Pagi
Bukan setakat media terpaksa bersengkang mata melaporkan berita terkini mengenai PRU14, malah rakyat Malaysia juga tidak tidur sehingga 4 pagi menunggu keputusan PRU 14 kali ini. Sejarah tercipta buat Malaysia, tahniah kepada pemilik kerusi-kerusi di Parliment. Dengan ini, kami mengharapkan agar Malaysia melangkah ke corak perlembagaan yang baru, adil dan saksama.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI