6 Ekspresi Lelaki Yang Buat Perempuan Menggelabah Habis!

Share

Sebenarnya terdapat beberapa rutin perlakuan lelaki tanpa sedar yang boleh menarik perhatian wanita yang melihatnya kerana menyerlahkan elemen seksi. Ketahuinya mulai sekarang.

 

  1. Menggaru atau mengusap jambang
  • Jambang gatal, garu punya garu tanpa sedar sebenarnya anda menarik minat wanita yang melihat. Ianya perlakuan biasa lelaki tetapi bagi wanita anda kelihatan menarik di mata mereka ketika itu. Mungkin perbuatan itu kelihatan maskulin dan bersahaja.

 

  1. Melipat lengan kemeja
  • Ada tak sewaktu anda sedang melipat lengan kemeja anda terasa seperti diperhatikan? Jika ya, jangan pelik kerana ia adalah ‘manisan’ mata untuk wanita. Tidak kiralah wanita itu sudah berumahtangga atau bujang, sebenarnya perlakuan melipat lengan kemeja memberikan gambaran berbeza. Si wanita bujang merasakan perbuatan itu agak seksi manakala wanita yang telah berpunya dia akan terus memikirkan tentang pasangannya.

 

  1. Membetulkan jam tangan atau tali leher
  • Perbuatan ini sama seperti melipat lengan kemeja cuma di minda wanita ia lebih menggambarkan personaliti seksi anda yang sebenarnya secara spontan.

  1. Duduk sambil meletakkan kedua lengan di atas peha
  • Fuh! Ada yang tidak senang duduk di sebelah jika anda duduk dalam posisi begini. Cuba perhatikan, jika teman sebelah anda adalah wanita, dengan posisi anda tersebut dia akan resah dan sering membaiki postur duduknya atau sengaja memalingkan muka mencari pandangan lain.

 

  1. Berbual sambil meletakkan tangan di palang pintu/dinding
  • Entah kenapa wanita mengundi mengatakan salah satu perbuatan seksi lelaki secara spontan ialah bercakap sambil meletakkan tangan di palang atau di mana sahaja yang dirasakannya selesa. Wanita pula akan lebih teruja untuk meneruskan perbualan apabila melihat situasi tersebut.

  1. ‘Making good eye contact’
  • Ramai wanita akui terasa ledakan hormon merembes dalam badan mereka apabila lelaki yang dipanggil namanya memberikan pandangan yang tepat kepada mereka. Selain teruja, wanita juga akui pandangan lelaki tersebut kelihatan cukup seksi.

 

 

Published by
Kim Rahim