Gula.
Bercakap tentang gula ia umpama oksigen dalam kehidupan harian kita. You just can’t live without it. Apatah lagi pelbagai resepi masakan serta minuman di negara kita hampir keseluruhannya menggunakan gula.
Apatah lagi sekarang di bulan puasa terdapat pelbagai jenis kuih-muih yang sangat manis di jual sebagai antara juadah pembuka selera.
Tahukah anda bahawa gula merupakan antara substance yang sangat kuat ‘ketagihannya’?
Ketagihan gula sedikit berbeza dengan ketagihan substance lain kerana ia bukanlah disebabkan oleh emosi yang menyebabkan ketidakaturan makan.
Ia disebabkan oleh ketidakaturan biologi yang didorong hormon dan nerotransmiter yang mahukan gula serta karbohidrat sehingga menyebabkan corak pemakanan seseorang menjadi tak terkawal.
Adakah anda sedar sama ada anda merupakan seorang yang menglami ketagihan gula? Jika ada petanda yang disenaraikan di bawah bermakna anda harus dapatkan rawatan dengan segera.
1. Memiliki Ruang Khas Makanan Manis
Betapa sukanya anda terhadap makanan bergula hinggakan mempunyai ruang rahsia sendiri untuk menyimpannya. Ketahuilah jika anda rasa keperluan untuk ada ruang menyembunyikan makanan manis tersebut ini bermakna anda sebenarnya menghadapi masalah.
2. Gigih semata penuhi craving
Demi nak penuhi keinginan makan makanan manis anda sanggup sanggup keluar pada malam buta ke kedai makan atau kedai runcit untuk membeli juadah manis. Atau paling tidak pun anda selalu bagi motivasi kepada diri untuk reward apabila dah berjaya lakukan sesuatu dengan makanan manis.
3. Tak ambil berat dengan gula
Mungkin anda boleh nafikan yang ada ada maslalah ketagihan gula atau cuba mengelaknya, Anda boleh jadi denial. Anda juga mungkin kata bahawa bila-bila saja berhenti makan makanan bergula. Tapi hakikatnya anda masih mendapatkan gula daripada makanan yang lain.
4. Tak suka air masak
Cuba tanya diri sendiri, dalam sehari berapa gelas anda minum air masak? Adakah anda langsung tak minum? Jangan begitu ya. Ketahuilah bahawa pengemar gula luar biasa memang tak suka minum air masak ia tak ada rasa.
5. Makan walaupun tidak lapar
Anda ada masalah dengan gula jika selalu makan hanya kerana ingin memuaskan nafsu walaupun sebenarnya langsung tak lapar terutama terhadap snek yang tidak sihat. Oleh itu, elok dipertimbangkan semula keinginan tersebut. Adakah anda makan disebabkan keinginan atau lapar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI