6 Cara Tingkatkan Kadar Metabolisme Badan Agar Mudah Bakar Lemak & Cepat Kurus!

Share

Setiap individu mempunyai kadar metabolisme badan yang berbeza-beza. Orang yang ada banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai lebih banyak lemak.

Apabila kadar metabolisme badan meningkat, lagi mudahlah anda nak menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan mempunyai kaitan rapat dengan sistem metabolisme badan yang berfungsi untuk membakar lemak yang berlebihan.

Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme badan tinggi boleh anda lihat jika dia makan banyak tetapi badannya tetap kurus.

Untuk memastikan misi cepat kurus anda berjaya, ikuti 6 cara mudah ini untuk anda tingkatkan kadar metabolisme badan.

1. Minum banyak air masak

Meminum 8 gelas air atau lebih yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum, selain menigkatkan metabolisme badan.

2. Buat senaman membina otot

Membuat senaman otot bagus untuk membantu anda membakar banyak lemak. Ini akan meningkatkan pembinaan otot badan sekali gus menaikkan kadar metabolisme badan anda.

3. Makanan pedas

Mungkin ramai yang tidak tahu kandungan capsaicin di dalam cili dapat membakar kalori sehingga 30 minit selepaskan kita memakannya dan menaikkan metabolisme badan.

4. Dapatkan sinaran matahari

Cahaya mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.

Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

5. Amalkan minum teh hijau

Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

6. Jangan makan lepas 7 malam

Elakkan makan di tengah malam atau selepas 7 malam kerana sistem metabolisme badan memang rendah pada waktu itu.

Published by
Roselinda