6 Cara Terbaik Buat Senaman Treadmill Untuk Cepat Bakar Kalori & Kurangkan Berat!

Share

Rutin atau senaman treadmill mungkin dipandang ringan. Malah ramai beranggapan, senaman treadmill dengan posisi berlari atau berjalan laju di atas lantai yang bergerak membosankan, membuang masa dan tidak berkesan. Namun anda silap!

Senaman treadmill juga sebenarnya sama faedahnya seperti anda mendaki bukit yang tinggi kerana ia mampu membakar kalori dan lemak dengan cepat. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, ada cara tersendiri yang perlu anda ikuti ketika melakukan senaman treadmill.

Berikut merupakan 6 tip penting ketika melakukan senaman treadmill.

1. Sesuaikan diri bila menggunakan treadmill

Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya. Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan senaman tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan yang lain pula.

2. Terus membakar lebih banyak kalori

Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan keseimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan dengan perlahan. Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan menggunakan treadmill. Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan ini mampu untuk membakar kalori anda dengan cepat.

3. Pengaruh kelajuan treadmill

Kelajuan treadmill mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5-10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang ditetapkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.

4. Jadikan treadmill sebagai rutin harian

Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.

5. Tidak perlu masa lama

Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. Tempoh masa 20-30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman aerobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baharu sahaja memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5-10 minit.

BACA: 5 Kesilapan Utama Yang Sering Dilakukan Ketika Berlari Di Atas Treadmill

6. Pastikan perut kosong

Amalkan tabiat dengan mengosongkan perut anda terlebih dahulu sebelum memulakan senaman treadmill ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.

Published by
Roselinda