6 Cara Orang Bijak Guna Smartphone!

Share

Telefon pintar kini ibarat keperluan dan akses kepada semua maklumat. Pergantungan kita kepada revolusi telefon pintar cukup mengagumkan namun juga menakutkan sehingga menyebabkan akal dan minda kita mudah untuk dikaburi tetapannya. Namun tidak bagi orang yang pintar. Smart people know how to use smart phone smartly! Ini yang mereka akan lakukan.

1. HADKAN NOTIFIKASI

Golongan yang pintar akan sentiasa menghadkan notifikasi yang boleh menganggu kehidupan mereka. Setiap aplikasi yang anda install seboleh-boleh ingin anda melayarinya 24 jam sehari dengan penhantaran notifikasi yang menjengkelkan. Sekiranya anda orang yang pintar, hadkan muat turun aplikasi yang tidak memberikan faedah.

2. MEMPELAJARI SESUATU

Siapa kata telefon pintar hanya untuk berhubung dan berseronok-seronok sahaja. Di Google Play Store mahupun Apps Store, banyak aplikasi pembalajaran yang boleh anda muat turun bagi memperkasakan pengetahuan am anda. Golongan pintar tidak hanya akan membuang masa berkepit dengan Facebook dan kemaskini gambar Instagram sahaja. Tambahan pula, kini sudah banyak platform buku untuk dimuat turun. Daripada memenuhkan storan dengan gambar dan video semata, baik saja penuhkan dengan buku-buku atau e-majalah. Google Play Books, Kindle dan macam-macam lagi.

3. LATIH OTAK ANDA

Selain dari perhubungan, telefon pintar juga boleh digunakan untuk melatih kekuatan dan memori otak anda. Terdapat aplikasi yang tersedia untuk melatih otak anda dengan pelbagai cara dan berpotensi meningkatkan kecerdasan anda. Dual N Back misalnya berupaya menaikkan tahap IQ anda malah ‘RAM’ minda anda serta melatih untuk berfikir di luar kemampuan.

4. AKTIF DAN SIHAT

Selain dari kesihatan minda, golongan yang pintar akan turut juga menggunakan telefon pintar sebagai satu hub buat mereka untuk kekal aktif dan sihat. Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun bagi menilai kesihatan serta memberikan notifikasi kepada anda sekiranya anda terlupa untuk melakukan senaman. Tambahan pula, aplikasi seperti ini juga turut dihubungankan dengan peranti yang lain seperti jam pintar dan peranti audio.

5. MELETAKKAN DI TEPI KETIKA MEMANDU

Perkara yang kerap dilakukan pemandu Malaysia, memandu dan menggunakan telefon pintar tanpa kit bebas tangan yang boleh membawa bencana. Orang pintar akan menghargai dan mengetahui betapa pentingnya nyawa serta betapa kelekaan satu saat pun akan membawa padah. Kalau mahu gunakan Waze sekalipun, tambah aksesori tambahan yang sesuai.

6. MENGHARGAI MOMEN

Golongan yang pintar juga akan sentiasa menghargai momen-momen bahagia bersama keluarga dan teman rapat dengan tidak menggunakan telefon pintar ketika bersama. Ini kerana mereka tahu perbualan dari hati ke hati lebih bermanfaat dan berfaedah, bukan sekadar berjumpa tetapi masing-masing melihat skrin telefon. Rugi bukan.

Published by
Ruziana Zainal