
Perut Buncit Tu Seksi? Emmm…tidak semua berpendapat macam tu kot. Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.
Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit?
Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten.
1. Minum Air Lemon Panas Setiap Pagi
Antara kebaikan air lemon ialah ia membersihkan sistem pencernaan, bantu membakar kalori di perut dan meningkat metabolisma tubuh.
2. Minum Banyak Air putih
Setiap kali teringat nak mengunyah makanan ringan, ingat air putih. Gantikan keinginan dengan meminum air putih. Air putih yang tidak mempunyai kalori sangat baik untuk membantu membakar kalori dalam tubuh.
3. Jauhi Atau Kurangkan Makanan Masin
Terlalu banyak garam menyebabkan ia mengikat air dalam tubuh sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan akibatnya-perut buncit. Ini disebabkan lemak-lemak makanan masin yang berkumpul pada bahagian perut.
4. Lakukan Senaman Secara Rutin
Ramai yang buat sit up tapi perut yang buncit tidak dapat dikempiskan juga kan? Sebab apa? Sebab jika perut buncit biasanya badan juga agak gemuk kan, jadi seharusnya anda menurunkan berat badan terlebih dahulu. Apabila berat badan menurun, secara automatik perut juga akan mengecil. Selepas berat badan sudah mulai turun, barulah korang boleh melakukan senaman untuk mengecilkan perut buncit.
5. Kurangkan Pengambilan Gula
Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
6. Lupakan Susu Atau Produk Berasaskan Susu
Susu memang sihat. Itu memang tidak dinafikan. Namun, fakta yang tidak boleh disangkal ialah susu juga mempunyai banyak lemak. Makanan berasaskan susu seperti keju dan yogourt juga perlu dielak.
Apalagi yang ditunggu? Petua dah bagi. Sekarang, hanya tinggal sejauh mana anda konsisten dalam mengamalkan pemakanan sihat seperti di atas agar tidak lagi diperli rakan-rakan akibat perut yang buncit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mana Lebih Buat Perempuan Ghairah, Lelaki Berkulit Gelap Atau Berkulit Cerah?

Jika anda tergolong dalam kalangan lelaki berkulit gelap, janganlah bersedih. Lelaki berkulit gelap sering kali disifatkan sebagai tidak cukup kacak. Perbezaan warna kulit memang dilihat menjadi ‘kayu ukur’ kecantikan seseorang itu.
Terutamanya dengan terdapatnya banyak produk-produk memutihkan kulit. Memiliki kulit gelap ini dilihat seperti tidak cukup sempurna di mata orang ramai. Memiliki kulit yang putih baru dipanjang dan dikatakan kacak, hensem, cantik dan gebu.
Sebenarnya tidak ada kurangnya pun jika lelaki berkuli gelap. Malah, lelaki berkulit gelap ini mempunyai 10 kelebihan yang sangat awesome ramai tidak tahu. Nak tahu apa kelebihan lelaki berkulit gelap? Berikut merupakan 10 kelebihannya.
1. Jangan tidak percaya pula, lelaki yang memiliki kulit gelap ini sebenarnya kelihatan lebih awet muda berbanding lelaki yang berkulit cerah.
2. Hampir 60% orang berkulit gelap ini tak obses nak putihkan kulit dengan membeli macam-macam produk putihkan kulit. Kebanyakkan orang berkulit gelap ini lebih yakin dengan diri mereka sendiri.
3. Lelaki kulit gelap ini lebih nampak maskulin berbanding orang yang berkulit putih yang kebanyakkan nampak lebih jambu.
4. Jika anda memiliki kulit gelap, anda pasti akan dikatakan seorang atlet sukan atau aktif bermain sukan sehingga menyebabkan kulit anda kelihatan gelap.
5. Seseorang yang berkulit gelap dilihat berbakat terutamanya berkaitan seni. Tengok saja artis-artis lelaki yang berkulit gelap, kebanyakkan mereka semua berseni seperti Remy Ishak, Anuar Zain, dan ramai lagi.
6. Lelaki berkulit gelap ini akan menampakkan diri anda ganas dan garang. Anda tidak perlu susah-susah untuk buat muka untuk takutkan orang dan muka ganas juga boleh elakkan diri dari menjadi mangsa buli.
7. Wanita yang berkulit putih lebih suka memilih pasangan yang berkulit gelap.
8. Miliki kulit gelap sebenarnya ramai orang yang kulit putih tidak tahu adalah kulit mereka lebih licin berbanding orang kulit putih.
9. Orang berkulit gelap juga cenderung untuk mengenakan baju yang berwarna lembut dan tidak terlalu terang.
10. Lebih penting, ramai wanita anggap lelaki kulit gelap ini lebih menarik berbanding lelaki kulit putih.
Kajian ini dilakukan ahli sosialogi, Dr Shyon Baumann. ‘kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosial. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta.’
Bersyukurlah dengan apa sahaja warna kulit yang anda miliki. Allah telah mencipta anda sebaik-baik manusia, hanya disebabkan kita tidak bersyukur sanggup makan produk untuk putihkan kulit.
Setiap warna kulit itu ada baik dan buruknya. Janganlah terlalu obses dengan nak menjadi putih dan cantik sehingga membahayakan tubuh badan sendiri makan produk berbahaya. Jangan rasa rendah diri kerana kulit gelap.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kajian : Gila Berselfie Tanda ‘Mental Disorder’, Terutama Yang Memudaratkan Diri

Trend merakam gambar sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘Selfie’ kini menjadi ikutan ramai di kalangan masyarakat kita. Trend ini kian popular terutamanya pada pengguna telefon pintar yang mempunyai kemudahan Internet. Malah, golongan lelaki juga tidak ketinggalan tergolong dalam trend ini. Golongan ini selalunya gemar memuat naik gambar mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.
Ada juga golongan selfie ini yang sanggup mempertaruhkan dan gadai nyawa. Apa pun gila selfie tidaklah jadi kesalahan, asal trend ini jangan sampai makan diri.
Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.
Satu kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie
Baru-baru ini pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak amalan itu secara berlebihan hingga boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.
Namun begitu trend berselfie atau berswafoto di Malaysia belum diklasifikasikan sebagai penyakit mental kronik bagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan. Beliau yang juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, melalui kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.
“Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial. Manakala selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya.
“Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan. Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.
“Kita tidak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.
Dari Sudut Pandangan Agama
Konsep sederhana, harmoni berselfie . Hari ini semua peringkat umur suka berselfie. Namun golongan remaja dan awal dewasa adalah antara yang sangat aktif dan kreatif sewaktu berselfie. Saya berpandangan hukum berselfie pada asalnya adalah harus namun ia terikat dengan syarat-syarat tertentu seperti:
1. Niat atau tujuan, sekiranya bertujuan menunjuk-nunjuk, bangga diri, takabbur maka ia adalah dilarang.
2. Mestilah menutup aurat yang sempurna, haram mendedahkan aurat walaupun dalam gambar tanpa alasan syarie adalah dilihat dari sudut niat dan keadaan diri seseorang.
3. Sopan dan bermaruah, sekiranya berselfie dengan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan atau berlatarbelakangkan aktiviti yang dilarang maka berselfie adalah dilarang.
4. Tidak menimbulkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap orang lain, khususnya latar belakang atau orang lain yang terambil gambarnya tanpa kerelaannya.
Tabiat berselfie secara sihat tiada masalah, tetapi tabiat berselfie yang tidak sihat itu yang dilarang. Justeru, niat dan tujuan sangat penting dalam melakukan suatu perkara, takwa dan jati diri menjadi asas perlakuan baik dan bermoral. Keterlaluan tanpa panduan dan batasan dalam aktiviti berselfie boleh membawa kepada kemudaratan, justeru tabiat berselfie mesti ada garis panduan dan batasan dari sudut hukum-hakam agama dan nilai moral.
Islam menekankan konsep kesederhanaan dan keharmonian. Jika ingin berselfie pastikan ia suatu yang baik dan tidak melanggar batas agama. Kita perlu ingat gambar yang dihantar dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram ia akan menjadi tatapan jutaan manusia di alam maya.
Sekiranya yang dihantar adalah yang baik, insya-ALLAH kita akan dapat pahala berganda, namun sekiranya yang dihantar itu adalah yang tidak bermoral dan bertentangan dengan batasan agama, pastinya ia akan mengundang kemarahan orang lain. Apa yang lebih bahaya adalah membawa kemarahan dan kemurkaan ALLAH yang akan menjerumuskan kita ke dalam neraka kerana dosanya juga berganda.
– Isfadiah Mohd Dasuki
Penasihat Shariah, Brainy Bunch
International Islamic Montessori
Sumber : Sinar harian online
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Buasir, Usus Besar Terjojol, Lelaki Jangan Anggap Itu Perkara Biasa!

Sanggupkah anda membuat pendedahan atau bercerita secara terbuka mengenai pengalaman berdepan buasir. Kalau boleh, rahsia itu dikunci rapat dan tiada siapa perlu tahu kerana ia berlaku di bahagian sulit. Hakikatnya, ia penyakit yang tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa usaha merawat. Sesiapa pun boleh terdedah kepada buasir atau hemorroids. Penyakit ini terjadi apabila urat di bahagian rektum (bahagian akhir usus besar) dan dubur membengkak. Salur darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal laluan najis. Apabila urat di bahagian itu membengkak, berlaku pendarahan rektum, sakit dan perit ketika buang air besar. Tekanan yang terlalu tinggi dalam darah di bahagian rektum boleh menyebabkan dinding dubur tertonjol keluar, terutama ketika meneran. Bagaimanapun, buasir tiada kaitan dengan kanser dan bukan penyebab penyakit itu.
Punca buasir
- Duduk untuk jangka masa lama.
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit.
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama.
- Batuk yang teruk.
- Bersalin.
- Mengangkat berat.
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Tahap buasir
1. Pendarahan.
2.Dinding dubur terkeluar dan masuk kembali dengan sendirinya.
3.Dinding dubur terkeluar dan pesakit perlu menolaknya ke dalam untuk memasukkannya semula ke dalam dubur.
4.Dinding dubur terjulur keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur.
Pengurusan sendiri
1.Banyak minum air, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari
2.Makan makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Gunakan tandas pada masa ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
4.Elak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
5.Apabila wujud gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), segera berjumpa doktor.
Ramai mengambil sikap berdiam diri hingga menyebabkan ia semakin melarat. Akibatnya, pesakit lebih menderita apabila buasir tidak dirawat bertambah teruk. Sebab utama buasir ialah meneran ketika buang air besar dan sembelit. Masalah ini juga sering dialami wanita hamil disebabkan tekanan yang berlaku di abdomen. Tekanan tinggi pada perut yang meningkatkan kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika bekerja (misalnya yang bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi) atau individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik. Gejala buasir ialah usus terbonjol atau terkeluar dari dubur, pendarahan rektum, sakit di dubur dan kerengsaan dubur. Buasir dalaman lazimnya tidak menyebabkan sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.
Buasir jenis ini tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis ketika buang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah. Pesakit boleh nampak titisan darah berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, pesakit perlu mendapat bantuan perubatan kerana dikhuatiri darah terbabit datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser usus besar.
Buasir luaran yang terjojol keluar dari dubur sering menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, pembekuan darah akan berlaku di dalamnya, menyebabkan ia terasa sakit. Gejala berkenaan menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Buasir jenis ini sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya dan akan berulang walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding yang berlaku sebelumnya.
Bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Hembus nafas keluar apabila anda mengalami ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu, jangan menahan nafas. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berlarutan. Di samping itu, elakkan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas sebagai amalan kerana ia membuatkan anda duduk lama di tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih tiga hingga lima minit, ada sesuatu yang tidak kena. Untuk menghindari buasir, amalkan tabiat buang air besar yang baik dan pastikan najis anda sentiasa lembut.
Rawatan
–Langkah pertama ialah menghentikan gejala atau simptom iaitu sakit, pedih dan gatal, manakala berikutnya ialah mengecutkan buasir.
-Pengidap buasir perlu mengamalkan diet berserat tinggi dengan pengambilan sayuran dan buahan dan banyakkan minum air kosong anggaran dua liter sehari.
-Pengambilan makanan berserat tinggi, makanan tambahan dan mempunyai kandungan cecair tinggi dapat mengatasi 90 peratus kes buasir.
-Gejala sakit dan kerengsaan boleh dilegakan dengan penggunaan sapuan krim tertentu. Ia disediakan dengan kombinasi beberapa ubat tahan sakit dan agen antikerengsaan serta steroid.
-Mandian air panas dengan memasukkan satu atau dua sudu air garam boleh melegakan kesakitan dan bengkak pada dubur.
-Koagulasi Inframerah iaitu sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Pesakit mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan berlaku sedikit pendarahan dalam beberapa hari selepas itu.
-Prosedur ini sama seperti ikatan lingkaran getah, dan dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Namun ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
-Elektrokoagulasi bipolar yang juga dikenali dengan nama Bicap adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan sama.
T-erapi laser akan mengewapkan tisu buasir. Bagaimanapun, prosedur ini lebih mahal dan tidak menunjukkan kelebihan daripada prosedur lain. Ia perlu dijalankan dengan berhati-hati daripada segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelak pendarahan dan kesakitan pesakit.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI