Berita

50 Pempengaruh Kecergasan Dunia 2024: Jumlah Wanita Atasi Lelaki Di Dalam Carta

Share

Kehadiran media sosial yang semakin mendominasi turut melahirkan ramai pempengaruh, malah meletakkan populariti mereka sebaris dengan selebriti kelahiran media arus perdana.

Begitu juga di bidang kecergasan, semakin ramai jurulatih dan penggiat kecergasan membina nama dan kerjaya mereka menerusi platform media sosial.

Carta 50 Pempengaruh Kecergasan Dunia 2024 hasil kaji selidik terkini Natural Foundation Supplement

, mendedahkan jumlah pempengaruh kecergasan dari kalangan lelaki adalah kurang dominan berbanding wanita.

Di kedudukan 10 teratas, seramai tujuh pempengaruh merupakan wanita berbanding hanya tiga pepengaruh lelaki.

Secara keseluruhan pula, jumlah pempengaruh wanita seramai 26 orang itu mengatasi sejumlah 24 pempengaruh lelaki.

Malah, kedudukan pertama carta juga dirangkul oleh pempengaruh wanita iaitu Sommer Ray dengan jumlah pengikut seramai 38.9 juta, mendahului pempengaruh lelaki di tempat kedua iaitu Chris Bumstead (Cbum) dengan 27.1 juta pengikut.

Foto: Sommer Ray (kiri), Chris Bumstead (kanan).

Antara wanita yang menduduki 10 teratas termasuklah Chloe Ting, Anllela Sagra, Pamela Reif dan Michelle Lewin.

Foto (dari kiri): Chloe Ting, Anllela Sagra, Pamela Reif dan Michelle Lewin.

Sebelum ini, Maskulin menyenaraikan 10 Pempengaruh Kecergasan Lelaki 2024

hasil dari kaji selidik yang sama.

Daripada senarai itu, hanya Thibaud Delapart dan David Michigan yang berjaya mendapat tempat 10 teratas selain Cbum di dalam carta 50 teratas keseluruhan.

Foto: Thibaud Delapart (kiri) dan David Michigan (kanan).
Published by
Ruszaini Ruslan