Buat peminat K-drama nama Park Seo Joon mungkin tidak asing lagi dalam kamus kehidupan anda semua. Pelakon yang popular menerusi drama popular seperti ‘She Was Pretty’, dan ‘Itaewoon Class’ ini telah menghimpunkan sejumlah peminat fanatik yang cukup ramai.
Begitu juga dengan peminatnya di Malaysia yang cukup ramai sekali. Terbaru, pada 25 Februari 2023, Park Seo Joon bakal muncul secara eksklusif di negara kita.
Kehadiran Park Seo Joon dibawakan oleh MILO yang merupakan jenama yang dibawa olehnya sebagai sahabat rasmi mereka. Lebih menarik MILO sebelum ini telah menjalankan peraduan ‘Jom Minum MILO Bersama Park Seo Joon Di Malaysia’.
Peraduan tersebut telah pun berakhir semalam dan keputusannya pastinya cukup dinantikan oleh peminat aktir tersebut. Salah seorang pemenang yang turut berkongsi momen diumumkan ialah pengacara dan pelakon Adriana Adnan.
Buat mereka yang tak menang usah risau. Anda boleh saksikan kelibat Park Seo Joon dari jauh di Sunway Pyramid pada 25 Februari 2023 nanti. Sememtara menunggu kemunculan Park Seo Joon, MASKULIN kongsikan 5 resepi minuman MILO yang kami yakin anda belum pernah cuba sebelum ini!
MILO Cincau
Bahan:
- 1pek stik MILO KOSONG
- 30g cincau dipotong halus
- 150ml susu rendah lemak sejuk
- 20ml air panas
- kiub ais
Cara nikmati:
Campur air panas dan MILO KOSONG.
Tuang kiub ais dalam gelas, diikuti campuran MILO, air sejuk dan cincau.
MILO Masala
Bahan:
- 1 pek stik MILO 3 IN 1
- 120ml susu rendah lemak
- 4 buji buah pelaga ditumbuk hancur
- 3 batang kayu manis
Cara nikmati:
Letakkan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga mendidih
Tapis dan nikmati minuman secara panas-panas
MILO Hot Matcha
Bahan:
- 1 pek stik MILO KOSONG
- 150ml susu rendah lemak
- ½ sudu teh serbuk matcha
- 50ml air
Cara nikmati:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan, kacau rata.
Tuang ke dalam cawan dan dihidangkan panas.
MILO Minty Cocoa
Bahan:
- 1 pek stik MILO 3 IN 1
- 8g daun pudina segar
- 100ml air sejuk
- 4 kiub ais
Cara nikmati:
Tuang kesemua bahan di dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
MILO ‘O’ BOOST
Bahan:
- 1 pek stik MILO LESS SUGAR
- 150ML susu rendah lemak
- 1 sudu kecil serbuk wheatgrass
- 1 sudu kecil chia seeds
Cara nikmati:
Panaskan susu dalam periuk. Tambah MILO LESS SUGAR dan serbuk wheatgrass. Kacau sehingga sebati.Tuangkan ke dalam cawan dan taburkan chia seed di atas sebelum nikmatinya.
Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI