Sebelum ini penulis ada mengeluarkan artikel tentang Mitsubishi Xpander. Pihak Mitsubishi Motor Kramayudha Sales Indonesia (MMKI) rasmi mendedahkan perincian model tersebut pada Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017 (GIIAS).
Pasaran Indonesia menerima lima varian Xpander bermula dengan varian terendah GLX, diikuti GLS, Exceed, Sport dan Ultimate.
BACA>>>>>MITSUBISHI DEDAH FOTO RASMI MPV PESAING AVANZA, ERTIGA, BR-V
Model MPV (kenderaan pelbagai guna) kompak itu dijana enjin 1.5 liter MIVEC DOHC 4-silinder yang mampu menghasilkan kuasa 104PS pada 6, 000rpm dan tork 141Nm pada 4,000rpm.
Enjin bersesaran 1,499cc itu dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.
Varian Ultimate dan Sport ditawarkan dengan transmisi automatik manakala kotak gear manual hanya didatangkan pada varian GLS, GLX. Namun mereka yang memilih varian Exceed boleh memilih di antara transmisi automatik atau manual.
BACA>>>>>BROSUR MPV KOMPAK MITSUBISHI BOCOR!- EJAAN SEBENAR XPANDER BUKAN EXPANDER
Selain itu, model tersebut memiliki jarak kelegaan tanah yang tinggi dalam kelasnya iaitu 205mm bagi varian Ultimate, Sport dan Exceed manakala GLS dan GLX sedikit rendah iaitu 200mm.
Untuk maklumat anda Xpander bermaksud “perluasan” dan kehadirannya menjadi satu fenomena di negara jiran.
Dari segi keselamatan, model tersebut didatangkan dengan dua beg udara, ABS, Hill Start Assist, pelindungan pejalan kaki, Active Stability Control, Emergency Stop Signal dan lain-lain. Sementara sistem keyless entry hanya ditawarkan pada varian Ultimate dan Sport sahaja.
1. Ultimate (auto): Rp 245,350,000 – RM 78, 512
2. Sport (auto): Rp 237,150,000 – RM75,888
3. Exceed (auto): Rp 224,950,000 – RM71,984
4. Exceed (manual): Rp 214,550,000 – RM68,656
5. GLS (manual): Rp 208,550,000 – RM66,736
6. GLX (manual): Rp 189,050,000 – RM60,496