5 Trik Ni Lelaki Perlu Mahir, Barulah Senang ‘Handle’ Wanita Yang Tengah Marah

Share

Bukan semua lelaki mampu menuturkan kata ‘maaf’ apabila berbuat salah terhadap wanita atau isteri kamu. Lebih-lebih lagi lelaki yang tidak pandai memujuk. Memang haru dibuatnya.


Usah risau. Ada cara tertentu untuk kembali menyejukkan hati wanita yang sedang marah. Cuba 5 trik ini seperti yang cadangkan oleh laman sesawang Boldsky.

1. Bersiap sedia dengan jawapan sebelum ‘diserang’
Sebelum isteri menghujani anda dengan soalan-soalan yang menimbulkan kemarahannya, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan jawapan yang sesuai. Jangan banyak beri alasan, sebaliknya berikan jawapan dengan penuh yakin. Bagaiaman nak dapat jawapan menyakinkan? Pertama, anda sendiri perlu yakin ketika menjawab dan kedua, jawab dengan cara baik bukannya dengan anda sinis atau marah.

2. Minta maaf dengan ikhlas
Walaupun bukan anda yang salah, minta maaf dan cakap elok-elok. Seorang lelaki memang susah nak minta maaf apatah lagi jika berasakan bukan dia yang buat salah. Atapun anda buat salah, tetapi tidak berniat melakukan kesalahan tersebut. Minta maaf dengan ikhlas, bukan dengan nada sinikal atau buat statement yang memarakkan lagi api kemarahan seperti “Yelah you saja yang betul dalam rumah ni.”

3. Minta maaf tetapi jangan berlebih!
Minta maaf sekali sahaja sudah cukup. Tak perlu follow up dengan hantar surat ke mejanya di tempat kerja, tulis panjang-panjang di akaun Facebook dan sebagainya. mengapa? Sebab ini akan membuatkan si isteri berasa lagi tertekan kerana rakan-rakan akan mula bertanya apa yang berlaku antara kamu, suami-isteri. Kamu ingat dengan berbuat begitu kami sweet. Hakikatnya, si isteri boleh jadi lagi marah!

4. Jangan Lepaskan Emosi & Sabar
Jangan terlalu banyak tanya apabila isteri sedang marah. Sebaliknya, anda yang perlu menjawab pertanyaannya dengan tenang apabila ditanya. Jangan sekali-kali membandingkan
isteri anda dengan perempuan lain bila hati anda sendiri berasa ‘panas’ dan cuba kawal kemarahan. Ingat, berikan dia ruang dan waktu untuk berfikir dan kawal emosi anda sendiri. 

5. Berikan Waktu Berfikir
Ini paling penting. Jangan expect selepas minta maaf, isteri akan melupakan begitu sahaja kesalahan anda umpama. Bagi dia ruang dan masa untuk berfikir serta tenangkan kembali perasaan dia. Oleh itu, suami kena bersabar dan jangan anda pula yang bertukar menjadi marah!

Published by
Ruziana Zainal