Gaya Hidup

5 Tradisi Perkahwinan Yang Terpelik Di Dunia, Antaranya Diharamkan Senyum!

Share

Perkahwinan adalah sesuatu yang indah kerana menerusinya, ikatan hati dua insan dapat disatukan untuk hidup bahagia selama-lamanya.

Dalam menuju ke alam rumah tangga, setiap negara mempunyai tradisi masing-masing sebagai tanda kegembiraan.

Namun begitu, ada juga tradisi aneh dan terpelik di dunia. Kalau difikirkan secara rasional, ia adalah karut dan sesetengahnya nampak lucu seperti :

1. Tidak boleh senyum

Di Congo, selagi pengantin duduk di atas pelamin dan pesta pernikahan berlangsung, selagi itulah pengantin dilarang untuk senyum.

Menurut pandangan masyarakat setempat, pernikahan merupakan satu festival yang baik dan ia juga merupakan satu upacara suci.

Sementara itu, sebuah senyuman dianggap sebagai ekpresi ejekan kepada nilai-nilai agama, dan tradisi yang diyakininya.

2. Saling mencaci-maki

Saling berbalas pantun sebagai satu upacara adat dan tradisi dalam sesebuah penikahan adalah hal yang lumrah. Tetapi bagaimana pula dengan caci-maki?

Di Afrika Selatan, pasangan pengantin baik lelaki mahu pun wanita, kedua-duanya harus saling caci-mencaci semasa upacara pernikahan berlangsung.

Mereka yakin dengan tradisi itu, pasangan baru yang mendirikan rumah tangga kelak akan jadi lebih aman.

Konon semakin pedas caciannya, semakin amanlah kehidupan rumah tangganya tanpa sebarang pergaduhan yang remeh.

3. Pijak tetamu yang datang

Ini antara tradisi yang mengarut pada pandangan masyarakat luar namun di Marquesas, Tahiti, memijak badan tetamu yang datang selepas upacara pernikahan adalah sesuatu yang dianggap menyeronokkan.

Tetamu yang datang akan baring dengan menelangkup badan mereka, kononnya seperti permaidani dan barisan yang berbaring itu ada waktunya sampai melimpah ke luar rumah.

Pengantin akan berjalan dan memijak tetamu yang datang seorang demi seorang sambil mengucapkan, “Selamat tinggal & terima kasih”.

4. Ibu pengantin wanita harus menyaksikan malam pertama

Biasalah selepas perkahwinan, pasangan pengantin akan melakukan hubungan kelamin sebaik sahaja bergelar suami isteri yang sah.

Namun yang uniknya di Colombia, acara sihat malam pertama itu harus disaksikan oleh ibu pengantin wanita. (Apa mak mertua dia tak naik nafsu ker?)

Semua gerakan eksotik yang dilakukan pada malam pertama bermula dari mencium kening sehingga bersetubuh dan mencapai klimaks tidak boleh terlepas dari pandangan sang ibu.

Tujuannya adalah untuk membolehkan ibu pengantin wanita mengetahui bagaimana menantunya melayan anak perempuannya selepas bernikah.

5. Lakukan seks dengan 10 lelaki sebelum menikah

Perghh.. baca tajuk dah lain macam tetapi itulah tradisi ‘gila’ yang ada di Tibet dan ia perlu dilakukan oleh bakal pengantin wanita sebelum menjalani upacara pernikahan.

Kononnya sebelum menerima pinangan seorang lelaki dan sudah rela untuk ingin bernikah, seseorang perempuan itu haruslah merasa benar-benar bersedia.

Oleh itu untuk membuktikannya, ia harus menerusi hubungan seks. Paling kurang, dengan 10 lelaki yang berbeza-beza untuk dipuaskan nafsu mereka.

Jika bakal pengantin wanita dapat melakukan hubungan seks dengan lelaki dari negara lain atau banyak melakukan hubungan seks dengan lelaki luar negeri, masa depan perkahwinan perempuan itu jadi semakin baik. (Gilo..!!)

Selain 5 tradisi pelik di atas, ada lagi tak tradisi pelik yang anda tahu tetapi Maskulin terlepas info mengenainya?

Kalau ada, kongsikan bersama Maskulin di ruang komen Facebook!

Published by
Akyem Samad