Pilih toner yang bersesuaian dengan jenis masalah yang dihadapi oleh anda. Cuba lihat beberapa jenis toner yang disyorkan oleh kami.
Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 100ml
Toner terbaik untuk remaja kulit berminyak
Penyegar yang membersihkan dua kali lebih berkesan dan mendalam, untuk mengurangkan dan mengawal kulit berminyak. Selain itu, ia juga mampu mengawal jerawat yang degil serta mencegahnya dari berlarutan kerana apabila kulit anda bebas minyak maka masalah kemunculan jerawat tidak mudah berlaku. Diperkaya dengan ekstrak minyak pokok teh yang telah terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang minyak berlebihan dan kulit berjerawat.
Simple Soothing Facial Toner 200ML
Terbaik untuk kulit sensitif
Ads
Jika anda mengalami kulit yang sangat sensitif dan boleh menyebabkan kemerah-merahan ketika memakai sesetengah produk, toner ini sememangnya sesuai untuk kulit anda. Ia memberi sensasi menenangkan pada kulit wajah anda kerana dengan adanya bahan seperti chamomile, witch hazel dan allantoin.
Sesuai untuk kulit yang berjerawat kerana ia membantu mengatasi masalah anda sehingga ke lapisan dalaman kulit. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih segar dan tenang tanpa masalah.
Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml
Toner air mawar yang organic
Ads
Toner yang diperkaya dengan ekstrak mawar dari Jepun yang membantu mengurangkan masalah kulit dan memberi penghidratan yang secukupnya untuk kulit anda. Selain itu, ia turut mengandungi 24k emas yang berfungsi sebagai anti-oksidan di dalam penyegar ini dan membantu dalam melambatkan tanda penuaan di wajah anda.
Formula hebat ini dapat membantu memperbaiki, memperbaharui dan menambah lagi pembaikan untuk kulit wajah. Anda akan dapat merasakan kulit anda lebih berseri, sihat dan cantik.
SAFI PENYEGAR MENTIMUN, ALOE VERA & HABBATUS SAUDA 100ML
Ads
Toner yang Halal dan tidak mengandungi alcohol
Penyegar yang menjadikan kulit anda lebih licin berseri kerana ia mengandungi bahan yang dapat membantu memulihkan masalah kulit berjerawat. Mengandungi ekstrak lidah buaya, timun dan juga minyak habbatus sauda. Lidah buaya sememangnya bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai fungsi dan dapat membantu sebarang masalah kulit.
Penyegar ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan mengeluarkan kotoran hingga kelapisan dalam. Kulit akan lebih sihat, lembut dan licin dengan hanya beberapa kali penggunaan.
HIMALAYA GENTLE REFRESH TONER
Toner terbaik untuk kulit kering
Toner yang memberikan sentuhan lembut pada kulit dan apa yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit anda. Ia memastikan kulit bebas dari bakteria dan turut mengekalkan kelembapan pada kulit wajah anda.
Hanya perlu dititiskan 1 hingga dua titisan dan ia cukup untuk diratakan pada kulit wajah anda. Bahan semulajadi dari penyegar jenama ini sudah semestinya memberi keyakinan untuk anda memakainnya. Kulit anda akan menjadi dua kali lebih baik dari kulit sebelumnya
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda bahawa David Beckham kini sudah berusia 43 tahun? Sekali imbas mungkin ramai yang mungkin tak percaya jejaka pemain bola sepak paling popular tidak lama dahulu yang pernah menyarung jersi Manchester United, Real Madrid, PSG dan LA Galaxy ini juga mempunyai anak teruna yang berusia 19 tahun!
Sehingga kini Beckham masih dianggap sebagai ikon kacak yang masih mempunyai aura yang luar biasa hebat. Bak kata pepatah tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak!
Seriously, tak ramai atlet mahupun selebriti yang mampu mengekalkan bentuk badan, penampilan dan wajah yang maintain kacak seperti Beckham. Sebagai suami kepada bekas bintang pop Spice Girls, Victoria Beckham mungkin banyak membantu penampilannya yang sentiasa kemas.
Pasangan David dan Victoria Beckham yang pernah menjadi pasangan paling glamor di United Kingdon suatu ketika dahulu
Menurut Beckham dahulu dia sering mencuri-curi guna produk kecantikan isterinya. Lama-kelamaan dia menjadikan perkara itu sebagai rutin dan mengambil tahu setiap khasiat yang terdapat di dalam produk-produk yang digunakan Victoria. Malah dia juga mengakui tidak akan menggunakan pencuci muka selain produk yang digunakan isterinya.
Baginya, Victoria memiliki barisan produk kecantikan yang terbaik dan lebih mengetahui tentang selok-belok kecantikan. Sebagai seorang isteri pula Victoria tidak pernah melarang dan memarahi Beckham malah turut memberi dorongan kepada suaminya yang tercinta.
Sehingga kini, David Beckham masih dianggap sebagap ikon lelaki yang peka dengan penjagaan diri
Disebabkan minatnya yang tinggi terhadap penjagaan lelaki atau grooming, Beckham telah melancarkan jenamanya sendiri dikenali sebagai House 99.
Jelas Beckham, barian produk yang ditawarkan oleh jenamanya merangkumi produk penjagaan wajah, bercukur dan rambut. So guys, kalau nak kacak dan tampan bergaya seperti David Beckham pandai-pandailah curi produk kecantikan isteri atau girlfriend ya! Hehe…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebanyakan lelaki kurang peka dengan produk pencuci muka, jika zaman dahulu kaum lelaki hanya menggunakan sabun mandi sebagai bahan untuk mencuci wajah tetapi kini sudah ada pencuci muka khas untuk kaum lelaki.
#1: Garnier Men Acno Fight Acne Foam Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali jika anda mengalami perubahan hormon ataupun peredaran darah tidak bersih/kotor. Produk dari Garnier khas untuk lelaki ini, ada jawapan terbaik untuk anda. Pencuci muka ini dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat yang baru dan ruam-ruam kecil.
Fungsi pencuci muka 6 dalam 1 ini dapat melawan jerawat, mengecilkan liang pori, mengurangkan kemerahan pada kulit serta mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan. Diperkaya dengan Herba Repair dan asid Salicylic, kulit anda kembali bermaya seperti biasa.
#2: Men’s Biore Double Scrub Facial Foam Deep Clean Extra Cool Anda aktif bersukan? Kulit menjadi kusam dan rosak? Biore’s Men Double Scrub ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah tersebut. Seharian bersukan, pasti kulit wajah anda akan keletihan dan berminyak. Diformulasi dari teknologi Advanced Japan Million-scrub, pencuci muka jenis ini membersih liang pori secara optimal dengan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit.
Sensasi ‘cooling’nya menyejukkan kulit wajah sehingga tiada lagi kulit kusam dan tidak bermaya. Kulit anda akan lebih tenang selepas seharian melakukan aktiviti luar. Berbaloi dengan harga, hasilnya juga ‘lumayan’.
#3: Bad Lab Depth-charged Deep Cleansing Facial Cleanser Pencuci muka dari BadLab ini mampu mengembalikan lembapan pada kulit wajah anda dan sangat sesuai untuk yang alami masalah kulit kering terlampau. Ianya menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam untuk mencuci kotoran yang melekat dalam liang pori terbuka. Diperkaya dengan Bentonite Clay dan Charcoal serta Dragon’s Blood yang dapat mengekalkan hidrasi dan membuatkan kulit tampak segar bermaya.
Tiada lagi kesan keletihan dan kekusaman tampil pada kulit wajah selepas menggunakan pencuci wajah ini.
Nak dapatkan pencuci muka yang murah dan beberapa item kecantikan untuk kulit wajah di sini.
#4: Nivea Men Cleanser Whitening Acne Oil Control Foam Nivea men memberikan anda pengalaman mencuci muka yang menakjubkan. Memberikan kulit kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari. Tekstur buih memberikan pembersihan yang mendalam pada kulit wajah anda dan menjadikan kulit muka bebas minyak. Pencuci muka ini mempunyai 10 kali ganda efek yang mampu mencerahkan kulit muka anda. Jenamanya yang terkemuka ini seharusnya tidak menjadi keraguan untuk anda mencubanya.
#5: Kiehl’s Facial Fuel Energizing Face Wash Pencuci muka ini mampu membersihkan kotoran yang melekat pada kulit dan menghapus lapisan minyak tanpa mengeringkan kulit wajah anda. Pasti sesetengah dari anda yang hendak mencukur janggut atau misai mengalami masalah facial hair yang degil. Gunakan pencuci muka ini sebelum shave janggut dan misai untuk melembutkan akar umbi facial hair.
Diformulasi dari kafein, vitamin dan ekstrak Citrus yang dapat mengembalikan kesegaran kulit wajah dalam masa beberapa hari. Wajah anda tampil segar dan berseri selepas menggunakannya.
Dalam dunia gaya rambut lelaki, trend botak tidak lagi terhad kepada kepala yang dicukur licin sepenuhnya. Sebaliknya, terdapat beberapa gaya rambut yang menampilkan potongan pendek yang menyerlahkan karakter maskulin dan elegan.
Menurut saranan Zulhusnie Yusoff selaku tukang gunting dan Pengurus Kawasan Nimroc Barbershop, ada tiga gaya rambut botak yang patut dipertimbangkan oleh lelaki moden iaitu Buzz Cut, Crew Cut, dan Quiff. Setiap satu daripada gaya ini menawarkan keunikan tersendiri, sesuai dengan personaliti dan gaya hidup.
@maskulinmyBagi anda yang berminat untuk mencuba gaya rambut botak, tahukah anda ia tidak semestinya terhad kepada penampilan kulit kepala yang licin tanpa sehelai rambut pun? Panduan ini mungkin boleh membantu anda untuk menggayakan botak dengan penampilan yang berlainan. #botak #haircut #barber #bald #gayarambutlelaki #nimroc #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Buzz Cut
Buzz Cut merupakan gaya rambut yang sinonim dengan kesederhanaan dan keberanian. Potongan rambut ini adalah antara yang paling pendek, di mana rambut dipotong sama rata menggunakan mesin pencukur dengan saiz mata yang kecil.
Foto: Contoh potongan Buzz Cut (Sumber: Google).
Hasilnya adalah potongan yang seragam dan kemas, sesuai bagi mereka yang inginkan penampilan yang praktikal tetapi tetap menarik. Anda juga boleh memilih untuk memotong bahagian atas dengan panjang yang berbeza dari bahagian tepi untuk memberikan penampilan yang lain dari kebiasaan.
Apa pun pilihan anda, potongan ini tetap dikira sebagai potongan yang paling mudah dijaga, menjadikannya pilihan ideal bagi lelaki yang sering sibuk tetapi ingin kelihatan rapi.
Crew Cut
Crew Cut pula adalah variasi yang sedikit lebih panjang berbanding Buzz Cut. Rambut dipotong pendek di sisi dan belakang, tetapi dibiarkan sedikit lebih panjang di bahagian atas kepala. Bahagian garis rambut di dahi pula akan dipotong dengan bentuk lurus.
Foto: Contoh potongan Crew Cut (Sumber: Google).
Gaya ini menawarkan lebih banyak fleksibiliti, di mana lelaki boleh memilih untuk menyisir rambut ke hadapan, ke tepi, atau bahkan ke belakang. Crew Cut adalah pilihan yang bagus untuk lelaki yang ingin kelihatan kemas dan profesional, sambil mengekalkan sedikit elemen gaya peribadi.
Quiff
Quiff adalah gaya rambut yang memberikan penampilan botak tetapi dengan sedikit sentuhan dramatik. Dalam gaya ini, rambut di bahagian hadapan dibiarkan lebih panjang dan disisir ke atas atau ke belakang, manakala bahagian sisi dan belakang dipotong pendek.
Foto: Contoh potongan Quiff (Sumber: Google).
Quiff memberikan ilusi ketebalan rambut, sesuai bagi lelaki yang mengalami penipisan rambut tetapi masih ingin mengekalkan gaya yang menonjol. Gaya ini memerlukan sedikit usaha untuk digayakan setiap hari, tetapi hasilnya adalah penampilan yang lebih berani dan berkarakter.
Gaya rambut botak tidak semestinya bermaksud kepala harus dicukur hingga licin. Dengan pilihan seperti Buzz Cut, Crew Cut, dan Quiff, lelaki kini mempunyai pelbagai cara untuk tampil rapi dan bergaya tanpa perlu mengorbankan identiti mereka.
Air kelapa minuman penyegar terbaik ketika berbuka puasa. Setiap kali tibanya bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.