5 Tip Terbaik & Senang Untuk Lelaki Kurus Yang Nak Tambah Berat Badan

Share

Orang tak akan faham bagaimana sukarnya untuk seorang lelaki yang kurus untuk menambah berat badannya.

Ya, ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi memberikan impak terhadap imej serta padangan masyarakat. Penulis sendiri dulu pernah berdepan masalah ini. Hingga ada yang menuduh menggunakan dadah.

Tak semua orang memiliki kadar metabolisme yang sama. Bagi orang kurus ia satu perkara yang sangat sukar untuk tambah berat badan. Tapi ada beberapa tip jika diamalkan, InsyaAllah ia akan menjadi. Jom ikuti 5 tip ini dari MASKULIN!

1. Protein, Karbohidrat dan Serat

Protein sangat penting untuk pembinaan otot, pilih makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada  ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya. Sumber dari karbohidrat sangat penting untuk membekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.

2. Jauhi Makanan Berlemak & Bergoreng

Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).

3. Jangan Biar Perut Kosong

Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting.  Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.

BACA: Anda Berbadan Kurus Harus Waspada Dengan Risiko Simptom & Beberapa Jenis Penyakit

4. Rutin Bersenam

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu selama 10- 15 minit sahaja. Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull u

p atau senamrobik.

5. Rehat Mencukupi

Pastikan dapat rehat sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam sehari untuk membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.

Published by
Farizul Izwany