5 Tip Simpan Duit Untuk Melancong Bagi yang Bergaji ‘Ciput’, Lepas Ni Tiap Tahun La Pergi Travel!

Share

Memang heaven kalau dapat melancong tiap tahun, lagi-lagi dengan kawan-kawan atau orang yang yang kita sayangi. Melancong juga mampu menjadi terapi diri untuk hilangkan tekanan dan lari jauh dari kesibukkan kerja.

Tapi tak semua bernasib baik dan mampu pergi melancong kerana kos melancong yang agak mahal. Tapi pernah tak korang terpikir, macam mana pula rakan-rakan korang boleh pergi melancong ke luar negara setiap tahun.

Nah ini caranya untuk  semua simpan duit dengan cara yang betul  tanpa membebankan. Kalau tak percaya, cuba 5 tips ini!

 

1. Teknik Duit Ganjil

Memang ramai yang sudah berjaya simpan duit dengan cara ni. Admin pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil ni. Caranya, setiap kali korang ada duit yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5 atau RM20, korang asingkan siap-siap dalam tabung ataupun sampul dan jangan guna duit tu langsung. Mula-mula tu memang susah sikit nak kawal perasaan untuk tidak menggunakan duit itu tapi lama kelamaan, korang akan terbiasa dengan sendiri. Korang akan mula rasa tak sampai hati nak guna duit tersebut kerana jika korang guna duit tu maka korang akan terlepas peluang untuk pergi melancong seperti rakan-rakan korang yang lain.

 

2. Main Duit Kutu

Duit kutu ni biasanya akan ada ‘geng’ yang bermain bersama-sama mengikut tujuan masing-masing. Lagi ramai, lagi seronok dan semangat nak main kutu sebab selain dapat beranakkan duit, korang jugak dapat menyimpan. Sistem duit kutu ni mengikut system undian bagi menentukan giliran siapa yang bakal menerima duit tersebut. Korang dah boleh rancang awal-awal untuk menggunakan duit kutu sebagai beli tiket penerbangan atau membayar duit hotel.

3. Simpan Duit Dalam Tabung Yang Susah Nak Bukak

Dulu sewaktu kita masih kecil, sudah pasti ibu bapa kita selalu memberi galakkan kepada kita untuk menabung. Menabung jugak salah satu cara mudah untuk simpan duit tau. Tapi, korang kena pastikan tabung tu susah untuk dibuka. Tapi, pastikan korang dah set target jumlah yang korang nak simpan seiring dengan tarikh pelancongan korang. Bila sampai masa yang sesuai, baru korang pecahkan tabung terebut dan hasil menabung tu boleh dijadikan modal untuk pergi melancong.

 

4. Bagi Orang Yang Dipercayai Pegang Duit

Teknik ni sangat berkesan kerana anda akan berasa segan untuk meminta duit simpanan anda jika bukan bertujuan untuk pergi melancong. Tiap-tiap bulan, asingkan sejumlah duit dan bagi pada individu yang dipercayai untuk simpan.

Tapi kebiasaannya, kalua korang bagi mak korang yang pegang duit, dah pasti korang semua kecut perut nak mintak duit tu. Mesti mak korang akan serang dengan macam-macam soalan. Sampai kelu lidah la nak menjawabnya. Haha!

 

5. Teknik Paksa Rela

Rasanya, ramai diantara korang yang dah tahu tentang kebaikan menyimpan dalam akaun ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk korang menyimpan dengan selamat.

Korang akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata mahu keluarkan duit. Selain tu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi pada hujung tahun. Lagi banyak korang simpan, lagi banyaklah korang dapat!

Jadi, korang tidak perlu rasa rendah diri dan sedih lagi bila ternampak gambar-gambar kawan-kawan korang pergi bercuti! Sebabnya korang pun mampu apa pergi bercuti.

Published by
Ruziana Zainal