Tip Pemanduan Boleh Jimatkan Penggunaan Minyak, Memang Berkesan!

Share

Bagi anda yang menggunakan kereta sebagai medium pengangkutan utama pastinya sedar akan kos bahan api yang terpaksa dikeluarkan setiap selang beberapa hari.

Bahkan buat mereka yang mungkin tinggal agak jauh dari tempat kerja perlu membelanjakan kira-kira RM400 hingga RM500 sebulan untuk mengisi minyak kereta.

Dari situ anda mungkin tertanya-tanya apakah cara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan minyak?

Image by Freepik

Sebenarnya ia bergantung juga kepada cara pemanduan kita. Berikut MASKULIN kongsi 5 tip pemanduan yang boleh bantu anda guna minyak dengan efisien ketika memandu.

KELAJUAN SEDERHANA & KONSISTEN

Kelajuan yang sesuai bagi semua kenderaan adalah sekitar 70 – 90 km/j. Namun begitu, anda harus pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula. Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

JANGAN KERAP TEKAN BREK

Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek).

Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.

GUNA GEAR BETUL

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan. Ia boleh mempengaruhi takat minyak kenderaan anda.

TUKAR GEAR RENDAH KE TINGGI LEBIH CEPAT

Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi. Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.

PANASKAN ENJIN

Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim