Selain miliki wajah bebas jerawat dan kulit yang licin, janggut atau jambang juga memainkan peranan yang besar untuk menaikkan peratus lelaki kacak.
Jadi apabila nak melebatkannya, pastikan anda bela betul. Bukan membiarkan ia tumbuh tanpa kawalan hingga memburukkan wajah anda.
Dalam masa yang sama, jika anda baru sahaja lepas bercukur, ada kalanya muka anda kelihatan sangat muda dan ‘kosong’ kerana janggut sudah tiada.
Ia bukan sahaja mengurangkan keyakinan anda kerana anda yang berpendapat ‘wajah tua’ adalah imej penting untuk menunjukkan seseorang lelaki itu kelihatan matang.
Jadi kalau anda mahukan janggut kembali tumbuh dengan lebat, ini adalah 5 tip simple yang boleh anda lakukan.
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap. Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah.
Ads
Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu.
Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Ads
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut.
Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan.
Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih.
Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah:
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Bilas minyak menggunakan air suam
Lakukan dua kali sehari
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang lahir dengan wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik sememangnya insan bertuah. Mereka ini cukup sekadar menjaga kebersihan diri dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Anda pula macam mana? Usahlah bandingkan dengan mereka ya. Tapi tak bermakna anda tidak boleh turut tampil kacak!
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk menjaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda sebelum tidur, bukan?
BERSIHKAN WAJAH
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Foto: reviewed.com
PROSES BAIK PULIH
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip Ekstra MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Jadi jomlah ubah diri untuk tampil lebih menarik dan kacak! Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan mudah nak hilangkan blackhead dan parut jerawat kalau tak kena dengan produk yang sesuai. Kadang-kadang penat beli produk mahal tapi tak juga dapat hilangkan blackhead atau bekas parut jerawat.
Lupakan produk mahal, apa kata cuma produk mampu milik yang anda boleh beli di drugstre sahaja. Bagi yang nak hilangkan blackhead dan dalam masa sama nak atasi parut jerawat, boleh ikuti perkongsian @sufeahani_izzan di laman Twitternya ini. Dengan menggunakan tiga produk sahaja, masalah blackheadnya dapat diatasi.
Ramai yang beranggapan telur cuma boleh digunakan sebagai makanan. Sama ada boleh jadi telur rebus mahu pun telur goreng.
Sedangkan telur memiliki khasiat yang sangat bagus dan ia bukan sahaja boleh digunakan ke atas muka malah mampu menjadi perapi yang baik untuk rambut.
Ini kerana telur mengandungi protein dan mineral yang amat diperlukan oleh rambut anda selain ia boleh menyejukkan serta menguatkan akar rambut anda.
Selain itu, anda boleh juga amalkan tip-tip berikut untuk menjaga rambut anda agar tidak rosak :
1. Elakkan dari air klorin
Klorin yang terkumpul dalam kolam boleh menyebabkan rambut anda kering serta rapuh. Selain itu, klorin turut menyebabkan kesan yang buruk ke atas kulit kepala anda. Cara paling mudah untuk lindungi rambut anda daripada kesan bahaya klorin adalah dengan membasuh rambut dengan air yang bersih selepas anda keluar daripada kolam renang.
2. Jangan guna pelbagai produk
Penggunaan terlampau banyak gel rambut, semburan rambut ataupun produk rambut yang lain akan membuatkan rambut anda kelihatan sarat dan tidak sihat . Oleh itu, gunakan seminima produk rambut yang boleh dan elakkan daripada memakainya setiap hari.
3. Kurangkan pakai topi ketat
Topi ketat boleh menyebabkan ‘daya tarikan alopecia’ iatu keadaan rambut yang boleh menyebabkan keguguran rambut, ataupun kehilangan rambut secara kekal. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan kepala anda berbau.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.