5 Tip Mudah Atasi ‘Syndrome Monday Blues’, Lepas Ini Baru La Mood Kerja ‘ON’

Share

“Arrrghh…isnin datang lagi!” Pasti itu rungutan yang sering diluahkan apabila tibanya hari Isnin. Setelah berseronok pada hujung minggu, bangkit awal pada pagi hari Isnin antara cabaran terbesar bagi mereka yang sudah berkerjaya.

Apa itu ‘Monday Blues’?
Boleh dikatakan masalah global menyelubungi pekerja yang kebanyakan waktu teknikal bekerja setiap minggu bermula pada hari Isnin. Akibat dua hari sebelum terisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, kemalasan serta mood untuk bekerja pada hari seterusnya seolah-olah sudah tiada.

TIP UNTUK ATASI

1) Bangun lebih awal

Set jam penggera anda seawal yang boleh. Selepas membuka mata, ambil sedikit momen untuk menarik nafas panjang dan renggangkan badan di atas katil. Pasti anda akan lebih segar dan lebih bertenaga.

 

2) Sarapan ringan

Jangan biarkan perut kosong pada awal permulaan hari Isnin. Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi amat penting bagi menstabilkan momentum fizikal agar lebih bertenaga. Pengambilan bijirin (cereal) dan susu antara pilihan yang bijak. Anda juga boleh memilih untuk menikmati dua keping roti bersama segelas jus.

 3) Mendengar muzik
Ya, tidak dinafikan trafik pada hari Isnin kebiasaannya sesak. Oleh itu, jangan ambil peduli akan kesesakan tersebut. Sebaliknya berfikiran positif dan putarkan radio atau mainkan lagu-lagu kegemaran anda. Apa jua genre, muzik terbukti menenangkan dan mampu menyegarkan mata anda.

 4) Elak terus membuka komputer
Jangan biarkan anda terbeban dengan tugasan setibanya sampai di pejabat. Elakkan dari terus membuka komputer dan membaca lambakan e-mel

yang boleh membuatkan anda tertekan. Seeloknya selesakan dahulu diri anda dengan menyusun jadual kerja.

 5) Senyuman dan bicara ringan
Mulakan hari anda yang positif dengan senyuman. Ambil masa dan pergilah menyapa rakan sekerja serta kongsi aktiviti sepanjang hari minggu anda bersama mereka bagi meningkatkan keterujaan. Gelak ketawa mampu membangkitkan mood anda.

 

Published by
Ruziana Zainal