5 Tip Grooming Ini Boleh Bantu Naikkan Saham Stailo & Seksi Di Mata Wanita

Share

Pandangan pertama akan menentukan kejayaan sesuatu hubungan kerana tanpa tip grooming, individu yang ingin didekati mungkin tidak berminat dengan anda. Sebenarnya, lelaki nak amalkan tip grooming tak susah, kena jaga beberapa perkara sahaja.

Tambahan pula anda harus percaya dengan ungkapan ‘dari mata jatuh ke hati’ kerana setiap wanita mahupun lelaki akan lebih tertarik pada rupa atau impresi pertama.

Apa yang menarik perhatian mereka mungkin berbeza dari satu wanita kepada wanita yang lain namun kesemua mereka sepakat mementingkan pemerincian gaya dalam setiap penampilan.

Sehubungan itu, Maskulin kongsikan 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia. Jadi berhati-hatilah pada pandangan pertama!

BACA: Rambut Boleh Rosak Sebab Biarkan Kutu Membiak, Jangan Risau, Basmi Ia Guna Bahan Ini

1. Bulu hidung, telinga dan kening

Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.

2. Gigi

Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih

3. Bulu leher

Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.

4. Kuku jari

Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.  Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.

BACA: Dari Bazir Duit Kerap Beli Pisau Cukur Baru, Lebih Baik Ikut Cara-Cara Ini Untuk Jaga Kualitinya

5. Wangian dan pewangi

Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.!

Published by
arif.karim