Mana mungkin kita ketepikan perihal streetwear dalam dunia fesyen hari ni. Jika dahulu fesyen streetwear ini dilihat sebagai penggayaan yang biasa, namun hari ini ia bagaikan memberi impak besar dalam arena seni fesyen.
Konsepnya lebih santai, mudah namun tetap nampak stylo! Jom jenguk antara fesyen streetwear yang boleh anda cuba.
Mungkin hari ini kebanyakkan dari kaum lelaki mengenakan t-shirt ketat untuk menampakkan susuk badan yang lebih berotot. Sado! Namun, tidak pada penggayaan streetwear. Because streetwear is baggy and shapeless!
Ia bagaikan piihan gaya bebas yang tiada had untuk bergaya. Tidak kira sama ada kemeja, bomber jacket mahupun sweater, rekaan jenis oversized ini mampu menampakkan gaya jalanan anda lebih mneyerlah. Cool and urban.
Untuk gaya menarik, gayakannya dengan bebrapa lapisan helaian lain. Apa kata anda cuba padankan dengan kemeja oversized
bersama t-shirt jenis labuh. Padankan juga bersama knee-length shorts. Usah butang kemeja anda. Biarkan ia tampak loose dan santai. Pasti menarik!“Gender Equality”, “Be Different” dan “Human Rights Are Not Optional”. Fesyen streetwear ini bagaikan satu method yang bisa digunakan untuk memberi mesej positif kepada netizen. Streetwear is a subcultural affair, created for and by a series of skaters, punks and anti-establishment kind of guys.
Ringkasnya, si penggaya streetwear tidak pernah malu malah berani untuk menyuarakan suara mereka. Namun dalam cara yang lebih kreatif. Apabla kita melihat dari sudut yang berbeza, ia bagaikan satu demonstrasi jalanan namun dilakukan secara hemah dan lebih beretika.
Jadi, gaya streetwear ini bukan sahaja dilihat dari curahan kreativiti dalam berfesyen, malah ia juga dilihat sebagai satu platform di mana ia bersatu menyampaikan mesej berguna kepada orang ramai.
Bukan itu sahaja, penggunaan ayat mahupun perkataan yang dicetak di t-shirt, kemeja, seluar mahupun jaket, mampu menjadikan style anda lebih ranggi. Padankan juga bersama sneakers juga aksesori seperti topi.
Kalau berbicara mengenai seluar jenis sweatpants ini, rata-rata kaum lelaki pasti menyukainya. Bukan hanya pada mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan, malah kini, ia dipakai untuk dijadikan as fashion statement
untuk setiap individu.Bukan sahaja jenis fabriknya yang memberi keselesaan mutlak pada si pemakai, namun sweatpants ini menjadikan gaya anda lebih santai dan kasual. Manakan tidak, hingga hari ini, penggayaan streetwear menjadikan sweatpants ini elemen penting dalam intipati berfesyen. Lebih kemas dan clean.
Manakan tidak, padankan sahaja dengan helaian t-shirt putih yang sedikit baggy bersama-sama dengan sneakers rona putih. Meski ia tampak mudah dalam berfesyen, namun terserlah aura maskulin anda. Casual swagger! Apa yang penting, jangan padankan dengan jenis highly tailored items sebagai contoh double-breasted blazer.
Dua item ini harus disatukan untuk menghasilkan satu kelainan dalam gaya streetwear anda. Baseball caps sudah menjadi streetwear essential sekian lamanya. Hingga hari ini, rata-rata khalayak khusunya anak muda menjadikan baseball caps ini sebagai aksesori utama dalam berfesyen.
Namun, apa yang menariknya, apabila ia dipadankan dengan sehelai blazer, ia seolah-olah menaikkan aura formality anda tapi masih mengekalkan unsur casual dalam gaya anda. Gaya streetwear ini menjadi pilihan ramai terutamanya di negara Barat. Mereka menyifatkan gaya ini adalah kesinambungan unsur Hip-hop dan formaliti dalam business.
Gayakan dengan seluar jeans mahupun chinos dan sudah pasti, dengan sepasang sneakers! Sudah tiba masanya anda bermain dengan kreativiti anda dengan menggayakan baseball caps bersama tailored jacket/blazer! Yang pasti bukan dengan sepasang suit.
Sepasang sneakers mampu mengubah keseluruhan gaya anda! Mana tidaknya, kebanyakkan kaum lelaki memilih sneakers untuk dipakai bersama sehelai jeans mahupun chinos. Mudah dah tahan lasak.
Penggayaan sneakers juga dilihat sebagai sebagai salah satu item untuk gaya anda lebih stand out. Amat sesuai dan menarik jika sneakers anda digayakan dengan warna yang kontra dengan helaian baju mahupun seluar anda. Sebagai contoh, jika anda mengenakan plain denim, suaikan dengan padanan kasut jenis ini yang punya paten juga corak.
Jika seluar jenis chinos, anda bisa padankan dengan sneakers yang warnanya lebih terang seperti merah ataupun kuning. Untuk tampak ekslusif, sarungkan helaian serba hitam bersama sneakers rona putih. Bukan hanya eksklusif malah elemen glam itu mampu dilihat dari gaya keseluruhan anda!