Sudah lumrah hidup sebagai pasangan suami isteri. Setiap kali tiba hari raya pastinya akan berlaku penggiliran di manakah destinasi yang dituju. Apatah lagi jika anda dan pasangan berasal dari dua negeri berbeza.

Tahun ini beraya di kampung anda dan tahun depan di kampung halaman yang tersayang pula. Dan anda sebagai seorang suami perlulah peka dan bertoleransi dengan pasangan. Jangan ingat hanya kerana anda seorang suami sifat tolenrasi itu langsung tak ada.

Keluarga mertua pun keluarga anda juga, betul tak?

Namun bagi yang baru-baru berkahwin mungkin akan berasa kekok dan janggal untuk beraya di rumah mertua. Jangan risau, MASKULIN ingin kongsi 5 tip mudah dan penting untuk anda beraya di rumah mertua!

Ads

BAWA BUAH TANGAN

Jika pulang berhari raya di rumah mertua, sekurang-kurangnya bawalah sedikit buah tangan untuk mereka. Paling kurang pun sehelai kain batik dan pelikat pun sudah mencukupi. Dua pakaian asa orang Melayu ini sudah cukup jika anda sendiri pun bajet cukup ala-kadar sahaja. Beli itu tanda anda ingat kepada mereka.

RINGAN TANGAN & PANDAI BERGAUL

Ya, tak semua orang banyak cakap dan pandai bergaul. Tapi itu tak semestinya membuatkan anda selalu mengasingkan diri dan terperap dalam bilik sahaja. Dah jadi macam anak dara pula. Untuk anda yang pandai berbual bergaulah sebaiknya dengan ahli keluarga dan jiran tetangga mertua. Dan jangan lupa untuk membantu membuat kerja rumah, misalnya membantu membeli barang keperluan persiapan hari raya.

5 Tip Berhari Raya Di Rumah Mertua Untuk Menantu Lelaki

Ads

JANGAN KEDEKUT

Maksud kami di sini ialah bukan dari segi wang ringgit sahaja tetapi kesediaan anda untuk membantu. Sebagai contoh bila nak pergi beraya ke rumah saudara-mara yang lain. Ajaklah mertua atau adik ipar untuk naik kereta anda bersama.

BACA: 12 Tip Keselamatan Semasa Guna Lebuh Raya Yang Pemandu Tak Boleh Abaikan

Ads

MASUK DAPUR

Tak semestinya anda seorang lelaki tak boleh masuk ke dpaur dan membantu. Zman sudah berubah dan orang lelaki kini pun sudah ramai yang pandai memasak. Kalau anda tak tahu memasak sekalipun tolonglah mana yang patut. Paling tidak tolong potong bawang pun sudah memandai.

5 Tip Berhari Raya Di Rumah Mertua Untuk Menantu Lelaki

BELANJA ANAK SAUDARA

Besar kemungkinan anda akan mempunyai ramai anak buah. Untuk menjadi seorang pak cik yang cool, jadi seorang yang tak kedekut dan selalu pandai ambil hati mereka. Sekali-sekala bawalah mereka untuk belanja mereka makan. Kanak-kanak kalau dapat air kotak pun sudah gembira bukan main. Secara tak langsung anda juga boleh ambil hati keluarga isteri.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI