Image by master1305 on Freepik

Tanyalah mana-mana lelaki. Di antara anggota badan yang mereka ingin tampilkan nampak lebih mantap dan perkasa ialah pada bahagian lengan terutamanya otot bisep dan trisep!

Tahukah anda menurut beberapa kajian, bisep dan trisep merupakan anggota badan lelaki yang sering menjadi tumpuan pertama wanita?

Percayalah, sesiapa pun boleh dapatkan lengan yang mantap dan ‘padu’ jika melakukan senaman yang tepat. Paling penting kena mulakan dari sekarang!

Berikut MASKULIN kongsikan 5 teknik senaman mudah untuk anda besarkan otot bisep dan trisep menerusi :

One-leg rear-delt raise

5 Teknik Senaman Mudah Besarkan Bisep & Trisep Jadi Lebih ‘Padu’!

Pilih barbell berat antara 2 atau 3 kilogram. Posisikan badan anda mendepakan ke dua belah tangan dengan beban barbel.

Angkat satu kaki ke belakang sambil condongkan tubuh ke depan. Tahan posisi tubuh sejajar dan lurus dari kepala hingga kaki. Selepas itu buat gerakan seperti burung gerakkan sayap sebanyak antara 10 ke 15 kali.

Ads

Push up

5 Teknik Senaman Mudah Besarkan Bisep & Trisep Jadi Lebih ‘Padu’!

Ini senaman paling asas dalam senaman namun mempunyai impak yang sangat baik. Ia bukan hanya mampu membakar kalori, tetapi ia juga menjadi salah satu cara untuk anda membesarkan otot lengan dengan efektif.

Curls

5 Teknik Senaman Mudah Besarkan Bisep & Trisep Jadi Lebih ‘Padu’!

Bagaimana nak lakukan gerakan ini? Bertenang, gerakan curls ini dapat membentuk otot lengan dengan anda menggunaka barbel atau dumbel. Untuk permulaan, mulakan dengan beban yang ringan.

Pastikan posisi barbel pada kedua sisi tubuh, lalu gerakkan beban ke arah dada. Ketika mengangkatnya sila jangan gerakkan siku. Pastikan juga siku tetap berada di sisi tubuh. Lakukan gerakan ini sebanyak 12 kali.

Ads

Selain itu, gerakan ini dapat divariasikan dengan curls yang lain. Caranya dengan menekuk siku, lalu menarik beban ke bahagian dada. Ulanginya juga sebanyak 12 kali.

BACA: 4 Senaman Guna Dumbbell Untuk Buat Otot Lengan Jadi Besar & Berurat!

Lengan dan kaki arah berlawanan

Dalam keadaan badan anda berlutut dengan posisi tangan menyentuh lantai sejajar bahu dan lutut sejajar pinggul.

Angkat kaki kiri lurus ke belakang dan gerakkan lengan kanan lurus ke depan. Tahan selama lima saat kemudian lakukan gerakan sama dengan kaki kanan dan lengan kiri. Ulang kira-kira 15 kali.

Ads

Triceps down dog

5 Teknik Senaman Mudah Besarkan Bisep & Trisep Jadi Lebih ‘Padu’!

Mula-mula posisikan badan anda seperti hendak melakukan plank dengan kedua telapak tangan serta jari-jari kaki menyentuh lantai. Kemudian letakkan kedua siku ditekuk untuk menopang tubuh dalam posisi lurus.

Naikkan sedikit pinggul dan dan lengan lurus. Ketika menaikkan pinggul cuba pastikan tapak kaki menyentuh lantai. Cuba tahan selama beberapa saat kemudian kembalikan kepada posisi asal seperti plank. Anda boleh ulang gerakan ini sebanyak 10 kali.

Semoga seleksi senaman MASKULIN kongsikan di atas mampu membantu anda mantapkan otot bisep dan trisep jadi lebih padu!

Jangan lupa subscribe YouTube & follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Menjaga stamina diri kadangkala cukup mencabar. Namun dengan rutin senaman full kardio anda mampu meningkatkan stamina dir agar kekuatan semakin baik dari semasa ke semasa! Selamat pengantin baru @Alif Muhaimin #maskulin #majalahmaskulin #maskulinfitness #fyp #fypmalaysia #workout #fitness ♬ Workout Trap (60 Sec) – TimTaj

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI