Setiap kali ke gim, ada lihat kiri kanan. Semua orang berbadan cantik. Berotot sana sini walaupun ada di kalangan mereka baru sahaja berlatih di gim. Mungkin anda berasa kecewa kerana sudah lama membina otot tetapi masih di tahap yang sama. Tiada perubahan bentuk badan yang ketara. Adakah anda tahu puncanya?
Program Latihan
Anda memerlukan perancangan teliti dengan mempunyai program latihan teratur dan terperinci. Program yang dibuat perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau berapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah intensiti pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang akan dilakukan dan tempoh masa latihan, sama ada pagi atau petang.
Tidak catatkan perkembangan
Anda juga perlu catatkan perkembangan setiap kali berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat ( load ) yang diangkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ia tidak berguna sekarang, tapi ia amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang.
Ads
Latihan tidak berasas
Anda perlu kukuhkan latihan dengan mengetahui tujuan latihan, sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Adakah anda yakin latihan yang dilakukan itu sesuai dengan matlamat dan sasaran latihan?. Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan. Jangan ikut dan lihat orang lain buat, anda seharusnya tahu apa yang dilakukan.
Terlalu kerap latihan kardio
Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ia membantu menguatkan otot pada jantung ( cardiac muscle). Melakukannya seminggu 2 kali selama 30 minit adalah masa yang optimal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan kardio tidak perlu mendominasi program latihan. Ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan di gim dengan kekerapan 3 hingga 4 kali seminggu.
Ads
Tidur tidak cukup
Adakah anda tahu bahawa 90 peratus tubuh badan kita diperbaiki semasa tidur?. Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak cukup?. Tumbesaran anda akan terbantut dan otot sukar untuk membesar ke tahap yang optimal. Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seorang yang melakukan latihan di gim.
Ads
Diet tidak sesuai
Matlamat anda untuk membina otot. Jadi, anda perlukan protein yang cukup. Bukan makan salad dengan banyak, melainkan anda ingin mengurangkan berat badan. Cuba dapatkan daging di pasar raya yang segar berbanding makan di restoran makanan segera. Ingat, anda ialah apa yang anda makan.
Anda menipu dalam latihan
Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah penat semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan fuel. Jadi, anda perlukan sokongan untuk membantu supaya dapat berlatih lebih daripada kebolehan anda ( beyond your ability) . Sekiranya masih di tampuk yang sama, setiap kali datang anda akan buat berat beban dan pengulangan yang sama saja. Anda akan kekal seperti itu sepanjang tahun. Sebab itu anda perlukan sokongan dan tenaga ( preworkout drink/bar) sebelum berlatih.
Ada juga yang tidak habiskan pengulangan ( repetition) kerana takut untuk berasa penat dan sakit ( burned) semasa latihan. Sebenarnya apa yang anda rasa sukar semasa bersenam, itu yang akan mengubah tubuh badan anda menjadi lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang sentiasa mengikuti dunia perniagaan dan automotif nama Elon Musk pastinya sudah tidak asing lagi. Dia yang juga seorang bilionair dan antara manusia terkaya di dunia merupakan pengasas dan juga CEO kepada pengeluar kereta elektrik tersohor, Tesla.
Elon Musk juga merupakan seorang yang dilihat sangat ‘tech savvy’ dan aktif di laman media sosial. Di antara platform kegemarannya ialah Twitter. Desas-desus tentang cubaannya untuk membeli platform tersebut sebenarnya sudah lama bertiup kencang.
Foto: Reuter
Dan bermula semalam, Elon Musk telah berjaya membeli syarikat gergasi tersebut dengan nilai yang cukup luar biasa. Angka yang diuar-uarkan ialah bernilai sebanyak USD44 bilion (RM208 bilion).
Antara langkah pertama yang diambil Elon ialah memecat beberapa eksekutif tertinggi yang dilihat tidak sehaluan dengan pandangannya. Beliau juga dikatakan berikrar untuk mengekang dan menumpaskan penggunaan ‘bot’ dan ‘spam’ di laman media sosial tersebut.
Namun sehingga kini masih samar-samar bagaimana dia dapat membendung masalah tersebut dalam masa terdekat. Ura-ura juga mengatakan peracangannya untuk mengecilkan syarikat yang pada masa kini berjumlah kira-kira 7,500 orang.
Jelas Elon, pembelian Twitter ini bukanlah untuk menjana lebih wang atau pendapatan tetapi lebih kepada misinya “mencuba untuk bantu menyelamatkan manusia yang saya cintai”.
Pembelian Twitter oleh Elon Musk dilihat sebagai saga yang cukup menakjubkan belaku dalam dunia digital masa kini. Pembelian ini bermula dengan pemilikan sebanyak 9.2% saham pada bulan April lalu.
Pastinya zuriat merupakan satu anugerah dari Allah SWT yang paling dinanti-nantikan oleh mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Menyambut kelahiran zuriat itu merupakan momen yang seronok untuk dikongsikan kepada umum terutamanya mereka yang bergelar selebriti. Tidak salah sebenarnya untuk merakam detik-detik indah anda bersama pasangan apabila menyambut kelahiran, namun ia hendaklah berbatas.
Pihak Maskulin ada bertanyakan isu ini kepada salah seorang pengawai perubatan Hospital Kerajaan iaitu Dr. Izzaty (bukan nama sebenar), beliau yang pernah berkhidmat di wad bersalin telah banyak menyambut nyawa baru dan beliau akur bahawa momen itu merupakan momen yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pasangan. Oleh kerana beliau merupakan doktor dari Hospital kerajaan, antara peraturan ketika bersalin ialah pasangan tidak boleh membawa masuk alat rakaman sehingga proses sambut bayi selesai. Namun, jika mereka ingin mendapat kemudahan itu, maka pasangan disarankan untuk ke hospital Swasta.
“Bagi saya ia terpulang kepada individu asalkan mereka tidak dedahkan alat kemaluan dan aurat wanita yang berhijab. Kami sebagai doktor tidak mempunyai masalah untuk mereka merakam detik-detik indah bersama yang tersayang asalkan tidak membuka aib mana-mana pihak, bergantung kepada hospital.”
Alif Satar juga meluahkan perasaan berbeza apabila ditemu ramah sewaktu majlis sidang media praduan senang jer menang Power Root. Beliau sendiri menceritakan detik indah apabila beliau sendiri berpeluang menyambut bayi pertamanya yang diberi nama Alisha Anugerah. Momen itu memang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, Doktor sendiri memuji Alif yang tidak gentar ketika memegang bayi yang lembut itu.
Sumber:IG Alif Satar
“Bagi saya, tak salah nak rakam momen-momen indah tu, cuma rakaman itu hanya sesuai untuk tatapan sendiri dan keluarga sajalah. Ia lebih baik begitu dari beri semua orang tengok video tersebut. Setiap yang dilalui oleh wanita ketika dalam keadaan sakit itu harus diberi keutamaan dari segi pakaiannya, sakit yang dilaluinya. Mungkin isteri tak mahu bersuara atau telah bersetuju kerana patuh pada suami. Kita ni sebagai suami harus tahu sensitiviti walaupun kita ni kurang bijak. It’s common sense. Saya sendiri pun, setelah anak dibalut dan sudah berada di dada isteri, baru saya bergambar. Sensitiviti itu harus di jaga.”
Jadi para suami, tak salah jika anda mahu rakam detik-detik indah anda bersama tercinta walau dalam apa kondisi pun, namun biarlah ia bersesuaian dengan masyarakat, dan menjaga aib keluarga anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Meskipun sudah berusia 56 tahun, vokalis kumpulan rock Spring, Ameng masih kekal aktif dengan bersenam setiap hari.
Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail beliau mampu menguatkan semangat untuk kekal disiplin bersenam setiap hari demi menjaga kesihatan semampunya.
“Satu hari nanti bila kita dah sakit, bila kita ke hospital, doktor pasti suruh kita bersenam,” katanya kepada Maskulin.
Lambat laun, pasti dirinya juga akan dinasihatkan untuk bersenam sama ada dilakukan sendiri ataupun melalui rawatan fisiologi di hospital, ujarnya.
“Jadi saya fikir sebelum orang suruh, baik saya buat dulu”.
Tambah Ameng, sekurang-kurangnya beliau sendiri sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan diri dari pelbagai sudut kemampuannya.
Jika ditakdirkan ditimpa sebarang penyakit kelak, itu semua di luar batas kemampuannya dan bukannya gara-gara beliau tidak berusaha.
Dahulu Bersenam Bersama Datuk Awie
Ameng yang ditemui Maskulin di sidang media Konsert Rock Legenda Berzaman itu juga berkongsi yang pada awalnya beliau mula aktif bersenam bersama Datuk Awie.
“Masa tu Awie kan membina badan. Saya ikut dia masa itu,” kongsinya.
Bagaimanapun, Datuk Awie tidak meneruskan aktiviti itu selepas mengalami masalah kesihatan.
“Tapi saya masih teruskan. Bersenam ini sudah menjadi rutin hidup saya,” katanya lagi.
@maskulinmyBaru sikit je mereka belanja, dah terikut nak nyanyi sekali. Nak dengar lebih lagi, nantikan Konsert Legenda Rock Berzaman pada 3 Mac hadapan di mana sembilan legenda rock tanah air dihimpunkan di atas satu pentas. #konsertlegendarockberzaman #rockkapak #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.