Kesihatan

5 Step Senaman Untuk Mata. Elak Rabun, Kering Dan Tidak Selesa

Share

Senaman mata merupakan satu cara yang efektif untuk mengurangkan ketegangan dan keletihan mata yang sering berlaku akibat penggunaan gajet elektronik yang berlebihan.

Dengan mengamalkan senaman mata secara rutin, anda dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan mata dan sekitarnya, yang seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan fokus dan mengurangkan risiko masalah penglihatan.

Berikut adalah beberapa senaman mata yang mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja:

  1. Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.
Sumber gambar: Quora
  1. Pusingkan bebola mata anda dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.
Sumber gambar: Framesbuy
  1. Fokuskan pandangan mata anda terhadap sesuatu objek. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan sebatang pen. Caranya, dekatkan dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.
  2. Urutkan dahi anda. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.

  1. Akhir sekali, sandarkan badan anda, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.

Ingat, mata juga memerlukan senaman sama seperti anggota badan yang lain untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Jadi, luangkanlah sedikit waktu setiap hari untuk melakukan senaman mata dan jaga kesihatan penglihatan anda.

Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

@maskulinmy Air Jordan 1 OG ‘Black Toe’ #maskulin #maskulinhobi #maskulinreview #airdordan #airjordan1 ♬ original sound – Maskulin
Published by
Nana