
Dapatkan tubuh yang menarik dengan senaman bakar lemak gaya tabata yang terbukti efektif dan mudah untuk dilaksanakan dirumah tanpa menggunakan sebarang peralatan khusus. Senaman ini dapat mempertingkatkan kadar metabolisme tubuh badan agar tubuh dapat membakar lemak dengan lebih pantas.
- CLAP PRESS-UP
– Mulakan dengan posisi tekan tubi
– Dengan perlahan, rendahkan tubuh dengan lengan dibengkokkan sehingga 90 darjah
– Tolakkan badan ke atas dengan kuat sehingga terangkat dan tepukkan tangan
– Sediakan tangan untuk bersedia menahan badan ketika badan jatuh ke posisi asal.
– Ulang semula
- PRONE SWIMMER
-Mulakan dengan posisi meniarap dan pastikan hujung hidung mencecah lantai
-Tangan diletakkan di posisi 90 darjah di sisi badan dan tahan
-Pastikan bahagian belakang badan tidak melentur
-Tolak kedua-dua tangan kehadapan dan tahan
-Tarik semula tangan ke posisi 90 darjah di sisi badan
- SPEED SKATER
-Mulakan dengan posisi berdiri dan kaki kiri dan tangan kanan di tarik ke belakang selari
-Lompat ke arah bertentangan dan kaki kanan dan tangan kiri pula di tarik kebelakang selari
-Ulang semula
- PRISONER JUMP SQUAT
-Mulakan dengan posisi kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan buka luas bahagian bawah lengan.
-Pastikan lengan dan kaki dibuka luas dalam keadaan selari dan rendahkan sedikit badan sehingga lutut membengkok
-Lompat kehadapan dan jatuh semula dalam keadaan tubuh direndahkan sehingga lutut membengkok
- ALTERNATING REACH PRESS-UP
-Mulakan dengan posisi tekan tubi
-Sebelum merendahkan tubuh, pastikan tangan kanan di tolak keluar dari sisi badan dan tangan kiri rapat ke sisi badan seperti tekan tubi
-Rendahkan badan seperti senaman tekan tubi
-Ulang semula dengan tangan kiri pula di tolak keluar ke sisi badan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
World #QuranHour : 12 Keistimewaan Amalkan Ayat Al-Kursi Yang Kamu Perlu Tahu.

Ayat kursi sememangnya banyak manfaat apabila diamalkan. Malahan ia juga merupakan ayat pendinding mengelakkan gangguan makhluk-makhluk halus. Dan ini 10 kelebihan lain jika kita mengamalkan ayat kursi ini.
- Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w
- Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.
- Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
- Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.
- Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.
- Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
- Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.
- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.
- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
- Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.
- Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
SUMBER: via SHAFIQOLBU
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Penyampai Berita RTM Tahan Sedih Lapor Kematian Sahabat Sendiri

Mendengar khabar kematian seorang sahabat sahaja sudah cukup memilukan, apatah lagi apabila perlu menggalas tanggunjgawab menyampaikan berita itu kepada umum menerusi kaca televisyen di saat diri masih berduka.
Itulah yang dialami oleh penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Anas Muhammad Farihin, 25, apabila ditugaskan membaca laporan kematian sahabatnya, Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dibunuh.
Memetik perkongsian video di laman media sosialnya, Anas meluahkan betapa tercabarnya tahap profesionalnya ketika menyampaikan berita itu ketika siaran Berita Tengah Malam.
@thenoshlerr إنا لله وإنا اليه راجعون Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana taha professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah #justiceforfa #upsi ♬ original sound – AnasFarihin
“Waktu ini emosi perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal, sebak di dada perlu ditahan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Faa (Nur Farah Kartini) ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjayanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan.
“Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah,” katanya lagi.
Memetik laporan Harian Metro, Anas menjadi antara orang yang terawal menerima khabar kematian Allahyarham sekitar jam 9 malam.
Dalam keadaan terkejut, Anas sukar mempercayai perkara itu sehinggalah keluarnya kenyataan rasmi dari pihak polis yang mengesahkan kematian sahabatnya itu.

Anas mula bersahabat dengan Allahyarham ketika bersama-sama menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Mereka sering bekerjasama dalam pelbagai aktiviti di UPSI, antaranya ialah minggu orientasi pelajar baharu.
Kongsi Anas lagi, Allahyarham merupakan seorang gadis yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum.
Terdahulu, pihak polis menerina laporan kehilangan Nur Farah Kartini pada jam 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Gadis yang berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.
Nur Farah Kartini ditemui maut pada petang 15 Julai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor.
Sumber: Tiktok @thenoshlerr, Harian Metro
BACA: Mengapa Lelaki Suka Pendam Perasaan?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selain Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan, Ini Khasiat Lain Air Barli

Barli (Hordeum vulgare) merupakan makanan manusia dan makanan ternakan yang penting, tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama “barli” atau “barli mutiara Cina”.
Ia juga turut terkenal kerana mempunyai pelbagai jenis khasiat untuk kesihatan kita. Nak tahu apa kelebihan barli? Jom ikuti senarai di bawah.
MERAWAT UTI
UTI merujuk kepada urinary tract infections atau jangkitan saluran kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, anda boleh merawat atau mencegah masalah kesihatan ini.
Beras barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi. Ia juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.
BACA: 5 Kesilapan Utama Anda Lakukan Ketika Berlari Di Atas Treadmill
MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
Air barli adalah satu sumber minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan (dan tidak perlu).
Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.
MERENDAHKAN TAHAP KOLESTROL
Air barli ini dikatakan sebagai satu minuman yang baik untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, lantas mengurangkan risiko masalah sakit jangtung. Serat yang terdapat di dalam beras barli juga tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perut dan usus.
Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadr kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolesterol buruk’) dan trigliserida.
JANTUNG YANG LEBIH SIHAT
Selain berperanan merendahkan kadar kolesterol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak – condisi ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.
Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan stok.
MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dan elektolit anda.
MENGAWAL KENCING MANIS (DIABETES)
Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahwa beta-glucan boleh memperelok pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ianya juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) – penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.
Tambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadarglycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.
KULIT YANG LEBIH SIHAT DAN CERAH
Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan – ini boleh memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.
Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat.
Tambahan lagi, antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.
Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada permukaan muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk beberapa kali seminggu.
MENYEJUKKAN TUBUH
Air barli adalah satu air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.
Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli – ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.
Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI