Tidak dinafikan tahun ini limpahan gaya kasut sneakers yang direka lebih tebal pada bahagian tapaknya mula mendapat perhatian. Tidak semestinya warna putih, varian warna kini menjadi pilihan dan semakin cocok dengan apa sahaja gaya streetwear harian lelaki. Perhatikan 5 label ini mempersembahkan rekaan kasut sneakers mereka dengan penuh bergaya! Mana satu pilihan anda?
1.PUMA Thunder Spectra Sneakers
Inspirasi dari siluet 90s Cell system kerjasama antara PUMA x Mc Queen. Memberikan stail yang sangat bulky, chunky, unapologetic look dan sememangnya selesa untuk digayakan.
2.ADIDAS YEEZY BOOST 700
Wow, sentuhan yang diilhamkan dari haiwan ganas di laut dalam ini sangat dinamis, kami yakin anda juga ingin menggayakan kasut ini bukan?
3. UNDER ARMOUR FORGE 96
Olahan dari gaya 1996 di mana tahun jenama ini diperkenalkan. Mengenakan material berkuliti dan sangat selesa untuk ketahanan tambahan.
4. FENDI
Direka dari kulit nappa putih, ia memberikan corak dan elemen berombak dan lebih tebal. Eksklusif dan semua orang akan meminati stail ini.
5. COACH
Ramai yang tidak menyangka jenama ini turut mengeluarkan kasut sneakers yang lebih bersifat santai selain terkenal dengan gaya minimal dan classy. Satu pujian untuk rekaan ini, transisi trend mereka semakin dekat dengan jiwa generasi muda kini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Penuh Glam & Elegan, Kuala Lumpur Fashion Awards Tampilkan Pengiktirafan Buat Penggiat Seni Fesyen
Di antara industri yang dilihat menampakkan kebangkitan semula selepas berdepan cabaran pandemik ialah fesyen. Di negara kita sendiri industri fesyen merupakan di antara yang paling ketara terjejas.
Namun sejak beberapa bulan ini industri fesyen dilihat kembali lebih kuat dengan keazaman yang lebih jitu. Baru-baru ini telah berlangsung Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang dilangsungkan dengan jayanya di Pavillion KL.
Meneruskan kesinambungan tersebut KLFW telah mengadakan Kuala Lumpur Fashion Awards yang berlangsung semalam di Shangri-la Hotel Kuala Lumpur. Majlis pengikitrafan yang cukup gah tersebut turut dibawakan oleh penaja utama iaitu jenama kenderaan mewah Lexus.
Majlis anugerah KLFA ini juga dilangsungkan buat pertama kalinya dalam sejarah dengan objektif untuk meraikan industri fesyen yang dibanjiri insan-insan berbakat dalam bidang seni, rekaan dan juga budaya popular.
KLFA membariskan beberapa kategori yang cukup menarik seperti Brand of the Year, Outstanding Achievement, Fashion Icon of the Year, Fashion Business Leader Award dan banyak lagi.
Majlis yang diadakan dengan mematuhi standard prosedur tersebut dihadiri kira-kira 150 tetamu jemputan merangkumi deretan pereka fesyen serta muse mereka yang hadir dengan pakaian serba glamor, bergaya dan elegan.
Antara tetamu turut menghadirinya ialah selebriti dam ikon fesyen popular seperti Rozita Che Wan, Dato’ Sri Bernard Chandra dan isteri, Datin Mary Lourdess, Mimyfle, Awal Ashaari, Scha Alyahya. Marion Caunter dan juga Dato Nazree Musa.
Manakala tetamu kehormat pula menampilkan Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sebanyak 14 anugerah berprestij telah diberikan pada malam penuh gemilang tersebut. Di antara anugerah yang paling menarik perhatian ialah Fashion Icon of the Year yang diberikan kepada jelitawan berpengaruh, Marion Caunter.
Manakala antara anugerah lain yang turut mencuri perhatian Best Menswear Designer pula diraih oleh Kitwoo dan Brand of The Year yang jatuh kepada Alia Bastaman.
Anugeraj Oustanding Achievement Award yang disampaikan oleh Andrew Tan, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week pula dianugerahkan kepada pereka tersohor, Dato’ Sri Bernard Chandran.
Tahniah MASKULIN ucapkan kepada semua pemenang dan KLFW sebagai penganjur acara cukup berprestij seperti ini. Semoga industri fesyen tanah air terus maju dan berkembang dengan pesat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
12 Cara Suai Padan Sut, Skinny Suit Paling Popular Hari Ini
Sut yang bagus potongannya dapat menyerlahkan personaliti si pemakai tampak lebih segak dan kacak. Namun begitu perlu diingat, potongan sut serta jahitan yang tidak kemas tampak murah. Membuatkan anda kelihatan tidak refined dan polished.
1-Sut Khaki paling sesuai digayakan dalam cuaca panas seperti di negara kita – jaket berpinggang (slim jacket) dan seluar yang diperbuat dari kain kapas (cotton) atau linen, bukan hanya ringan (lightweight), tetapi ia juga menarik dipadankan dengan kemeja dan tali leher reka corak jalur pelbagai warna (multi-coloured stripes).
2-Tiada tolak ansur dari segi keselesaan dan kekemasan apabila anda membeli dan menempah sut. Sut yang bermutu selalunya sedikit mahal. Oleh itu, pastikan pilihan sut boleh dipakai selalu dan mudah disuai padan dengan apa saja dalam almari anda.
Sut yang dibeli dengan harga yang mahal sepatutnya tahan bertahun-tahun. Bespoke adalah terma bagi sut yang ditempah mengikut ukuran badan individu. Ini kerana ia sut tempahan mengikut kehendak pelanggan.
3-Ciri-ciri sut yang perlu anda miliki; butang daripada tanduk, lapel berjahit tangan, kolar berlapik felt, lapisan kanvas di antara kain diletak dan dijahit dengan kemas (dan bukan digam) dan pilihan fabrik lembut supaya anda boleh menyarungkannya 12 jam tanpa rasa gatal.
4-Jika mahu menggayakan skinny suit yang mengikut potongan badan . Padankan ia dengan crisp white button-downshirt dan kasut oxford (lace-up oxfords), untuk gaya yang paling in style & hip.
Tomaz mempunyai pelbagai rangkaian sut, kemeja dan kasut oxford yang smart untuk lelaki dengan kualiti tinggi dan harga lebih murah.
5-Dalam lingkungan konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi (formal). Pemilihan warna untuk bisnes suit lebih ditumpukan pada rona hitam dan kelabu (grey).
6-Apabila memilih sut, seseorang lelaki harus mencari sut yang paling sesuai dan selesa digayakan olehnya, dan bukan memilih sut yang hebat dari segi rekaan, tetapi nampak janggal apabila dipakai. Dalam erti kata yang lain, elegance, sophistication, and timeless style are always better than of-the-moment trends, which will date-and date the wearer.
7-Jika dibandingkan, gaya two-button suit adalah lebih timeless (tak lapuk dek zaman) daripada three-button suit. Single-breasted jacket pula adalah lebih versatile berbanding dengan double-breasted. Ia juga lebh mudah disuai padan, sama ada untuk acara formal, kasual atau bersantai
8-Untuk majlis black-tie, untuk lebih trendy, anda boleh menggayakan jaket yang lebih mengikut bentuk badan (fitted), yang dipadankan dengan kemeja putih yang bersih. Padanan ini mudah tetapi sentiasa kelihatan hebat apabila digayakan.
9-Untuk nampak lebih dinamik, pilihlah jaket atau blazer yang memberikan fokus kepada bahu anda. Pilihan yang tepat adalah jaket yang punyai padding pada bahagian bahu. Paling sesuai adalah pemakaian jaket potongan double-breasted, tetapi jika anda punyai perut yang buncit sedikit, alternatifnya anda perlulah memilih jaket single-breasted.
Bagi jaket kasual pula, pilihlah yang berpotongan lurus dan panjang sedikit daripada garisan pinggang. Yang penting anda harus selesa dan yakin dengan keterampilan gaya anda, agar ia dapat memberikan impak imej yang positif serta meyakinkan dalam penampilan anda seharian
10-Jika anda hanya akan memiliki sepasang sut, pilihlah ia dalam rona hitam, biru kelasi atau kelabu. Jika mahu menyimpan lebih daripada sepasang (jaket & seluar) dalam almari,semestinya salah satu sut perlulah menarik dan hebat (dari segi tekstur & warna).
Untuk kelainan, pilihlah sut khaki atau jika anda berani bereksperimen pilih sut dengan reka corak plaid (kain berpetak ataupun genggang) seperti dari jenis fabrik glen plaid dan Prince of Wales.
11-Pintstripe suit (sut jalur halus) memang elegen apabila digayakan. Namun begitu, untuk kelihatan kurang membosankan ataupun terlalu formal, ia paling menarik jika dipadankan bersama kemeja dengan jalur (pinstripes shirt) yang berbeza ataupun kontras. Walaupun sedikit konservatif, gaya ini tetap cool dan pasti jadi ikutan.
12-Berhenti daripada cuba menggosok pakaian yang harus digayakan dan dibiarkan renyuk atau kedut (rumpled & wrinkles). Di pentas peragaan antarabangsa, koleksi blazer dan sut banyak didatangkan dalam fabrik yang telah melalui proses kimia (chemically treated) untuk mendapat dan mengekalkan kedut tersebut.
Dari segi rekaannya, blazer atau sut ini unstructured ataupun tidak kelihatan kaku. Paling menarik dipadankan dengan chinos dan jeans. Trend ini cukup hip serta bersahaja sealiran trend fesyen antarabangsa.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Edisi Kuala Lumpur Fashion Week 2022 Bakal Raikan Ulang Tahun Ke-10
Menjadi sebahagian daripada elemen penampilan harian fesyen merupakan antara industri cukup penting bukan sahaja di negara kita tetapi di peringkat global.
Meraikan kepelbagaian idea fesyen menerusi ciptaan serta rekaan daripada pereka fesyen, acara fesyen yang cukup berpengaruh mampu memartabatkan industri ini ke peringkat lebih tinggi. Sebagai salah sebuah acara yang cukup dinantikan ramai, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 bakal diadakan di samping meraikan ulang tahunnya yang ke-10.
Selepas tahun lalu menyaksikan ‘comeback’ yang cukup luar biasa disebabkan pandemik, edisi pada tahun ini dijangka meneruskan momentum tersebut dengan cukup gemilang. Edisi Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) pada tahun ini menyaksikan lebih 40 orang pereka fesyen tempatan tampil dengan koleksi ready-to-wear di pentas peragaan bertempat di Pavilion KL bermula 17 hingga 21 Ogos 2022.
Sejak pengenalannya pada tahun 2013, KLFW telah menjadi salah sebuah platform yang cukup penting dan signifikan kepada sebilangan besar pereka tempatan. Di samping itu KLFW turut menjadi medan buat penggiat fesyen bersama-sama meraikan industri ini dengan pelbagai aktiviti dan kerjasama yang cukup penting.
MERAIKAN BAKAT FESYEN
KLFW juga telah menjadi batu loncatan kepada ramai pereka untuk menembusi bukan sahaja pasaran tempatan malah antarabangsa. Sama ada koleksi pakaian ready-to-wear, avantgarde, couture atau gaya hidup KLFW telah membuktikan bahawa mereka menjadi acara fesyen terulung di Malaysia.
Pada edisi tahun ini, KLFW 2022 turut menampilkan kempen #iAmMalaysia yang diperkenalkan oleh AmBank dan Designer Search & Model Search oleh Samsung di mana mereka menampilkan 10 Designer Search berkolaborasi bersama Mimpikita.
Sementara itu, Vespa pula turut menampilkan Doodle Decal Contest. Manakala Poh Kong mengaktifkan kolaborasi bersama pereka tempatan seperti Jimmy Lim. Isuzu pula menampilkan kolaborasi bersama Super Sunday dan Moccona Coffee bersama Khatreena.
“Ketika saya mula memperkenalkan KLFW pada tahun 2013 yang lalu, saya sedar akan risiko besar dan usaha keras perlu saya lakukan untuk menjayakannya. Sebelum ini saya pernah bekerja bersama penganjur acara berkaitan minggu fesyen dan disebabkan itulah saya mempunyai rasa hormat cukup tinggi kepada industri ini.” jelas Pengasas KLFW, Andrew Tan.
Buat penggemar fesyen tempatan, KLFW 2022 merupakan satu acara cukup dinantikan. Koleksi yang bakal diperagakan di pentas pada tahun ini dijangka turut memberikan impak positif kepada trend serta industri fesyen itu sendiri.
All the best MASKULIN ucapkan kepada KLFW dan juga pereka-pereka yang mengambil bahagian pada tahun ini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI