Tahukah anda laman media sosial paling popular di dunia iaitu Facebook pertama kali dilancarkan oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2004? Malah perjalanannya untuk memajukan aplikasi yang mengubah lanskap sosio budaya, ekonomi dan pemasaran di dunia ini pernah difilemkan menerusi ‘The Social Network’.
Sejak diperkenalkan, Facebook telah melakukan penambahbaikan, perubahan dan corak navigasi content terhadap penggunanya. Jika suatu ketika dahulu ia hanya digunakan untuk kenalan di Internet, kini Facebook telah berubah menjadi sebuah platfor pelbagai kegunaan.
Malah sukar nak digambarkan bagaimana kehidupan harian kita sekarang tanpa kewujudan Facebook.
Sesuai dengan pelbagai pembaharuan dan perubahan dari semasa ke semasa, terdapat tetapan atau setting yang ada banyak gunanya tapi sering dipandang sepi oleh ramai orang.
MASKULIN ingin kongsikan beberapa setting yang boleh anda terokai untuk pengalaman menggunakan laman media sosial ini ke tahap lebih baik.
Kadang-kadang anda akan log in akaun Facebook ke merata tempat. Contohnya bila menggunakan komputer di pejabat atau di telefon pintar ahli keluarga atau kenalan lain. Mungkin kadang-kadang anda terlupa nak log oit. Di sini anda boleh lihat peranti mana yag masih aktif dengan akaun Facebook anda. Anda boleh log out semuanya di sini.
Klik
Setting> Security and Login > Where You’re Logged In
Jika anda rasa was-was dengan sistem sekuriti yang ditawarkan, usah risau kerana Facebook turut menawarkan two-factor authentication. Apabila akauan anda log in di pernti yang asing, Facebook secara otomatik akan meminta kata laluan. Anda boleh tetapkan kata laluan ini di bahagian;
Setting > Security and Login > Two-factor authentication
BACA: Tip Beli Telefon Pintar Secara Online Agar Tak Jadi Mangsa Scam
Pernah tak terfikir jika anda tak dapat log in ke akaun sendiri? Atau mungkin anda secara tiba-tiba tak dapat log in atas sebab-sebab lain? Usah risau kerana anda boleh memilih 3 hingga 5 orang yang dipercayai untuk dimasukkan dalam senarai istimewa ini. Mereka boleh menghantar kod dan URL untuk membantu anda log in semula.
Setting > Security and Login > Setting up extra security
Ini fungsi yang membolehkan anda melakukan throwback dengan rakan-rakan Facebook yang lain. Contohnya anda ingin lihat interaksi dengan isteri pada zaman mengorat dahulu sampai sekarang. Pergi ke profilenya kemudian klik ‘See Friendship’. Segala perbualan interaksi posting, video dan foto akan keluar di sini.
Dengan lambakan informasi dariada rakan-rakan dan juga page yang anda ‘like’ pastinya ia sangat banyak sekali. Malah dengan algoritma yang diperkenalkan Facebook, tak semua posting yang akan muncul di timeline.
Jika anda ingin posting rakan atau page keluar di timeline ada tetapan yang boleh anda lakukan. Setting tersebut ialah ‘See First’. Ia bermakna posting dari akauan ini akan keluar dahulu di timeline. Manakala tetapan ‘Close Friend’ pula akan memberikan notifikasi jika terdapat sebarang update dari mereka.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda pengalaman menggunakan Facebook dengan lebih baik dan selamat. Selamat mencuba!