Semakin hari semakin banyak servis penghantaran makanan berkembang pesat di negara kita. Walaupun tidaklah sehebat seperti servis penghantaran makanan di Korea Selatan namun servis yang ditawarkan di negara kita terutamanya di ibu kota semakin berkualiti.
Suatu ketika dahulu servis penghantaran makanan ini cuma popular di kalangan jenama fast food seperti McDonalds, Pizza Hut dan Domino’s.
Tapi bosskur yang mengamalkan diet sihat dan sedang dalam proses menurunkan berat badan pasti tertanya-tanya, adakah servis penghantaran makanan sihat terdapat di negara kita?
Jawapannya, ya tentu skaleyyyy!
MASKULIN nak kongsi 5 servis penghantaran makanan sihat yang boleh anda semua cuba.
Boleh dikatakan antara servis penghantaran makanan sihat yang paling popular. Setiap hari menyediakan menu baru. Dah Makan tampil dengan objektif untuk membekalkan makanan sihat buat warga kota yang sentiasa sibuk.
Menu yang mereka sediakan cukup variety. Fusion makanan barat dan juga timur menjadi pilihan ramai. Meraki Kitchen mampu memenuhi selera di samping menyediakan makanan sihat dengan harga bermula dari RM18 sahaja.
BACA: Selain Baik Untuk Penghadaman, Ini 5 Lagi Khasiat Teh Hijau Untuk Lelaki
Bersesuaian dengan namanya mereka menawarkan servis penghantaran makanan yang cukup epik. Diinspirasikan daripada gaya pemakanan sihat dari Australia menu mereka terdiri daripada masakan Barat, Asia dan juga Mediterranean. Dengan minimum order RM20 servis mereka dikatakan tidak lebih 45 minit.
Mahukan makanan yang mendapat sentuhan daripada pakar pemakanan, jurulatih kecergasan dan chef profesional? Go Clean ada jawapannya. Mereka menawarkan alternatif hebat untuk makanan sihat sesuai dengan diet yang anda sedang tempuhi.
Antara elemen yang ditekankan oleh THE NAKED LUNCHBOX ialah makanan yang disediakan oleh mereka bebas gula. Makanan yang mentah, vegan dan semula jadi menjadi tunjang utama mereka. Mereka juga tidak menggunakan sebarang pemanis tiruan dan rendah sodium!