Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai antara kita akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta. Perjalanan jarak jauh memerlukan perancangan rapi atau servis yang baik.
Bukan sahaja dari segi logistik tetapi juga memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan lima servis paling penting yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perjalanan jauh untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Minyak enjin berfungsi sebagai pelincir kepada komponen enjin, mengurangkan geseran dan memastikan kelancaran operasi enjin.
Sebelum perjalanan jauh, periksa tahap minyak enjin menggunakan dipstick dan pastikan ia berada pada paras yang disarankan.
Jika minyak enjin sudah hitam pekat atau sudah tiba masa untuk ditukar, lakukan servis pertukaran minyak enjin serta penapis minyak untuk prestasi enjin yang optimum.
Brek yang berfungsi dengan baik adalah kritikal untuk keselamatan pemanduan. Pastikan cecair brek mencukupi dan tidak terlalu kotor.
Selain itu, periksa ketebalan pad brek dan cakera brek untuk memastikan ia masih berada dalam keadaan baik. Sekiranya brek berbunyi nyaring atau terasa tidak cekap, segera lakukan servis brek sebelum bertolak.
Tayar yang baik memastikan cengkaman yang optimum di jalan raya, terutama ketika memandu dalam cuaca hujan atau di lebuh raya yang sibuk.
Periksa tekanan tayar mengikut spesifikasi yang tertera pada manual kenderaan atau pelekat di pintu pemandu.
Selain itu, pastikan bunga tayar masih tebal dan tidak botak untuk mengelakkan risiko tergelincir. Jangan lupa juga untuk memeriksa tayar simpanan!
Bateri yang lemah boleh menyebabkan kereta sukar dihidupkan, lebih-lebih lagi selepas berhenti lama di R&R.
Periksa terminal bateri untuk memastikan ia tidak berkarat dan pastikan bateri masih mempunyai cas yang mencukupi. Selain itu, periksa juga sistem elektrik seperti lampu hadapan, lampu brek, dan lampu isyarat untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
BACA: Noh Salleh Tampil Sebagai Duta Rasmi Qhiam, Kolaborasi Warisan & Inovasi
Selain minyak enjin dan cecair brek, beberapa cecair lain juga perlu diperiksa sebelum perjalanan jauh. Antaranya ialah:
Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab setiap pemandu. Dengan melakukan servis yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan jauh, anda bukan sahaja dapat mengelakkan masalah di tengah jalan tetapi juga memastikan perjalanan lebih lancar dan selamat.
Semoga perjalanan balik kampung anda berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke destinasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.