Ada lima jenis senaman paling utama dan wajib anda lakukan sama ada untuk membina badan mahupun membakar kalori. Ia akan membantu anda untuk membina otot dengan cepat dan membakar lemak secara berkesan!
1. Push Up (Bodyweight/Weighted)
Senaman push up adalah senaman yang sangat popular. Siapa yang tidak tahu push up kan? Bagi yang tidak tahu, boleh dikatakan pasti anda jarang sekali bersenam dan sekarang berada dalam kondisi kurang cergas!
Tidak mengapa, kerana selepas anda mengamalkan push up, pasti akan menjadi lebih berotot, lebih kuat, lebih bergaya dan lebih hebat! Push up mengerjakan seluruh badan dengan penekanan pada otot bahu, dada dan triceps.
2. Dip (Bodyweight/Weighted)
Ads
Jika anda berasa lemah dalam bench press, cuba lakukan dip dalam masa beberapa minggu. Nescaya, kekuatan bench press anda akan meningkat. Bukan itu sahaja, senaman dip adalah senaman yang sangat versatil!
Anda juga boleh melakukannya di mana-mana tidak kira sama ada di rumah, pejabat atau di taman permainan. Kelebihannya hampir sama dengan bench press.
3. Lunges (Bodyweight/Weighted)
Lunges adalah gerakan asas manusia dan ia sangat efektif dalam melatih kekuatan serta membina saiz otot kaki! Jika sebelum ini anda jarang lakukan lunges, cuba buat senaman ini pula setiap petang. Apa anda akan dapati adalah pembakaran lemak secara rapid dan otot kaki yang semakin menyerlah!
Ads
Stamina anda juga akan meningkat. Ini bukan sekadar senaman untuk orang bina badan, malah senaman bagi mereka yang ingin cergas dan sihat.
4. Chin Up (Bodyweight/Weighted)
Kalau anda kena memilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang, dicadangkan anda sentiasa lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran back anda! Sekejap sahaja anda boleh mendapatkan back yang kembang seperti kepak.
Ads
Tengok sahaja atlet-atlet bar seluruh dunia yang bertaraf profesional. Semuanya mempunyai bentuk back dan biceps yang sangat besar. Apa yang anda perlukan hanyalah satu tempat untuk anda bergayut sahaja!
5. Burpees (Bodyweight/Weighted)
Burpees bukan calang-calang senaman. Ia mencabar kekuatan seluruh badan, ketahanan otot, ketahanan jantung dan ketabahan serta kecekalan jiwa nurani hati sanubari anda.
Mereka yang ingin membina tahap stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, burpees ibarat ubat ajaib dan sangat mujarab.
Sumber: lelaki sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN rasa anda semua terutamanya peminat filem superhero pasti sudah menonton ‘Aquaman’, bukan?
Pastinya penampilan pelakon utamanya, Jason Momoa menjadi antara perhatian utama jalan cerita adiwira berasal dari laut dalam ini. Ketegapan badan Aquaman menjadi bualan ramai para warganet ketika dia mula diperkenalkan dalam filem sebelumnya, ‘Justice League’.
Usah risau kerana anda juga mampu mendapatkan dada bidang dan badan tegap sepertinya dengan melakukan senaman yang memberi kesan kepada otot dada.
Otot dada terdiri dari 1 otot utama (otot besar) yang namanya Otot Pectoral. Otot ini sebenarnya terdiri dari pectorial major, minor dan clavicle head. Untuk memudahkannya kita membahagikannya kepada 3 saja iaitu Dada Bawah (lower chest), Dada Tengah (middle chest) dan Dada Atas (upper chest).
Latihan ini adalah antara latihan yang terbaik untuk dada terutamanya yang ingin membina otot dada. Lakukanlah dengan pegangan sedikit lebih lebar dari lebar bahu. Jangan terlalu lebar kerana ia akan membebankan sendi. Turunkan beban tersebut perlahan-lahan sehingga menyentuh dada di daerah puting. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk membina otot dada yang lebih kekar dan sasa.
Incline Press
Latihan press dengan incline akan memberikan lebih banyak tekanan pada bahagian dada hingga ke atas. Sudutnya pula jangan dilakukan terlalu tinggi. Cukup dengan sudut sekitar 200 – 300 saja dan biarkan ia agar dapat untuk divariasikan. Latihan juga dapat divariasikan antara penggunaan barbell dengan dumbell.
Decline Press (Barbell / Dumbell)
Merupakan gerakan latihan yang serupa dengan Bench Press atau Incline Press, hanya dilakukan di bangku Decline yang mempunyai kecondongan tertentu (sekitar 20 – 30’). Latihan ini menfokuskan tekanan pada otot dada bahagian bawah sehingga otot dada dapat menjadi lebih tebal dan kelihatan “tergantung”.
Cable Crossover
Merupakan gerakan yang membantu untuk mengembangkan otot terutama pada bahagian tengah otot dada. Latihan ini sendiri dapat menguatkan bahagian tengah sesuai dengan posisi jatuhnya cable yang dapat kita atur. Dengan menggenggam kedua tangan pada kabel, kita menarik kabel ke tengah depan sambil memfokuskan otot dada kita. Kabel kemudian dilepaskan secara perlahan.
Pec Dec / Butterfly
Latihan ini memungkinkan otot dada untuk bergerak sesuai dengan gerakan semulajadinya yang membawa kedua lengan untuk menuju pusat tubuh. Usahakan agar siku tetap berada pada bahagian pegangan (pads). Jangan menggunakan telapak tangan dengan terlalu banyak dalam latihan ini kerana ia akan mengurangkan tekanan otot dada.
Dumbell Fly
Latihan ini pula digunakan untuk melatih otot dada dengan gerakan yang cukup jauh, sehingga efektif untuk membantu meningkatkan keseluruhan otot. Beban yang digunakan dapat divariasikan namun perlu diingat agar berhati-hati saat menggunakan beban berat. Sebaiknya perlu ada seorang rakan yang membantu menjaga dan mengawasi latihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan alasan untuk dapatkan perut berotot sebab anda boleh buat sofa workout di rumah dengan selesa.
Sambil santai-santai berehat di ruang tamu, buat je sofa workout kerana ia mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
Jika konsisten melakukan sofa workout ini, bukan sahaja anda boleh buang lemak di perut, malah anda juga boleh menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat.
Tak perlu sebarang peralatan khusus atau ke gym, jadikan sofa workouts ini sebagai alternatif untuk anda bersenam dan mengeluarkan peluh.
Ini 9 cara anda boleh lakukan sofa workouts di rumah sambil bersantai-santai di ruang tamu.
Tak perlu nak tunggu hujung minggu untuk buat sofa workouts ini. Boleh buat di waktu malam ketika anda sedang menonton tv. Jika anda ikut senaman ini langkah demi langkah secara konsisten, tidak mustahil anda mampu buang lemak di perut dan miliki perut rata yang anda idam-idamkan selama ini.
Pernah atau tidak anda bertanya mengapa setiap warna anggur itu berbeza? Adakah anda cakna tentang perbezaan itu atau terus ‘ngap’ sahaja kalau ada di depan mata?
Untuk pengetahuan pembaca, setiap buah-buahan mempunyai khasiat tersendiri termasuklah anggur tetapi uniknya anggur, khasiat itu terkandung berdasarkan warnanya :
1. Hitam keunguan untuk awet muda & jantung
Anggur yang berwarna hitam keunguan kaya dengan resveratrol yang bersifat antioksidan dan ia dihasilkan daripada biji anggur. Resveratol ini juga berfungsi sebagai zat yang dapat mencegah sel-sel kulit kita agar tidak cepat tua dan nampak awet muda. Selain itu, zat resveratol juga mampu menjaga tekanan darah dalam tubuh untuk mengalir stabil sekali gus melancarkan peredaran darah dan boleh menguatkan jantung. Dalam masa sama, anggur hitam keunguan ini turut boleh menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
2. Merah untuk antioksidan & lebarkan pembuluh darah
Anggur merah juga memiliki kandungan resveratrol yang sangat tinggi. Selain resveratrol, anggur merah mempunyai antioksidan yang cukup baik untuk kegunaan tubuh dan ia berfungsi sebagai zat untuk melindung tubuh daripada terkena serangan penyakit. Selain boleh meningkatkan sistem ketahanan tubuh, anggur merah juga dikatakan boleh melebarkan pembuluh darah sekali gus mengelak darah anda tersumbat.
3. Hijau untuk cegah radang & kuruskan badan
Anggur hijau juga memiliki antioksidan dan zat yang dapat mencegah kita daripada terkena radang atau pembengkakan dalam tubuh. Manfaat lainnya, anggur hijau dapat menghilangkan zat-zat berbahaya dari tubuh serta menurunkan berat badan anda untuk berat yang lebih ideal.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.