Senaman tekan tubi memang banyak manfaatnya. Selain menjadikan lengan anda mantap, senaman tekan tubi juga boleh membentuk otot dada tegap.
Walaupun tanpa menggunakan sebarang alatan, anda masih boleh melakukan senaman tekan tubi untuk menampakkan anda lelaki macho. Tak perlu ke gym, buat senaman tekan tubi ini di rumah.
Percayalah jika anda konsisten melakukan senaman tekan tubi, pasti membuatkan penampilan anda lebih segak apabila memiliki otot dada bidang dan tegap.
Ingin dapatkan otot dada tegap, pastikan anda buat 5 senaman tekan tubi ini.
Trik pertama dapatkan otot dada bidang adalah melakukan gerakan wide grip push-ups secara rutin. Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini mampu dilakukan dengan cara memposisikan badan seperti akan melakukan push-ups biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.
2. Clap push-ups
Gerakan ini bukan sahaja boleh jadikan menjadikan dada nampak bidang, ia juga membantu menambahkan otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-ups seperti biasa. Ketika tubuh berada pada posisi push, lakukan ups dengan tekanan kuat ke lantai sehingga tangan terlepas dari lantai, lalu tepukan tangan sebelum kembali pada posisi asal.
Tidak hanya pada dada bidang, gerakan push-ups ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-ups seperti biasa. Ketika anda berada pada posisi push, bengkokkan sebelah kaki ke tepi perut sehingga lutut sejajar dengan paha. Lakukan gerakan ini secara rutin dengan 30 kiraan untuk permulaan. Anda boleh lakukan 100 kiraan bagi yang sudah pro.
Ads
4. Knee push-ups
Jika anda inginkan dada bidang tanpa perlu ke gym, lakukan gerakan push-ups ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mulakan dengan gerakan push-ups seperti biasa. Ketika anda berada dalam posisi push, bengkokkan lutut hingga mendekati dada.
Terakhir adalah gerakan single leg raised push-ups. Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu ke gym. Cara melakukan gerakan ini sangat mudah. Posisikan tubuh anda seperti anda melakukan push-ups normal. Setelah itu, lakukan push-ups sambil sebelah kaki diangkat ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar anda mendapatkan otot dada tegap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda pasti sudah biasa lakukan push up, bukan? Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip melakukan close-grip push up!
Ia merupakan antara teknik push up yang paling berkesan membantu anda untuk ‘pump’ otot di bahagian tangan, bisep, trisep dan juga bahu. Tapi kalau ingin lakukannya biarlah dengan teknik yang betul agar boleh elak berlakunya kecederaan.
KEDUDUKAN POSTUR BADAN
Sebelum mula melakukan senaman anda perlu tahu bahawa setiap pergerakan memainkan peranan sangat penting. Melakukan push up dalam postur badan yang betul merupakan aspek yang perlu anda beri perhatian. Ini kerana ia mampu membuatkan senaman anda jauh lebih efektif.
Jadi ikuti teknik yang betul dengan beberapa langkah seperti berikut:
1. Kedudukan Badan
Untuk melakukan push up yang baik anda pertama sekali perlu pastikan badan dalam plank form yang baik. Lebih lurus badan anda lebih banyak beban yang perlu diangkat. Jadi mulakan dengan kedudukan badan atau plank lebih lurus, ketatkan bahagian perut dan pastikan ia kekal sepanjang senaman,
2. Diamond Bukanlah Segalanya
Ramai orang suka melakukan push up dengan merapatkan kedua-dua belah tangan bersama dan melakukan bentuk ‘diamond’. Jangan lakukan perkara seperti ini. Otot trisep anda bertanggungjawab meregangkan tangan hingga ke bahagian siku.
Jadi apa yang perlu anda titik beratkan ialah memastikan kedudukan siku tidak terlalu rapat dengan bahagian dada. Set tangan anda sedikit rapat berbanding lebar bahu.
3. Rapatkan Siku
Elemen paling penting dalam melakukan push up close grip yang berkesan ialah apa yang anda lakukan dengan bahagian siku. Untuk memastikan trisep melakukan press up dengan betul, anda perlu pastikan bahagian dada tidak terlalu terdedah dengan tekanan.
Ia boleh dilakukan dengan memastikan bahagian siku anda terletak rapat ke bahagian torso semasa merendahkan badan ketika push up.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara seorang lelaki membawa diri. Dia perlu tahu apa yang dia mahukan dalam hidup.
Bila bermula
Bermula sejak lapan tahun yang lalu. Saya melakukan aktiviti kecergasan bagi meningkatkan stamina dan prestasi sukan. Saya sangat aktif dengan sukan kayak, di mana saya selalu memasuki pertandingan yang berkaitan sukan ini seperti kayak sprint 500m dan kayak marathon. Syukur saya berhasil memenangi acara kayak 500m Double sebagai johan pada tahun 2008. Saya juga mendapat tempat ke-8 Men Physique kategori 170cm ke-atas semasa Battle of The Freak, lewat Disember, 2015.
RUTIN HARIAN
7 am – Sarapan Oatmeal + 5 biji telur
8 am – Kardio (40 minit)
9 am – Protein shake
12 noon – Ayam kukus bersama brokoli + kentang lecek
3pm – Almond/Kekacang
5pm – Weight training
6pm – Protein shake
8pm – Grill Fish bersama bayam
AWARENESS
80% peratus hasil kecergasan kamu datang dari cara pemakanan kamu. Senaman dan diet yang seimbang boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan. Kamu tidak boleh bersenam dengan corak pemakanan yang salah. Harus selalu ingat, kecergasan bukan semata-mata kamu mengeluarkan peluh ketika bersenam, makanan juga harus kamu pantau. Di sini saya tekankan sekali lagi, diet pemakanan yang seimbang sangat penting. Apa yang kamu makan, adalah hasil yang kamu lihat. Tiada jalan pintas dalam dunia kecergasan, hanya kerja keras dan dedikasi pada seluruh tubuh dan badan.
INSPIRASI DAN IDOLA
Saya lalui banyak perbezaan dari segi fizikal dan mental berkat asuhan ibu saya, Che Zaipah Bt Abdul Mutalib. She is such a strong woman. Seorang yang penyayang dan ambil berat dalam semua perkara. Sejak dari kecil saya selalu memandang tinggi keperibadian dia. Ibu saya memberi saya inspirasi. I love you mommy.
TIP DAN NASIHAT
Mengambil banyak masa dan kerja keras untuk menjadi diri saya sekarang. If u want to be a wolf, join the wolf pack. Maksud saya, berlatihlah bersama orang-orang yang punyai semangat dan sasaran keputusan yang sama dengan kamu. Pasti perjalanan kecergasan kamu jadi seperti tidak terasa dan lebih cepat kamu menggapainya.
Nasihat saya pula, jika kamu mahu atau baru-baru memasuki dunia kecergasan, kamu harus punya sifat sabar dan tabah. Set gol ikut kemampuan, kuatkan azam dan teruskan latihan tanpa putus asa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman push up merupakan senaman yang menjadi satu rutin yang cukup popular di kalangan penggemar senaman. Apa tidaknya ia mampu memberikan banyak kelebihan kepada sesiapa yang mengamalkannya setiap hari.
Tapi MASKULIN tahu ramai di antara anda sering tergendala hasrat untuk mulakan aktiviti senaman. Alasan biasa yang selalu kita dengar ialah tak sempat dan tak ada masa. Sibuk dengan kerja dan kegiatan harian. Walaupun sebenarnya tidak perlu ambil masa lama pun untuk lakukan senaman.
Tapi jika anda tak mulakan sampai bila-bila pun tak akan jadi.
Buat anda yang ingin mula bersenam mungkin boleh mulakan dengan senaman ini. Tak perlu banyak, hanya lakukan sebanyak 10 push up setiap hari sahaja selama sebulan beturut-turut.
MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental.Di antara kesan utamanya ialah teras badan menjadi semakin kuat dan stabil. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!
LEBIH BERTENAGA
Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 10 rep, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’.
Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.
PUSH UP PERUBAHAN LUARAN
Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.
BADAN LEBIH KUAT
Antara kelebihan melakukan senaman ini adalah ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda.
Ramai orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 10 kali selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.
JADI MAKIN SENANG
Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah senaman kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.
MENTAL LEBIH TENANG
Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.
Anda boleh dapatkan peralatan senaman pada harga berpatutan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.