Masalah sukar tidur malam perlu diatasi pada peringkat awal. Bukan apa, risau kalau melarat ia boleh jadi seperti penyakit insomnia pula.

Tambahan pula berdasarkan trend hari ini, golongan dewasa sememangnya kurang mendapatkan tidur yang berkualiti kerana pelbagai faktor.

Selain stress pada hari bekerja yang membawa ke malam, jadual pemakanan yang tidak teratur juga menjadi antara penyebab yang utama.

Namun begitu anda tidak perlu risau kerana menerusi entri ini, Maskulin ingin berkongsi 5 senaman ringan yang boleh anda lakukan untuk bantu anda tidur nyenyak :

1. Modified Hurdler Stretch

5 Senaman Ringan Ini Boleh Buatkan Anda Dapat Tidur Yang Sangat Lena & Nyenyak

Ads

Regangan ini baik untuk mereka yang duduk lama ketika berada pejabat. Regangan ini juga berfungsi untuk melepaskan tekanan pada bahagian otot pinggang serta pinggul. Lakukan seperti gambar di atas, bernafaslah perlahan dan tahan selama 30 saat.

2. Kneeling Hip Flexor Stretch

5 Senaman Ringan Ini Boleh Buatkan Anda Dapat Tidur Yang Sangat Lena & Nyenyak

Regangan ini bagus kepada anda yang banyak menghabiskan masa duduk diatas kerusi. Ini kerana regangan tersebut memberi tumpuan pada bahagian pinggul. Otot pada bahagian tersebut boleh menjadi kejang dan tegang. Mulakan dengan cara berlutut, kemudian bawa satu kaki ke hadapan dan sebelah ke belakang. Pastikan keadaan lutut bersudut 90 darjah (rujuk gambar). Tahan selama 30 saat dan lakukannya dengan bertukar-tukar kaki.

Ads

3. Lying Piriformis Stretch

5 Senaman Ringan Ini Boleh Buatkan Anda Dapat Tidur Yang Sangat Lena & Nyenyak

Anda sering sakit belakang dan berasa tidak selesa setiap kali baring? Cuba lakukan regangan yang boleh memperbaiki sudut belakang sekali gus memberi tidur yang nyenyak. Baring lurus dan angkat kaki kanan anda melepasi kaki kiri. Pastikan kaki kanan anda bersudut 90 darjah tahan selama 30 saat. Anda akan rasa sedikit tarikan dari otot pinggul dan pinggang. Ulangi rutin yang sama untuk kaki kiri.

4. Cat/Cow

5 Senaman Ringan Ini Boleh Buatkan Anda Dapat Tidur Yang Sangat Lena & Nyenyak

Ads

Regangan mudah ini boleh memulihkan kestabilan teras dan tulang belakang anda. Lakukan kedudukan seperti gambar diatas, tegakkan tangan dan lutut anda. Setiap kali anda mengangkat dan turun bahagian abdomen pastikan menghembus nafas secara perlahan-lahan. Lakukan dengan 20 kali pernafasan.

5. Extended Cone Stretch

5 Senaman Ringan Ini Boleh Buatkan Anda Dapat Tidur Yang Sangat Lena & Nyenyak

Mulakan dengan bukaan kaki yang sesuai dengan saiz pinggang. Angkat tangan anda seperti didalam gambar. Tarik nafas dalam kemudian lenturkan keseluruhan badan ke kiri. Hembus nafas setelah kembali ke rutin yang pertama. Setiap lenturan biarkan anda merasa setiap tegangan otot. Ulangi rutin ini tiga kali secara bergilir-gilir.

Selamat mencuba!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI