Pernah tak korang rasa susah nak tidur walaupun mata dah tak larat nak berjaga? Masalah ini juga dinamakan insomnia, ia sering kali berlaku dikalangan orang dewasa akibat daripada sukar untuk dapatkan waktu tidur yang berkualiti.Mungkin juga akibat daripada stress, pemakanan dan jadual aktiviti yang padat.
Luangkan 30 minit sebelum tidur untuk rilekskan otot dengan lima regangan yang kami kongsikan ini.
TIPS: Lalukan diatas permukaan rata seperti lain. Jangan terlalu memaksa, lakukan dengan rileks dan bernafas perlahan-lahan.
Baik untuk mereka yang duduk lama ketika di pejabat untuk melepaskan tekanan dibahagian otot pinggang dan pinggul. Lakukan seperti gambar diatas, nafas perlahan dan tahan selama 30 saat.
Regangan ini juga bagus untuk yang banyak menghabiskan masa duduk diatas kerusi, ia beri tumpuan pada bahagian pinggul. Otot bahagian tersebut boleh menjadi kejang dan tegang. Mulakan dengan berlutut, kemudian bawa satu kaki kehadapan dan sebelah kebelakang. Pastikan keadaan lutut bersudut 90 darjah (rujuk gambar). Tahan selama 30 saat dan lakukannya dengan bertukar-tukar kaki.
Anda sering sakit belakang dan berasa tidak selesa setiap kali berbaringan? Cuba lakukan regangan yang boleh memperbaiki sudut belakang sekaligus memberi tidur yang nyenyak. Baring lurus dan angkat kaki kanan anda melepasi kaki kiri. Pastikan kaki kanan anda bersudut 90 darjah tahan selama 30 saat. Anda akan rasa sedikit tarikan dari otot pinggul dan pinggang. Ulangi rutin yang sama untuk kaki kiri.
Regangan mudah ini boleh memulihkan kestabilan teras dan tulang belakang anda. Lakukan kedudukan seperti gambar diatas, tegakkan tangan dan lutut anda. Setiap kali anda mengangkat dan turun bahagian abdomen pastikan menghembus nafas secara perlahan-lahan. Lakukan dengan 20 kali pernafasan.
Mulakan dengan bukaan kaki yang sesuai dengan saiz pinggang. Angkat tangan anda seperti didalam gambar. Tarik nafas dalam kemudian lenturkan keseluruhan badan ke kiri. Hembus nafas setelah kembali ke rutin yang pertama. Setiap lenturan biarkan anda merasa setiap tegangan otot. Ulangi rutin ini tiga kali secara bergilir-gilir.
Cubalah!