5 Senaman Mampu Kuatkan Stamina Lelaki Jadi Lebih Mantap & ‘Tahan Lama’

Share

Seperti mana yang anda mungkin sudah sedia maklum melakukan senaman merupakan salah satu cara untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Selain amalan diet yang baik dan rehat yang mencukupi, rutin senaman telah terbukti mampu memberikan kualiti hidup yang baik.

Tapi tahukah anda selain kesihatan tubuh badan melakukan senaman juga mampu emmbantu and amendapatkan stamina yang baik serta tahan lama apabila melayari bahtera bersama isteri?

Perkara ini mungkin ramai sudah tahu tapi tidak jelas apakah bentuk senaman ringkas yang mampu membantu mendapatkan kualiti hubungan intim yang baik.

Menurut pakar psikologi dan pelatih kecergasan terkenal Amerika Syarikat on Exercise (AS), Pete McCall lelaki tyang bersenam tiga hingga enmpat kali seminggu mampu membantu meningkatkan stamina.

Malah tambahnya lagi mereka yang rajin bersenam juga boleh mempelbagaikan teknik, fleksibiliti badan dan juga ketahanan yang lebih lama. Berikut lima jenis senaman yang disarankan oleh beliau untuk lelaki amalkan bagi memantapkan stamina dan skil mereka apabila bersama pasangan.

ANGKAT BERAT

Melatih diri untuk menguatkan kekuatan badan mampu meningkatkan stamina. Sebagai contoh senaman angkat berat. Senaman seperti ini mampu merangsang badan untuk mengeluarkan hormon testosteron (hormon utama dorongan seksual lelaki).

Senaman pendek berintensiti seperti angkat berat ini menguatkan teras badan, lengan, dada dan juga tangan.

KEGELS

Ini merupakan antara senaman yang sering disebut-sebut apabila membicarakan tentang isu ini. Senaman Kegels sangat baik dilakukan untuk memperbaiki kualiti hubungan intim kerana ia membantu ketahanan dan mengawal otot pubucoccygeus – otot membantu anda menahan air keci.

Dinamakan sempena nama pakar perubatan, Arnold Kegel, senaman ini juga menguatkan otot lantai pelvik yang berperanan cukup penting untuk prestasi lebih mantap. Bentuk senaman ini juga mampu memberikan lelaki kelebihan mengawal atau melambatkan ejakulasi ketika bersama pasangan.

YOGA

Kebiasaan senaman ini majoritinya popular di kalangan wanita. Namun tahukah anda yoga juga sangat baik untuk kesihatan dalaman lelaki. Melakukan yoga dalam pelbagai gerakan penuh fleksibiliti membantu kekuatan dan stamina ketika melakukan hubungan intim.

Malah ada pakar berpendapat banyak gerakan di dalam senaman yoga mampu menguatkan otot pelvik seperti Bow Pose, Peacock Pose dan Shoulder Stand.

FAST WALKING

Dalam satu kajian dilakukan terhadap 31,000 responden lelaki berusia 50 tahun ke atas oleh Harvard mendapati senaman aerobik mampu merendahkan 30 peratus risiko disfungsi erektil.

Manakala dalam kajian berlainan mendapati aktiviti aerobik yang membakar sekurang-kurangnya 200 kalori sehari boleh merendahkan risiko masalah tersebut. Aktiviti seperti fast walking sebagai contohnya mampu membantu lelaki mendapatkan stamina dan kualiti hubungan intim yang jauh lebih baik.

Artikel Berkaitan: Uban Simbol Lelaki Matang, Kacak & Berkarisma, Jadi Tak Perlu Cabut Pun!

BERENANG

Manakala dalam satu kajian berbeza oleh Harvard terhadap 160 perenang lelaki dan wanita dalam usia 60-an mendapati kualiti hubungan intim dalam hidup mereka lebih baik berbanding mereka yang secara amnya pada usia 40-an.

Aktiviti renang jarak jauh sebagai contohnya mampu melatih diri menjadi lebih tahan lasak dan bertahan lama. Melakukan senaman 30 minit sebanyak tiga kali seminggu pun sudah cukup untuk membantu meningkatkan stamina hubungan intim.

Jadi marilah kita semua bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Jom subscribe YouTube MASKULIN!

Sumber: everydayhealth.com

Published by
Farizul Izwany Ibrahim