5 Senaman Efisien Mampu Singkirkan Lemak Bahagian Abdomen, Buat Sambil Baring Pun Boleh!

Share

Selepas kahwin saja badan terus naik.

Ini bukan tahyul ya. Ini memang hakikat yang ramai lelaki berusia 30 hingga 40-an hadapi. Apa puncanya?

Pertama sebab hati sudah banyak happy. Kedua, mungkin makan tak jaga dan ketiga sebab kurang bersenam. Masalah ‘boroi’ ini juga tidak muncul tiba-tiba. Ia berlaku secara perlahan-lahan. Setiap bulan berat naik sedikit demi sedikit. Sedar tidak sedar perut sudah ke depan.

Namu usahlah anda risau. Setiap masalah itu pasti ada jalannya. Masih tidak terlambat untuk kembalikan bentuk badan seperti mana anda belum kahwin dahulu.

Man photo created by master1305 – www.freepik.com

Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah boroi namun yang terbaik ialah dengan mengubah gaya hidup. Salah satunya ialah melakukan senaman. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 jenis senaman yang mampu membakar lemak di bahagian abdomen atau perut sambil anda baring saja!

Knees Up Crunch

Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada.

Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.

Crisscross

Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.

Flutter Kicks

Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.

Cross Crunch

Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan.

Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.

Legs Lower

Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara.

Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.

Jangan lupa untuk cuba ya! Jom subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim