Dengar cerita Marvel Studio akan lancarkan semula filem ‘Avengers: Endgame’ dengan menambah sedikit babak after kredit yang baru?
Wah, nampaknya team pemasaran Marvel Studio benar-benar ingin menjadikan filem ini seagai yang terlaris dalam sejarah. Dilaporkan juga ia kini sudah tidak jauh berbanding dengan filem terlaris sebelum ini iaitu ‘Avatar’.
Pemergian Tony Stark selaku Iron Man dan Steve Rodgers sebagai Captain America pastinya sangat dirasai. Sebagai sebuah tribute, MASKULIN ingin kongsikan 5 jenis senaman yang mampu anda buat untuk dapatkan lengan, otot bisep dan trisep seperti Captain America.
Nak tahu bagaimana?
Bertenang, relaks dan tarik nafas serta ikuti step di bawah! Avengers, assemble!
1. Curls
Bagaimana nak lakukan gerakan ini? Bertenang, gerakan curls ini dapat membentuk otot lengan dengan anda menggunaka barbel atau dumbel. Untuk permulaan, mulakan dengan beban yang ringan. Pastikan posisi barbel pada kedua sisi tubuh, lalu gerakkan beban ke arah dada.
Ketika mengangkatnya sila jangan gerakkan siku. Pastikan juga siku tetap berada di sisi tubuh. Lakukan gerakan ini sebanyak 12 kali. Selain itu, gerakan ini dapat divariasikan dengan curls yang lain. Caranya dengan menekuk siku, lalu menarik beban ke bahagian dada. Ulanginya juga sebanyak 12 kali.
BACA: Usah Jadi Sado Berkaki Kecil, 5 Senaman Ini Mampu Bantu Dapat Kaki Menarik!
2. One-leg rear-delt raise
Pilih barbell berat antara 2 atau 3 kilogram. Posisikan badan anda mendepakan ke dua belah tangan dengan beban barbel. Angkat satu kaki ke belakang sambil condongkan tubuh ke depan. Tahan posisi tubuh sejajar dan lurus dari kepala hingga kaki. Selepas itu buat gerakan seperti burung gerakkan sayap sebanyak antara 10 ke 15 kali.
3. Push up
Ini senaman paling asas dalam senaman namun mempunyai impak yang sangat baik. Ia bukan hanya mampu membakar kalori, tetapi ia juga menjadi salah satu cara untuk anda membesarkan otot lengan dengan efektif.
4. Angkat lengan & kaki arah berlawanan
Dalam keadaan badan anda berlutut dengan posisi tangan menyentuh lantai sejajar bahu dan lutut sejajar pinggul. Angkat kaki kiri lurus ke belakang dan gerakkan lengan kanan lurus ke depan. Tahan selama lima saat kemudian lakukan gerakan sama dengan kaki kanan dan lengan kiri. Ulang kira-kira 15 kali.
5. Triceps down dog
Mula-mula posisikan badan anda seperti hendak melakukan plank dengan kedua telapak tangan serta jari-jari kaki menyentuh lantai. Kemudian letakkan kedua siku ditekuk untuk menopang tubuh dalam posisi lurus. Naikkan sedikit pinggul dan dan lengan lurus. Ketika menaikkan pinggul cuba pastikan tapak kaki menyentuh lantai. Cuba tahan selama beberapa saat meudian kembalikan kepada posisi asal seperti plank. Anda boleh ulang gerakan ini sebanyak 10 kali.
Bagaimana, anda rasa boleh cuba senamam di atas? Untuk pengetahuan anda selain dapat melatih kekuatan otot, ia juga berguna dalam untuk menurunkan risiko terjadinya penyakit kronik seperti osteoporosis, arthritis, sakit punggung, dan bahkan depresi. Tapi jangan lupa juga untuk seimbangkan senaman dengan diet yang seimbang dan sihat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Elak Putus Asa Di Tengah ‘Fitness Journey’, Cuba Langkah Ini
Berapa ramai daripada anda yang pernah mendaftar keahlian di gim, namun akhirnya menjadi sia-sia kerana tidak dimanfaatkan?
Perkara ini bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana memang ramai individu yang ingin mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat.
Tetapi, ramai juga yang tidak mampu untuk terus kekal dalam perubahan tersebut. Kebanyakannya ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.
Jika anda tidak mahu menjadi salah seorang seperti itu, mungkin langkah-langkah ini boleh membantu anda.
Tetapkan ‘Big Why’ Anda
Apabila ditanya mengapa anda mahu bersenam, ramai yang memberi jawapan yang hampir serupa. Kebanyakannya memberi jawapan ingin membina keyakinan diri. Namun adakah itu benar-benar sebabnya?
Setiap individu pasti mempunyai alasan yang berbeza-beza.
Ada yang disebabkan ingin menceburi sukan bina badan, ada yang ingin memohon pekerjaan yang memerlukan mereka mempunyai bentuk badan tertentu, ada pula yang disebabkan trauma menjadi bahan ejekan orang sekeliling, malah ada yang sekadar mahu mengisi masa lapang.
Sebab-sebab yang spesifik sebeginilah sebenarnya ‘Big Why’ anda yang akan membuatkan anda terus kekal konsisten selagi anda belum mencapai tujuan hasrat anda.
Walau apa pun sebabnya, anda tidak sepatutnya berasa malu dengannya kerana ‘Big Why’ inilah punca motivasi sebenar anda.
Cari Aktiviti Digemari
Apabila anda sudah jelas dengan matlamat anda, maka ini lah saatnya untuk anda mencuba aktiviti yang anda gemari.
Ramai yang kecundang di tengah jalan kerana merasa terbeban dengan aktiviti yang dilakukan.
Setiap orang tidak diciptakan untuk menyukai perkara yang sama. Sedangkan citarasa makanan, hiburan dan jodoh juga berbeza-beza, apatah lagi aktiviti harian.
Sesetengah orang mungkin tidak gemar aktiviti berjoging. Oleh itu, mereka boleh mencuba aktiviti lain seperti berzumba atau berbasikal.
Tidak semua individu yang ingin melatih otot pula gemar menangkat bebanan di gim, maka mereka mempunyai pilihan untuk melakukan senaman kalistenik di taman atau di rumah.
Apabila anda menemui aktiviti yang dekat dengan jiwa anda, barulah anda mampu menjalani setiap sesi latihan tanpa merasa terbeban.
Cari Sahabat Seperjuangan
Kebanyakan individu terpaksa menempuh perjuangan membina kecergasan diri secara berseorangan. Alangkah baiknya jika sahabat kita juga turut bersama dalam menempuh perjuangan itu.
Bagaimanapun, perkara itu jauh dari realiti kebanyakan orang.
Tidak semua orang mempunyai minat dan matlamat yang sama, begitu juga dengan sahabat. Beruntung bagi segelintir yang mempunyai sahabat bersama-sama mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat, namun tidak bagi segelintir yang lain.
Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa menjauhkan diri dari sahabat kerana keenganan mereka untuk turut serta mengubah gaya hidup.
Maka, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari sahabat baharu di dalam dunia kecergasan.
Bukanlah bermaksud anda perlu memutuskan persahabatan sedia ada, cukup sekadar membina persahabatan yang baharu untuk meneruskan perjuangan anda.
Di saat anda ingin bersenam, anda sudah pun mempunyai sahabat baharu. Apabila anda ingin bersantai pula, sahabat sedia ada anda sentiasa mengalu-alukan anda.
Tidak salah untuk mempunyai ramai sahabat bukan? Sekurang-kurangnya, tidaklah anda berasa sunyi dalam menempuh perjuangan kecergasan anda.
Rancang Kewangan
Tidak semua aktiviti kecergasan memerlukan bayaran yang mahal. Namun tidak salah untuk bersiap sedia.
Penting untuk anda mengkaji jenis aktiviti kesukaan anda agar mudah untuk anda kenal pasti sama ada aktiviti itu melibatkan kos tertentu atau tidak.
Jika ya, penting juga untuk mengetahui sama ada kosnya berbentuk sekali bayar ataupun tanggungan berterusan secara bulanan.
Misalnya, yuran keahlian di gim perlu dibayar setiap bulan. Pengambilan makanan harian anda juga akan berubah dan secara tidak langsung memberi impak kepada perbelanjaan harian anda.
Itu belum termasuk jika anda perlu mengambil makanan tambahan seperti minuman protin yang tidak murah harganya.
Jika anda sudah mengambil kira semua aspek perbelanjaan ini, lebih mudah untuk anda mengekalkan komitmen terhadap aktiviti kecergasan anda tanpa risiko terkandas di tengah jalan dengan alasan tidak mampu untuk terus menanggung kos perubahan gaya hidup berkenaan.
Bersabar
Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dengan kecergasan. Kebanyakan individu berhenti separuh jalan kerana letih menunggu hasil yang tidak kunjung tiba.
“Rome was not built in a day”, sebelum anda memulakan perjalanan anda dalam dunia kecergasan, penting untuk anda tanamkan di dalam fikiran anda yang perjalanan itu merupakan suatu perjalanan yang jauh.
Tidak begitu realistik untuk anda menjangkakan hasil yang anda harapkan dapat dicapai dalam jangka masa yang singkat. Tempoh beberapa bulan pertama anda itu bukanlah untuk anda meraih hasil yang jelas dilihat.
Sebaliknya, tempoh itu hanyalah untuk anda membina rutin baharu dan menjadikannya sebagai suatu kebiasaaan.
Untuk mengubah gaya hidup, ia perlu dilakukan secara berterusan. Tidaklah ia dipanggil sebagai ‘gaya hidup’ seandainya ia tidak kekal dalam kehidupan anda. Jika ia begitu mudah pasti sudah ramai yang mempunyai tahap kecergasan yang mantap, bukan? Be patient and enjoy the process, hasilnya akan tiba kelak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mahu Sertai Ultimate Reds battle Fun Run 2019? Ini 5 Tips Yang Perlu Anda Tahu!
Adakah anda penyokong tegar pasukan bola sepak dunia Manchester United dan Liverpool? Jika ya, anda harus tahu bahawa pada 23 Februari hadapan akan berlangsungnya Ultimate Reds Battle Fun Run 2019.
Acara yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dijangka akan menyaksikan seramai 5,000 penyokong kedua-dua pasukan berentap dalam aktiviti larian.
Larian? Mengapa bukan permainan bola sepak?
Menjawab persoalan di atas, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Fivers Global, Rabiatul Adawiyyah Izzadin mewakili pihak penganjur memaklumkan, objektif utama Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 adalah berteraskan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.
“Jadi, bukan sukan bola sepak sahaja boleh mengeratkan hubungan silaturahim malah acara larian sebegini turut memberi manfaat yang sama,” katanya.
Lima manfaat melalui aktiviti larian
Ujar Ahmad Azman Ibrahim yang merupakan pengarah projeknya, selain peminat kedua-dua pasukan itu dapat bertemu dan membina jaringan rakan baharu, pihak penganjur berharap para peserta akan turut menikmati empat manfaat seperti :
1. Berlari boleh mengeluarkan peluh
2. Membantu darah dalam tubuh mengalir lancar
3. Menyokong peserta yang sedang melakukan rutin untuk kuruskan badan
4. Menggalakkan orang ramai berlari demi kehidupan yang lebih sihat
5. Menguatkan sendi dan otot untuk berkerja dengan lebih baik
Ahmad Azman memberitahu, jika ada individu yang teringin untuk berlari tetapi berasa segan kerana ketiadaan rakan sebagai peneman, maka inilah masa yang sesuai untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Persiapkan diri dengan latihan asas
Dalam pertemuan yang sama, Presiden Red Army Malaysia, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, peserta yang ingin menyertai Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 harus mempersiapkan diri dengan melakukan :
1. Latihan larian atau jogging paling kurang 10,000 langkah dalam masa sehari
2. Biasakan diri dengan aktiviti memanaskan badan untuk elak tubuh mudah cramp
3. Atasi kecederaan anggota tubuh yang boleh memberi kesan kepada larian
4. Utamakan kesihatan diri kerana kesihatan yang terjejas akan mempengaruhi rutin larian
5. Latihan boleh menguatkan jantung sekali gus melancarkan perjalanan darah
Dengan memastikan persediaan rapi sebegini dibuat, peserta yang menyertai larian yang dianjurkan akan kurang terdedah kepada risiko kecederaan pada saat-saat akhir.
Acara yang rare!
Menurut Editor Sukan Sinar, Izahar Atan, Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 merupakan sebuah acara sukan santai yang rare kerana ia melibatkan kedua-dua penyokong pasukan bola sepak dunia Manchester United dan Liverpool.
“Semua orang tahu bahawa Manchester United dan Liverpool tidak pernah sebulu namun menerusi acara ini, kita memberikan gambaran yang sebaliknya.
“Menariknya lagi, seluruh dunia turut akan mendapat tahu bahawa Malaysia sedang mengajurkan sebuah acara sukan yang sangat berprestij,” katanya.
Boleh pilih 4 kategori yang diminati
Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 menawarkan empat kategori pilihan larian seperti 3km, 5km 10km serta virtual run.
Harga bagi setiap individu untuk tiga jarak tersebut adalah RM80 dan jika penyertaan adalah secara berkumpulan, kadarnya cuma RM75 sahaja bagi setiap orang.
Untuk virtual run pula, caj yang dikenakan adalah RM90 dan kesemua pendaftaran untuk kategori ini boleh dibuat menerusi laman www.ultimateredsbattle.com.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Awas! Lelaki Boleh Kena Kanser Payudara
[et_pb_section admin_label=”Section” global_module=”53″ fullwidth=”on” specialty=”off” transparent_background=”off” allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off”][et_pb_fullwidth_post_title global_parent=”53″ admin_label=”Fullwidth Post Title” title=”on” meta=”on” author=”on” date=”on” categories=”off” comments=”off” featured_image=”on” featured_placement=”background” parallax_effect=”on” parallax_method=”off” text_orientation=”center” text_color=”dark” text_background=”on” text_bg_color=”rgba(255,255,255,0.9)” module_bg_color=”rgba(255,255,255,0)” title_all_caps=”off” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”] [/et_pb_fullwidth_post_title][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”2_3″][et_pb_image admin_label=”Main Image ” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”left” force_fullwidth=”on” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/05/cancer.jpg”] [/et_pb_image][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]
Seorang lelaki berumur 61 tahun mendapati terdapat bengkak pada bahagian payudara kiri beliau sejak 3 tahun yang lalu. Namun, beliau tidak pernah pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Sejak enam bulan kebelakangan ini, beliau telah mengalami batuk yang kronik dan hasil daripada ujian x-ray dada beliau, terdapat tanda ketumbuhan yang telah merebak.
Setelah ujian biopsi ke atas payudara beliau dijalankan, hasil ujian menunjukkan bahawa pesakit tersebut mengalami kanser payudara. Pesakit dan keluarga sangat terkejut dengan hasil diagnosa tersebut kerana beranggapan bahawa barah payudara hanya boleh terjadi pada golongan wanita sahaja.
Lantaran barah payudara sangat jarang berlaku dalam kalangan kaum Adam, soalan seperti ”Bolehkah lelaki mendapat kanser payudara? “ terus menjadi persoalan. Kadar kes golongan lelaki mendapat kanser payudara dianggarkan kurang dari 1% daripada semua kes kanser payudara yang dilaporkan.
Lelaki memang pada umumnya mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mendapat kanser payudara, tetapi jika terdapat perubahan pada payudara, mereka harus segera berjumpa doktor untuk memastikan bahawa ianya bukan kanser.Ciri – ciri kanser payudara lelaki mempunyai banyak persamaan dengan kanser payudara wanita, namun masih terdapat perbezaannya. Walaupun jumlah kes kanser payudara dalam kalangan lelaki di Malaysia masih amat kecil tetapi penting untuk diberi perhatian kerana kanser payudara merupakan kanser yang boleh membawa maut.
Kebanyakan lelaki yang menghidap barah payudara didapati hanya datang mendapatkan rawatan apabila barah yang dihidapi sudah berada pada paras kritikal. Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak mendapat maklumat yang tepat atau pendedahan sewajarnya tentang penyakit ini. Barah payudara lelaki juga lebih cepat merebak dan menjadi parah kerana struktur payudara lelaki yang jauh lebih kecil berbanding dengan payudara wanita.
Kanser payudara selalunya berlaku pada lelaki berusia dalam lingkungan 60-70 tahun. Walau bagaimanapun, kes kanser payudara telah dilaporkan adalah melibatkan pesakit yang berusia dalam lingkungan 5-93 tahun. Kadar kes kanser payudara dalam kalangan lelaki telah menunjukkan peningkatan lebih dari 20% dalam tempoh masa 25 tahun.
[/et_pb_text][et_pb_text admin_label=”Quote” background_layout=”light” text_orientation=”center” text_font=”Droid Serif||on||” text_font_size=”25″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”20px||20px|”]
”Bolehkah lelaki mendapat kanser payudara? “ terus menjadi persoalan. Kadar kes golongan lelaki mendapat kanser payudara dianggarkan kurang dari 1% daripada semua kes kanser payudara yang dilaporkan.
[/et_pb_text][et_pb_image admin_label=”Image ” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”left” force_fullwidth=”on” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/05/image-1.jpg”] [/et_pb_image][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]
Penyebab barah payudara bagi lelaki tidak diketahui dengan jelas, tetapi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor.
Antara faktor-faktor yang meningkatkan risiko lelaki untuk mendapat kanser payudara.
1: Faktor umur lanjut (60-70 tahun)
2: Sejarah terkena sinaran radiasi sama ada disebabkan musibah atau untuk rawatan
3: Pendedahan terhadap hormon estrogen
4: Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap barah payudara
5: Faktor genetik – BRCA 2 gen
6: Sindrom genetik – Klinefelter’s dimana pesakit membawa genetic XXY (risiko naik 50 kali ganda)
7: Pengambilan alkohol, penyakit hati, obesiti, dan pemakanan semuanya telah dicadangkan sebagai faktor, namun hasil-hasil kajian tidak menunjukkan keputusan yang konsisten.
Apakah pula tanda-tanda seseorang lelaki itu menghidap kanser payudara?
Tanda-tandanya lebih kurang sama dengan tanda-tanda yang dialami oleh wanita yang menghidap kanser payudara. Kaum lelaki mempunyai payudara yang lebih kecil daripada wanita, oleh itu mereka lebih mudah untuk membuat pemeriksaan sendiri di rumah. Sekiranya terdapat simptom-simptom berikut segeralah berjumpa dengan doktor anda.
Tanda-tanda barah payudara bagi lelaki:
– Penemuan ketulan atau berlakunya penebalan kulit payudara.
– Darah keluar dari puting (cecair jernih selalunya tidak berbahaya)
– Puting tertarik kedalam – Keadaan ini mungkin normal dan semula jadi bagi sesetengah wanita. Walau bagaimanapun sekiranya keadaan ini baru berlaku dan terjadi tanpa sebab, anda haruslah berjumpa doktor dengan segera.
– Ruam merah di bahagian puting dan sekitar kulit juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara (Paget’s Disease)
Bengkak kelenjar limfa di ketiak
Tanda-tanda penyakit metastatik (merebak) ke otak, tulang ,hati dan paru-paru.
Perlu ditekankan di sini bahawa kanser payudara cepat merebak melalui salur darah dan salur limfa kerana lelaki mempunyai tisu lemak payudara yang lebih kecil berbanding wanita.
Kebanyakan lelaki sihat yang mengalami bengkak pada payudara mereka, adalah disebabkan oleh penyakit ginekomastia (bengkak tidak berbahaya). Untuk membezakan antara kanser payudara atau penyakit ginekomastia, ujian mammogram dan ultrasound boleh dijalankan. Selepas itu, ujian biopsi mesti dijalankan untuk mengesahkan penyakit tersebut.
Apakah kaedah rawatan bagi pesakit barah payudara lelaki?
Kaedah rawatan bagi lelaki yang menghidap barah payudara adalah sama seperti rawayan yang diberikan kepada pesakit wanita. Oleh kerana penyakit ini sangat jarang berlaku pada lelaki, maka tidak banyak kajian saintifik yang dapat dijalankan.
Kebanyakan cara rawatan yang diberikan adalah hasil dari kajian saintifik yang telah dijalankan ke atas pesakit-pesakit kanser payudara wanita. Rawatan-rawatan ini dapat meningkatkan jangka hayat pesakit terutama kepada mereka yang dikesan berada pada peringkat serius. Rawatan yang mungkin akan diberikan terdiri daripada pelbagai kaedah (multimodality) iaitu:
Pembedahan – membuang kesemua bahagian payudara (mastektomi) berserta mengeluarkan kelenjar limfa di ketiak
Rawatan kemoterapi – bergantung kepada tahap keseriusan penyakit tersebut. Rawatan ini bertujuan untuk memastikan bahawa sel-sel kanser yang telah merebak di dalam badan dihapuskan.
Rawatan radioterapi pada bahagian dada – mengurangkan kemungkinan kanser daripada berulang (local recurrence)
Rawatan hormon – dengan memberi pesakit memakan pil tamoxifen sebiji sehari selama lima tahun.
Rawatan sasaran – rawatan antibodi yang digunakan untuk menyerang reseptor-reseptor di permukaan sel kanser lalu membunuhnya.
Dengan terapi dan rawatan tambahan yang mencukupi, kelangsungan hidup dalam jangkamasa 5 tahun adalah di antara 80% hingga 100% untuk pesakit kanser payudara tahap satu, 65% hingga 80% bagi tahap dua , 25% hingga 60% untuk tahap tiga , dan diantara 0% hingga 25% untuk pesakit kanser payudara tahap empat.
Tiada cara untuk mencegah kanser daripada berlaku tetapi kita dapat mengurangkan risiko daripada menghidapinya dengan menjalani cara hidup yang sihat. Pengesanan awal sangat penting kerana barah payudara dapat dirawat dengan lebih mudah sekiranya sekiranya Berjaya dikesan pada peringkat awal dan dapat menyelamatkan nyawa pesakit.
Disebabkan barah payudara sangat jarang berlaku dalam kalangan lelaki, maka tahap kesedaran mengenainya juga sangat rendah. Oleh itu, program-program kesedaran tentang kanser payudara lelaki amatlah penting seperti mana program kesedaran yang dilakukan untuk golongan wanita.
Konsep kesedaran tentang barah payudara merupakan satu konsep bagaimana untuk menjadi peka dan biasa dengan keadaan serta kesihatan payudara sendiri. Pemeriksaan payudara sendiri (breast self examination / BSE) adalah sangat penting dalam membantu seseorang individu mengenali rupa bentuk dan rasa payudara mereka apabila disentuh.
BSE dilakukan pada setiap bulan pada peringkat awalnya bukan hanya bertujuan mencari ketulan tetapi bertujuan untuk mengenali bentuk, saiz serta tekstur normal bagi payudara mereka.
Mengetahui apa yang normal (dan tidak normal) pada payudara anda umpama menekan suis antara kematian dan kehidupan. Jika anda kenal dan arif tentang payudara anda, bukanlah menjadi satu masalah bagi anda untuk mengesan sebarang perbezaan yang tidak ketara, tetapi mungkin serius.
Perubahan-perubahan yang berlaku mungkin hanya boleh dilihat dengan mata kasar atau mungkin hanya jelas selepas beberapa bulan. Sekiranya anda telah biasa dengan rupa bentuk dan rasa sentuhan payudara sendiri, secara automatik anda mudah untuk mengetahui jika ada sesuatu yang tidak kena pada payudara anda.
Tanpa memori sentuhan daripada BSE berterusan setiap bulan, anda mungkin tidak akan perasan akan perbezaan kecil di peringkat awal. Segeralah berjumpa doktor sekiranya terdapat perubahan pada payudara anda.
Sumber dari:
Dr. Zamzuri Zakaria
M.D (UKM) M.S General Surgery (UKM), Fellow In Breast Surgery (Aus),Fellow In Breast & Endocrine Surgery (Mal)
Consultant General and Breast & Endocrine Surgeon
Tropicana Medical Centre
[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_3″][et_pb_code admin_label=”Med Rect A” custom_css_main_element=”text-align: center;||margin:0;padding:0||padding-top: 0px !important;” saved_tabs=”all” global_module=”54″ /][et_pb_text admin_label=”Header Follow” background_layout=”dark” text_orientation=”center” text_font=”Oswald|on|||” background_color=”#000000″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_css_main_element=”margin-bottom: 10% !important;”]
FOLLOW KAMI
[/et_pb_text][et_pb_social_media_follow admin_label=”Social Media Follow” link_shape=”circle” background_layout=”light” url_new_window=”on” follow_button=”off” custom_css_main_element=”text-align: center !important;||margin-bottom: 5% !important;” saved_tabs=”all” global_module=”55″] [et_pb_social_media_follow_network social_network=”facebook” url=”https://www.facebook.com/majalahmaskulin/?fref=ts” skype_action=”call” bg_color=”#3b5998″] facebook [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”twitter” url=”https://twitter.com/MaskulinMag” skype_action=”call” bg_color=”#00aced”] Twitter [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”instagram” url=”https://www.instagram.com/maskulinmag/?hl=en” skype_action=”call” bg_color=”#517fa4″] Instagram [/et_pb_social_media_follow_network] [/et_pb_social_media_follow][et_pb_code admin_label=”Surat Berita” custom_css_main_element=”text-align:center;”]<iframe width=”100%” height=”441″ frameborder=”0″ scrolling=”no” src=”http://www.karangkraf.info/maskulin-300px.php”></iframe>[/et_pb_code][et_pb_code admin_label=”Med Rect B” custom_css_main_element=”text-align: center;” saved_tabs=”all” global_module=”56″ /][et_pb_text admin_label=”Header Video” background_layout=”dark” text_orientation=”center” text_font=”Oswald|on|||” background_color=”#000000″ use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_css_main_element=”margin-bottom: 1% !important;” disabled=”off” disabled_on=”on||”]
VIDEO
[/et_pb_text][et_pb_video admin_label=”Video” saved_tabs=”all” src=”https://www.youtube.com/watch?v=X6Cvyzurng4″ image_src=”//i.ytimg.com/vi/X6Cvyzurng4/hqdefault.jpg” disabled=”off” disabled_on=”on||” global_module=”57″] [/et_pb_video][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” fullwidth=”off” specialty=”off”][et_pb_row admin_label=”Row” global_module=”1094″ make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” use_custom_gutter=”off” padding_mobile=”off” allow_player_pause=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” make_equal=”off” parallax_1=”off” parallax_method_1=”off” parallax_2=”off” parallax_method_2=”off” column_padding_mobile=”on”][et_pb_column type=”2_3″][et_pb_code global_parent=”1094″ admin_label=”FB Comment”][fbcomments][/et_pb_code][et_pb_code global_parent=”1094″ admin_label=”Artikel Berkaitan”][wpdreams_rpl][/et_pb_code][et_pb_comments global_parent=”1094″ admin_label=”Comments” show_avatar=”on” show_reply=”on” show_count=”on” background_layout=”light” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_button=”off” button_letter_spacing=”0″ button_use_icon=”default” button_icon_placement=”right” button_on_hover=”on” button_letter_spacing_hover=”0″ disabled=”on” disabled_on=”on|on|on”] [/et_pb_comments][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_3″][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” global_module=”58″ fullwidth=”off” specialty=”off” transparent_background=”off” background_color=”#000000″ allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” custom_padding=”30px|||” padding_mobile=”off” disabled=”off” disabled_on=”on|on|” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off”][et_pb_row global_parent=”58″ admin_label=”Row” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” use_custom_gutter=”off” padding_mobile=”off” allow_player_pause=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” make_equal=”off” parallax_1=”off” parallax_method_1=”off” parallax_2=”off” parallax_method_2=”off” parallax_3=”off” parallax_method_3=”off” parallax_4=”off” parallax_method_4=”off” column_padding_mobile=”on”][et_pb_column type=”1_4″][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Info” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|” text_font=”Oswald||||”] INFO [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”58″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Link Info” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Source Sans Pro|on|||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”||30px|”] + Tentang Kami
+ Pengiklanan
+ Penafian
+ Langganan
+ Hubungi
[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_4″][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|” text_font=”Oswald||||”] KARANGKRAF [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”58″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Link Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Source Sans Pro|on|||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”||30px|”] + Utama
+ Sinar Harian
+ Sinar TV
[/et_pb_text][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_4″][et_pb_text global_parent=”58″ admin_label=”Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|” text_font=”Oswald||||”] FOLLOW KAMI [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”58″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_social_media_follow global_parent=”58″ admin_label=”Social Media Follow” link_shape=”circle” background_layout=”dark” url_new_window=”on” follow_button=”on” custom_css_main_element=”text-align: left !important;||margin-bottom: 1% !important;”] [et_pb_social_media_follow_network social_network=”facebook” url=”https://www.facebook.com/majalahmaskulin/?fref=ts” skype_action=”call” bg_color=”#3b5998″] facebook [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”twitter” url=”https://twitter.com/MaskulinMag” skype_action=”call” bg_color=”#00aced”] Twitter [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”instagram” url=”https://www.instagram.com/maskulinmag/?hl=en” skype_action=”call” bg_color=”#517fa4″] Instagram [/et_pb_social_media_follow_network] [/et_pb_social_media_follow][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_4″][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” global_module=”64″ fullwidth=”off” specialty=”on” transparent_background=”off” background_color=”#000000″ allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” custom_padding=”30px|||” padding_mobile=”off” disabled=”off” disabled_on=”||on” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” parallax_1=”off” parallax_method_1=”off” parallax_2=”off” parallax_method_2=”off”][et_pb_column type=”1_2″ specialty_columns=”2″][et_pb_row_inner global_parent=”64″ admin_label=”Row”][et_pb_column_inner type=”1_2″ saved_specialty_column_type=”1_2″][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Info” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Oswald||||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|”] INFO [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”64″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Link Info” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Source Sans Pro|on|||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”||30px|”] + Tentang Kami
+ Pengiklanan
+ Penafian
+ Langganan
+ Hubungi
[/et_pb_text][/et_pb_column_inner][et_pb_column_inner type=”1_2″ saved_specialty_column_type=”1_2″][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Oswald||||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|”] KARANGKRAF [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”64″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Link Karangkraf” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Source Sans Pro|on|||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_padding=”||30px|”] + Utama
+ Sinar Harian
+ Sinar TV
[/et_pb_text][/et_pb_column_inner][/et_pb_row_inner][/et_pb_column][et_pb_column type=”1_2″][et_pb_text global_parent=”64″ admin_label=”Follow Kami” background_layout=”light” text_orientation=”left” text_font=”Oswald||||” text_font_size=”16″ text_text_color=”#ffffff” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”||-1px|”] FOLLOW KAMI [/et_pb_text][et_pb_divider global_parent=”64″ admin_label=”Divider” color=”#5e5e5e” show_divider=”on” height=”2″ divider_style=”solid” divider_position=”bottom” hide_on_mobile=”off”] [/et_pb_divider][et_pb_social_media_follow global_parent=”64″ admin_label=”Social Media Follow Ipad” link_shape=”circle” background_layout=”dark” url_new_window=”on” follow_button=”on” disabled=”off” disabled_on=”on||” custom_css_main_element=”text-align: center !important;||margin-bottom: 1% !important;”] [et_pb_social_media_follow_network social_network=”facebook” url=”https://www.facebook.com/majalahmaskulin/?fref=ts” skype_action=”call” bg_color=”#3b5998″] facebook [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”twitter” url=”https://twitter.com/MaskulinMag” skype_action=”call” bg_color=”#00aced”] Twitter [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”instagram” url=”https://www.instagram.com/maskulinmag/?hl=en” skype_action=”call” bg_color=”#517fa4″] Instagram [/et_pb_social_media_follow_network] [/et_pb_social_media_follow][et_pb_social_media_follow global_parent=”64″ admin_label=”Social Media Follow Mobile” link_shape=”circle” background_layout=”dark” url_new_window=”on” follow_button=”off” disabled=”off” disabled_on=”off|on|on” custom_css_main_element=”text-align: center !important;||margin-bottom: 1% !important;”] [et_pb_social_media_follow_network social_network=”facebook” url=”https://www.facebook.com/majalahmaskulin/?fref=ts” skype_action=”call” bg_color=”#3b5998″] facebook [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”twitter” url=”https://twitter.com/MaskulinMag” skype_action=”call” bg_color=”#00aced”] Twitter [/et_pb_social_media_follow_network][et_pb_social_media_follow_network social_network=”instagram” url=”https://www.instagram.com/maskulinmag/?hl=en” skype_action=”call” bg_color=”#517fa4″] Instagram [/et_pb_social_media_follow_network] [/et_pb_social_media_follow][/et_pb_column][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” fullwidth=”on” specialty=”off” transparent_background=”off” background_color=”#5e5e5e” allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” custom_css_main_element=”height: 4px;”][/et_pb_section][et_pb_section admin_label=”Section” global_module=”70″ fullwidth=”off” specialty=”off” transparent_background=”off” background_color=”#000000″ allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”off” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”on” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” custom_padding=”||0px|”][et_pb_row global_parent=”70″ admin_label=”Row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_image global_parent=”70″ admin_label=”Logo Karangkraf Desktop & Tablet” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/04/logo-kkf-putih-2.png” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”center” disabled=”off” disabled_on=”on||” force_fullwidth=”off” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”-10px|||” custom_css_main_element=” width:400px; || height: auto;”] [/et_pb_image][et_pb_image global_parent=”70″ admin_label=”Logo Karangkraf Mobile” src=”http://maskulin.com.my/wp-content/uploads/2017/04/logo-kkf-putih-2.png” show_in_lightbox=”off” url_new_window=”off” use_overlay=”off” animation=”left” sticky=”off” align=”center” disabled=”off” disabled_on=”|on|on” force_fullwidth=”off” always_center_on_mobile=”on” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid” custom_margin=”-10px|||” custom_css_main_element=” width:300px; || height: auto;”] [/et_pb_image][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI