Senaman Berimpak Besar Mampu Buat Anda Lebih Tegap & Macho

Share

Siapa yang tak nak memiliki badan tegap dan rupa paras yang kacak. Selain menjaga pemakanan antara faktor paling penting bagaimana untuk anda memilikinya ialah dengan melakukan senaman secara konsisten.

MASKULIN yakin anda pasti mengidamkan tubuh badan yang berotot. Tapi sayang seribu kali sayang. Cukpu ramai lelaki yang mengabaikan ‘tanggungjawab’ terhadap badan sendiri hingga perut pun mula memboroi dan maju ke hadapan.

Sebenarnya badan berotot juga penting kerana ia menjadi salah satu bahagian yang akan diperhatikan wanita. Wanita beranggapan, lelaki dengan badan berotot nampak lebih macho.

Amalkan lima senaman ini setiap hari agar badan anda lebih mantap, berotot dan kuat. Selamat mencuba!

1. HIGH KNEES

– Angkat lutut kiri separas pinggang.
– Tahan selama 3 saat.
– Tangan pula diangkat mengikut arah berlawanan dengan lutut yang diangkat.
– Ulangi untuk kaki sebelah dan lakukan selama 2 minit.

2. TURNING KICKS

– Berdiri dengan hanya menggunakan kaki kiri dan condongkan badan sedikit ke kiri.
– Angkat lutut kaki kanan sehingga paras pinggang.
– Tangan kanan pula dibengkokkan di hadapan dada.
– Kedudukan posisi badan, kaki dan tangan masih lagi berada dalam posisi yang sama namun kaki kanan diangkat lurus (posisi menendang).
– Ulangi semula untuk kaki sebelah. Lakukan sebanyak 10 tendangan.

3. CLIMBERS

– Mulakan dengan posisi tekan tubi dalam kedudukan badan diangkat sedikit tinggi.
– Tolak lutut kanan ke hadapan separas dengan pinggang. Kaki kiri dibiarkan di posisi asal.
– Ulangi semula untuk kaki sebelah. Lakukan sebanyak 1 set dan 15 kali ulangan.

4. PLANK JUMP-INS

– Mulakan dengan posisi tekan tubi dengan badan diangkat sedikit ke atas.
– Kemudian, bawa kedua belah kaki ke hadapan separas dada dalam keadaan mencangkung.
– Lakukan sebanyak 10 kali ulangan.

5. LUNGES STEP UP

– Rendahkan posisi badan seperti anda hendak berlari.
– Turunkan kaki kanan dan halakan kaki kiri dalam posisi melutut.
– Bangun dalam keadaan lutut kanan dibawa separas dengan pinggang dan kaki kiri dluruskan.
– Ulangi semula untuk kaki sebelah. Lakukan sebanyak 1 set dan 12 kali ulangan.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim