5 Senaman Abdomen Mampu Bantu Anda Singkir ‘Tayar’ Berlebihan

Share

Ramai orang pada masa kini melakukan senaman perut kerana ingin membakar lemak di bahagian tersebut. Kalau ingin tegap, inilah antara bahagian badan yang penting.

Ada juga yang melakukannya untuk mendapatkan six packs. Tapi tidak kisahlah di atas sebab apa anda ingin lakukan kerana apa yang penting senaman di bahagian ini cukup penting.

Terdapat segala macam jenis bentuk atau rutin senaman perut yang boleh anda lakukan. Namun adakah anda tahu senaman yang terbaik dan mampu memberikan kesan impak tinggi? Kalau dilakukan pasti memberikan pelbagai kesan positif kepada diri.

Satu kajian yang dilakukan oleh San Diego University Biocmechanic Lab mengkaji keputusan EMG beberapa jenis senaman. Dan hasilnya mereka mendapat terdapat 5 senaman yang paling berkesan.

PLANK

Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.

Foto: drobotdean – www.freepik.com

BYCYCLE CRUNCH

Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.

SIDE PLANK

Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.

Foto: serhii_bobyk – www.freepik.com

VERTICAL LEG CRUNCH

Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!

REVERSE CRUNCH

Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.

Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah. Kalau nak video menarik seperti ni, subscribe saja!

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim